Wednesday, November 18, 2009

BTN memang patut diboikot...

Posting teratas pada laman malaysiakini pada jam 5.54 pagi adalah mengenai BTN...atau panjangnya ialan biro tata negara..

tajuknya adalah s'langor digesa boikot program BTN...di bawah adalah sekitik gua cedok dari malaysiakini:


Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

"Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata," kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.
baca lagi posting penuh di sini

Gua memang setuju 200%..program sebegini memang perlu diboikot oleh sesiapa sahaja.bukan setakat mahasiswa,pelajar sekolah pun perludielakkan dari menyertai program ini....

ini bukan program untuk tambahkan semangat cinta akan negara,tetapi program untuk tambahkan rasa benci orang melayu kepada pemimpin pembangkang serta tebalkan lagi sikap perkauman dalam kalangan orang melayu..

tahun lepas,seorang kawan gua yang terpilih menyertai program itu dah jadi bangang..wah..lantang dia kutuk DSAI, dan teresa kok,katanya Anwar jual negara kepada barat,Terasa telah membabikan 5 negeri pakatan rakyat(berkenaan isu panggang babi)

dia kata lagi,,,"wah,amar,kalau mung pergi jugok kat program itu,pasti mung insaf"

nak belasah juga member ni,tapi seb baik Allah sejukkan hati Gua..tq Allah..

kepada mak bapak yang ada anak anak tu,semasa anak anak beri satu surat untuk ditanda tangani,periksa dulu apa aktiviti apa yang anak anda bakal ikuti sebelum tanda tangan..kalau ia program BTN....fikir dulu sebelum rosakkan minda anak anda...masa depan anak anda pada tandatangan anda...~peace~

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts