Friday, November 13, 2009

Tok Guru batal Niat pergi Haji...ini angkara fitnah buruk manusia wajah setan...


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat menunaikan fardhu Haji ke Mekah bersama dengan anggota keluarganya pada tahun ini. Perkara itu diumumkan dalam kuliah Jumaat di Bangunan Pas Kelantan hari ini.

Kepada yang sengaja bersangka buruk dan berniat jahat dengan berita-berita yang disiarkan sehingga menyebabkan Tuan Guru membatalkan hasrat menunaikan fardhu haji tahun ini maka anda tanggunglah sendiri. Maksiat dan dosa di sekeliling buat tak nampak dan tak kisah tetapi apabila ada orang nak buat ibadah dan kebajikan dipandang serong.

langkah Tuan Guru saya kira tepat dan wajar untuk mengelakkan pihak musuh terus membawa cerita dan menabur fitnah setelah isu pemergian haji beliau pada tahun ini telah disensasikan. Ternyata kepentingan jemaah lebih didahulukan dalam isu yang berlaku.Saya yakin persiapan telah dilakukan oleh Tuan Guru untuk mengerjakan ibadah Haji. Saya mendoakan agar Tuan Guru dipanjangkan umur untuk menjadi tetamu Allah pada masa akan datang.(sumber)..

ya,samalah seperti angkasanuri,gua pun berdoa dan kita sama sama berdoa agar TGNA diberi peluang oleh Allah sendiri untuk menunaikan haji kelak...tanpa sebarang keraguan...

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts