Sunday, October 25, 2009

PAS akan terus gagal tawan Terengganu jika ini pemimpinnya..

ini komen seorang pemimpin PAS Terengganu mengenai cadangan TGNA..kenapa gua fikir jawapan beliau macam jawapan orang bersalah je??juga jawapan katak bawah tempurung...malu weh...dan satu lagi,jawapan dia buatkan buatkan gua rasa dia pun pro UG juga...

MARANG - 24 Okt- Ketua Dewan Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Usstaz Harun Taib telah mengadakan satu sudang media.

Sidang ersebut telah diadakan selepas majlis perasmian penutup sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pasti Negeri Terengganu di Rusila, disini, petang semalam, 24 oktober, 2009.

Berikut disiarkan kenyataan penuh, soal-jawab beliau dengan para wartawan yang hadir;

Wartawan: Dato’, minta komen kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya?

Dato’ Harun Taib: Setakat ini saya masih tidak percaya yang Tok Guru Nik Aziz buat kenyataan seperti itu.

Wartawan: Tapi, dia (Nik Aziz) mengaku?

Dato’ Harun Taib: Saya belum tengok lagi kenyataan (terbaru) dia (Nik Aziz) cuma surat khabar tulis katanya datang dari blog dia (Tok Guru) dan blog dia itu siapa tulis saya pun tidak tahu.

Wartawan: Dato’ ada baca blog itu?

Dato’ Harun Taib: Saya baca (blog) tetapi saya tidak dapat mengesahkan sama ada Tok Guru kata atau siapa kata, saya tidak tahu dan saya tidak percaya Tok Guru kata. Sebab, Tok Guru tidak akan buat kenyataan yang seperti itu dengan tidak ada alasan yang kukuh.

Wartawan: Kenapa, Dato’ rasa bukan Tok Guru yang tulis?

Dato’ Harun Taib: Saya rasa bukan Tok Guru. Sebab, Tok Guru saya kenal dia. Dia tidak buat kenyataan ‘sombrono’ dan dia mesti ada fakta, ada hujah, ada dalil. Takkan Tok Guru hendak buat kenyataan berdasarkan MCA buat macam itu, kita (PAS) juga hendak buat macam itu. Umno buat macam itu, kita (PAS) pun hendak buat macam itu. Mesti ada fakta, kita (PAS) parti Islam.

Wartawan: Jadi, siapa yang tulis jika bukan Tok Guru?

Dato’ Harun Taib: (ketawa)… Sesiapa pun boleh tulis dalam blog Tok Guru. Ini zaman canggihkan.

Wartawan: Jika benar Tok Guru yang tulis. Apa komen, Dato?

Dato’ Harun Taib: Nanti ternyata Tok Guru yang tulis baru saya boleh komen. Saya ada saluran saya untuk mengesahkan sama ada Tok Guru sendiri yang tulis atau tidak.

Wartawan: Apakah benar, ketiga-tiga (Hadi, Mustafa dan Hasan) itu pro-Umno?

Dato’ Harun Taib: Isu ini (kerajaan perpaduan) sudah habis dan sudah tutup buku. Tidak timbul lagi siapa pro-kerajaan perpaduan.

Wartawan: Dato’, ada petanda pergolakkan dalam parti PAS?

Dato’ Harun Taib: Tidak ada..tidak..tidak ada pergolakkan dalam PAS, tidak ada alamat dan tidak ada tanda. Cumanya, sengaja digoyang, ‘pokok digoyang’. Jika berkocak pun disebabkan ada orang yang sengaja menggoyangnya. Pokok itu sendiri tegak, teguh dan bukan sahaja mendapat sokongan dari orang-orang Melayu (Islam) sekarang ini tetapi juga mendapat sokongan dari orang bukan Islam dan bukan Melayu. Itu tanda keteguhan. Jadi, PAS sedang menunggu untuk mengalahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ini.

Wartawan: Dato’, bagaimanakah nanti jika benar kenyataan itu bukan dari Tok Guru tetapi dari pihak tertentu?

Dato’ Harun Taib: Kita serah kepada pimpinanlah dan biar ternyata dahulu. Jadi, saya masih mengatakan bukan blog itu ditulis oleh Tok Guru Nik Aziz sendiri. Siapa yang tulis saya tidak tahu.

Wartawan: Dato’, jika betul?

Dato’ Harun Taib: Jika sah betul Tok Guru Nik Aziz yang tulis, saya akan komen kemudian dan datang jumpa saya. Saya akan buat komen semula.(gua ambil kat sini)

perghh.kalau ginilah pemimpin PAS ganu,bila pulak gua nak merasai parti islam memerintah Ganu erk??



6 comments:

antierdogan said...

PAS rela kalah, dari menang jika ISLAM tidak dapat didaulatkan sebagai perlembagaan tertinggi negara!

kompen ker kalau bekerjasama dgn puak haram jadah liberelisme PKR dan kapir DAP, ISLAM jd undang2 negara????

PAS perlu keluar dari PKR dan bergerak sendirian!!!

ALLAH selamatkan TGNA dan TGHA dari anasir liberalisme PKR dan sekularisme UMNO! amin..

anasir erdogen (munafik) sila masuk PKR wakakakaka..

Amri Mat Saaid said...

erdogan berani bercakap depan yahudi yang engkau anti erdogan tu pasal apa

AdukaTeruna2 said...

elo , lu apa sudah jadi? dulu cakap sama wa sudah tak percaya dengan ganun punya pimpinan pas, tapi lu masih harap untuk perintah ke? mana lu punya otak fikir. Lu ah nama cantik tapi otak tarak geliga maaa.Lu jgn harap itu harun taib lo....lu kena cari 32 orang kasi tanding itu dun ganung kasi menang kalahkan itu harun taib dan geng.Tapi lu kena ingat ma ..syed Azman lu kena masuk lu punya geng..itu orang bagus punya.Lu kasih kalah itu Umno sama harun taib and the gang....lo lu apa pikir wa punya ideal banyak cantik maaaaa....kalau kalah juga lu jadi gila aduka Teruna pun turuk gila maaaaa, wakkaaaaaahhhhhh....1st time wa komen lu punya blog....wa kaka kaaaaaa....puihhhh

antierdogan said...

eh entry EGM xjd malam ni tak de ke erdogen????..wakakaka..

Alhamdulillah, akhirnya TGNA tidak termakan pujukan puak pencacai liberalisme!!wakakakaka meroyanla erdogen sekalian tidak berjaya mnggunakan TGNA..wakakaka

Alhamdulillah, syukur Ya Allah, doa hambaMu diperkenankan; ALLAH selamatkan TGNA dan TGHA dari dibelenggu pencacai liberal PKR dan sekular UMNO!!

syukur (nk pi buat sujud syukur sat..)

keraspedal said...

to antierdoghan;

semakin lama ko semakin mengarut...mana otak lo..PAS kalau sendirian,akan kalah teuk maa...lebih lebih lagi kalau nacha dan ustaz hadi yang pegang..paling kurang,dengan pakatan rakyat,org bukan islam lebih yakin...

to amri:

Gua tak fikir dia kenal pun siapa erdogan..sekolah takat darjah satu,,gua layan sikit sikit je,posting gua pun banyak dia tak faham,sedangkan gua dah gunakan tahap yang paling rendah(yakni mudah difahami semua)....lantak dia la..

aduka:

wa memang talak percala sama ganu punya pas punya pimpinan maa,tapi gua masih harap berlaku pelubahan maa,gua pun talak suka pada pihak yang plo mat said dalam pas maa,mat said tetap umano walaupun dia ada masalah dlm umano maa,..wa talak faham apa maksud komen lu kat bawah tu maaaaaaaaaaa...1st time komen,?so welcomin to my blog maaaaa/

to antierdogan talak otak:

gua talak online semalam..gua bz,bukan macam lu,meyoyan depan komputer tetiap hari..
yg kota umNo sekular,sbb tu la nak buat egm nak buang si penyokong sekular umNo dlm pasNIH..

Adukataruna said...

elo, lu kalau betul betul mau tukar ganu punya leader atau semua ajk lu kena senaraikan sapa-sapa yang best mau pimpin Pas ganu, wa pun tanya juga siapa pas ganu bagus, semua hampehh, wa ingat kalau lu angkat syed Azman dan lu jadi Su itu sudah bagus, lain-lain lu kena fikir jugasenarai, biar wa semak dulu ada baik atau tadak baik...lu ingat sape mau jadi Tpj1, tpj2,tpj3 , ketua pemuda ketua muslimat, ketua penerangan lu mesti senaraikan, jangan main tembak peluru kosong wa tarak suka itu macam...lu mesti senarai...wa tetap sokong lu ma, lu jgn khuatir lagi ramai sama lu ma....

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts