Sunday, June 7, 2009

nasib baik bapak aku dap...


Dengan 'kerimasan' yang berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi pas sekarang.gua sedikit kecewa dengan pas.dulu gua lega kerna isu unity goverment ni sudah tidak akan berkumandang,namun begitu,kerana dah lupa diri,ia kembali,gua ingat lama sedikit sebelum muktamar,haji hadi telah menarik balik kenyataan beliau mengenai kerajaan perpaduan,tapi sekarang,bila dah sah berkuasa,terus pusing 360 darjah.rupanya itu hanya kepura puraan...hipokrit.

 sekarang gua sedih dan cemas,gua buka blog berbahasa inggeris dan melayu yang menulis mengenai ini,ramai yang 'menghentam'haji hadi..cina india bahkan melayu dah mula bersikap anti haji hadi.gua risau,ini akan menpengarusi keputusan pilihan raya umum ke 13 nanti.najib dan rosmah sekarang ketawa senyap senyap dalam bilik...

gua memang kecewa,tetapi kekecewaan gua mungkin tidak seteruk kekecewaan ahli pas,mereka dulu berjuang sampai nak mati demi melawan umNo,hari ni,presiden pas buat hal.

gua terkenang duu,semasa dap mula mula ditubuhkan di negeri terengganu oleh beberapa orang berbangsa cina,india dan melayu(termasuk bapa gua la),bapa gua bawa balik dap ni ke kampung gua di sungai tong.ramai kawan sindir gua,dap cina la,tu la ni la.gua pernah tanya bapa gua,kenapa bawa dap kat sungai tong,kenapa perlu ada dap.(tapi selepas pilihan raya kecil kuala terengganu,gua dah lekat dengan dap,gua tabik pemimpin dap yang berjiwa rakyat).jawabnya,papa suka dap serta perjuanganya.gua tidak puas hati,tapi gua diamkan diri..

hari ini,gua bersyukur bapa gua bawa dap kat sungai tong.pemimpin dap bagus,tidak terlintas nak bekerjasama dengan umNo.pemimpin bapak gua tidak khianati rakyat(katak tu tidak kira, ok).dan sekarang,gua bangga jadi penyokong dap(penyokong jer,ahli tak cukup umur lagi,cukup umur,gua terus daftar,borang dah ada dah).

namum begitu,pas tetap dihati beb,selagi tuan guru nik aziz ada,selagi tu pas gua sokong..tuan guru nik aziz adalah pemimpin no 1 gua,biarlah ahli dap pun,tuan guru tetap pemimpin no1 gua,beliau mengajar kita dunia,dia mengajar kita akhirat..hidup tuan guru nik aziz.TUAN GURU NIK AZIZ TIDAK BERMASALAH DENGAN DAP,MENGAPA ANDA PULA YANG ADA MASALAH???

 

2 comments:

najamarine said...

aikk..risau?gusar?rimas?

cuba lah pandang sampai ke dasar parti PAS.mereka semua bersyukur agar PAS dan UMNO boleh duduk semeja membincangkan masalah perpaduan yg meruncing..

nabi junjungan kita nabi Muhammamad S.a.w menitik beratkan soal perpaduan.perpaduan orang islam.sanggup duduk di bawah pemerintahan orang bukan islam di dalam majoriti rakyat beragama islam??

surah Ali Imran ayat 28, yang bermaksud :

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan."

ingat lah..asas kehidupan kita berpandukan Al-Quran dan sunah.jika asas ni kita buang untuk kepentingan diri,Allah akan membalasnya dengan setimpal perbuatan kamu.

berbangga dengan DAP kamu.pergi lah ke PERAK.tanyelah staff2 di SUK perak,pejabat2 negeri di sana.tanyalah rakyat negeri PErak.dengan membayar cukai apa yg kerajaan DAP berikan pada mereka??lihat bangsa cina di sana,masyarakat yg bukan majoriti,apa yg mereka dapat!!

Anonymous said...

kalau ps bersatu dgn umNo,bodoh la pas,umNo sekarang dah nazak,nak terkebur dah...

ingatkah dahulu sebelum islam kuat,nabi pernah memerintahkan agar umat islam berlindung di habsyah,sebuah kerajana yang diperintah oleh seoran kristian.dan akhirnya raja itu memeluk islam..itu satu dakwah secara tidak langsung.tgk,nabi x memusuhi orang agama lain,mengapa tidak kita?

dan suruh al maidah ayat ke 45 sebahagian maksudnya berbunyi:
"sesungguhnya jika kamu tidak memutuskan seperti yang diturunkan(allah0maka kamu adalah kafir."
so,umNo tu adalah m'jalankan pemerintahan berdasarkan huum islam,padahal umNO MENgakui mereka islam.

asas kita al quran dan sunnah,tapi adakah umNo m'jadikan al quran dan as sunnah sebagai asas pemerintahan?

tanpa orang cina,barang keperluan,rumah di perak mesti sangat mahal..kamu harus belajar teori perniagaan/.

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts