Tuesday, November 10, 2009

UG itu satu dosa besar...

antara dosa besar menurut islam...

1) Menyekutukan Allah ‑ menjadikan sekutu bagi Allah.

2) Riak dalam amal perbuatan.

3) Mengamalkan sihir.

4) Meninggalkan sembahyang.

5) Enggan mengeluarkan zakat.

6) Sengaja berbuka di bulan Ramaddan.

7) Tidak mengerjakan ibadat Haji sedangkan mempunyai upaya dan kemampuan.

8) Derhaka kepada ibu‑bapa.

9) Memutuskan hubungan silaturrahim.

10) Berzina.

11) Mengadakan hubungan sejenis.

12) Makan riba.

13) Memakan harta anak yatim.

14) Berdusta kepada Allah dan Rasulnya.

15) Melarikandiri dari barisan peperangan sedangkan kekuatan musuh tidak melebihi dari kekuatan barisan muslimin, kecuali kerana hendak mencari tempat yang baik untuk memperbetulkan strategi atau menggabungkan diri dengan barisan muslimin yang lain.

16) Penipuan pemimpin terhadap rakyat dan menganiaya meraka.

17) Takbur,bermegah‑megah, sombong dan besar diri.

18) Menjadi saksi palsu.

19) Meminum arak.

20) Berjudi.

21) Membuat fitnah terhadap perempuan yang bersih dan menuduh ia berzina.

22) Mengambil harta yang belum dibahagi‑bahagikan secara adil, mengambil sesuatu dari Baitulmal tanpa izin yang berhak atau mengambil sesuatu dari zakat yang dikumpulkan.

23) Mencuri.

24) Merompak atau membuat kekacauan.

25) Bersumpah palsu untuk mengambil hak orang.

26) Menganiaya manusia dengan merampas harta benda mereka serta memukul dan memaki.

27) Berlambat‑lambat membayar hutang oleh orang yang berkemampuan.

28) Mengambil cukai bayaran kepada orang yang melewati perbatasan dengan paksa.

29) Memakan makanan haram dan mencarinya. Umpamanya memakan daging babi dan memburunya.

30) Membunuh diri.

31) Berbohong, berdusta (selalu bohong dalam ucapan).

32) Tidak menjalankan hukuman dengan adil.

33) Menerima rasuah atau makan dalam menetapkan hukum.

34) Perempuan yang menyerupakan dirinya pada lelaki dan lelaki yang menyerupakan dirinya kepada perempuan.

35) Tidak menaruh perasaan cemburu dan membiarkan orang lain mencabuli kehormatan keluarganya.

36) Bercina buta.

37) Tidak membersihkan diri dari hadas besar.

38) Riak.

39) Belajar semata‑mata kerana dunia dan menyembunyikan ilmu pengetahuan.

40) Mengkhianat.

41) Membangkit‑bangkitkan sesuatu pemberian (sedekah) yang telah diberikan kepada seseorang.

42) Tidak percaya kepada qadar Tuhan.

43) Mencari‑cari keaiban seseorang dan menceritakan rahsia yang diamanahkan.

44) Suka mengadu‑adukan, membawa fitnah untuk merosakkan hubungan orang.

45) Mengutuk‑ngutuk orang.

46) Tidak menepati janji.

47) Mengukir patung pada batu atau membentuk ukiran manusia dan binatang secara timbul di kain atau sebagainya.

48) Mempercayai tukang tilik.

49) Durhaka terhadap suami.

50) Menampar‑nampar pipi, mengoyak‑ngoyakkan pakaian sambil menyumpah‑nyumpah diri bila mendampingi kecelakaan atau masalah besar.

51) Membuat penganiayaan terhadap satu‑satu golongan.

52) Berlaku kasar terhadap fakir miskin, kaum kerabat, hamba sahaya atau lain‑lain.

53) Menyakiti hati dan perasaan jiran tetangga.

54) Menyakiti perasaan orang muslimin serta memaki‑maki.

55) Menyebabkan orang lain melarat.

56) Memanjang‑manjangkan cerita tentang keburukan orang lain dengan penuh sombong dan angkuh.

57) Memakai sutera dan emas bagi lelaki.

58) Hamba yang lari dari tuannya.

59) Menyembelih binatang lain dari kerana Allah. Umpamanya untuk ancak atau memuja hantu.

60) Memperbodoh‑bodohkan orang lain.

61) Kedekut air.

62) Mengurangkan sukatan, timbangan dan ukuran.

63) Merasa diri selamat dari dugaan Allah.

64) Tidak takut menghadapi azab di hari Akhirat, dan tidak mengharapkan keampunan dari Allah.

65) Meninggalkan berjemaah dan bersembahyang sendirian dengan ketiadaan uzur.

66) Kekal meninggalkan sembahyang Jumaat dan jemaah dengan ketiadaan uzur.

67) Membuat wasiat yang boleh menyebabkan kemelaratan bagi ahli waris.

68) Menipu.

69) Membuka rahsia orang Islam kepada pihak musuh.

70) Memaki salah seorang sahabat dan aulia Allah.

sumber (blog ini)


Gua senaraikan 70 dosa besar,tapi link utama gua adalah pada no ke 40...iaitu mengkhianat...

kalau PAS sertai UG,nescaya pas telah melakukan pengkhianatan terhadap ramai orang tidak kira muslim dan bukan muslim,kerana mereka inilah yang mengundi untuk pas pada PRU12 yang lalu.

Pada masa yang sama,orang bukan islam akan melihat parti yang mewakili islam ini langsung tidak memegang amanah mereka..sekaligus memeberi gambaran buruk kepada islam...


1 comment:

cucu mamak kutty said...

khianat itu tidak amanah,tidak amanah itu di kira penipu dan pembohong....bila org yg berjubah dan berserban di kira tentu alim dan waraq,men telah ustaz2 yg memegang amanah dalam pas,UG tu satu usaha untuk mengkhianat kat amanah pengundi yg dah bertekad taknak kat bn lagi,sbb tu undi pas[pakatan rakyat],kemudian nak belot nak buat UG,tentu pengundi kecewa dan marah.......PENGKHIANATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts