Tidak semena-mena Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak memaklumkan bahawa pihaknya akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.
SPR di negeri-negeri lain tidak pula membuat pengumuman rasmi seperti ini. Adakah ini petanda baru DUN Perak akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada SPR mengadakan pilihanraya negeri bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu yang berlanjutan sehingga sekarang.
Pelbagai pihak berpendapat tidak mustahil pilihanraya negeri akan diadakan pada masa terdekat jika BN yakin mereka akan menang mutlak di Perak. Mungkin BN mengambil kira kemenangan mereka di Bagan Pinang sebagai indikator bahawa rakyat sudah kembali menyokong mereka dan inilah masanya untuk mendapat mandat baru dari rakyat.
Bagi pihak Pakatan Rakyat mereka mesti bersedia dari sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sila semak daftar pemilih terbaru tersebut untuk memastikan ianya bersih dan telus.
Sementara itu Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.
Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, katanya.Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121
sumber asal di mutaligat di bawah tajuk :pilihan raya perak tak lama lagi?
gua tabik spring la jika umNo berani bubar dun perak...
sumber asal di mutaligat di bawah tajuk :pilihan raya perak tak lama lagi?
gua tabik spring la jika umNo berani bubar dun perak...
3 comments:
ingattttt....kalau betul2 dun perak di bubar,saya rasa rasa lah susah pakatan nak menang mcm PRU 12 dulu,sebab org yg dulu mengundi PR sewaktu PRU12 di atas sifat pengundi atas pagar ni lah yg PR kena cari mereka2 ini dan kena usaha dan pastikan yg mereka tetap akan undi PR...kalau tidak jawabnya akan jadi mcm bagan pinang le nanti.....tengokkkkkk.....
cucu chemat melaka:
firasat anda mungkin benar,tapi gua berfirasat lain...bagan pinang dan perak dua tempat berlainan,,,..
rakyat bagan pinang baru merasai bn,dan mereka masih di takuk lama dimana tak mahu lepaskan bn..
tp rakyat perak dah merasai kedua duanya..dan mereka tahu apa yang terbaik untuk mereka..
bukan maksud nak melemahkan semangat atau memberi komen negatif pada pejuang PR tapi untuk mengingatkan agar PR keje lebih kuat lagi supaya dapat meyakinkan pengundi2 atas pagar ini terus memberi sokongan berterusan pada perjuangan PR yg nak menegakkan keadilan untuk semua rakyat malaysia yg dah di tindas oleh parti pemerintah yg diterajui oleh umno....semoga atas hasil usaha berterusan oleh tenaga pengerak PR ini nanti akan dapah menegakkan kebenaran yg dah lama sangat dinanti2kan oleh rakyat malaysia yg amat2 cinta negara malaysia ini,semoga kemenenangan akan tercapai juga nanti.....
Post a Comment