Tuesday, November 24, 2009

kesian ustaz nasarudin...

Pemeriksaan perubatan mendapati Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengalami gejala kejang otot di sebelah kanan badannya, dari bahagian bahunya ke pinggang.

Ketika dikunjungi Malaysiakini di wad rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, beliau yang masih bergantung kepada pil penahan sakit hanya berkata:

"Tiada apa-apa yang serius."

Tambahnya, walaupun mengalami kesesakan nafas semalam – antara tanda-tanda sakit jantung – pemeriksaan pakar mendapati beliau bebas daripada penyakit yang mengancam nyawa itu.

Nasharuddin, ahli parlimen Bachok, berkata doktor membenarkannya keluar dari institut perubatan itu esok pagi.

Katanya, lapan tahun lalu, beliau pernah mengalami kesakitan yang sama sebanyak dua kali.(Malaysiakini)

Simpati yang teramat sangat gua kat ustaz nacha,bukan setakat "otak"nya yang bermasalah,kini badan badan dan otot otot turut menghadapi masalah.

ustaz Nasa gua nasihatkan berehat la lama lama,setahun ke,dua tahun ke,lagi bagus kalau 10 tahun..jaga kesihatan tu,itu lebih penting..mana blogger haprak umNo dah datang melawat ke ustaz Nasa..

ok,sekadar di sini tulisan gua,tak nak kutuk eh orang sakit,nanti kena kat gua pulak,menyesal tak sudah..moga cepat sembuh la ustaz Nasa untuk teruskan perjuangan UG mu...hak..hak..

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts