Sunday, November 1, 2009
DAP pun terima TGNA..kenapa segelintir pemimpin PAS bengong sangat
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh Majlis Pakatan Rakyat di Perak.
“Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham…pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak,”
Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.
Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.
“Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal…dia (manusia) kata dia cipta (dunia)…Umno tak kenal pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan…dia (Umno) anggap bumi ini dia punya,” jelasnya. Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain. “Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka…supaya kenal-mengenal…saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat.” “Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham,” jenaka Nik Aziz lagi. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam. “Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran.” “Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis tapi nabi kata: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi,” tegas Nik Aziz lagi.
Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.
Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia. Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno. “Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundimantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru, Hj. Nizar lah,” jelasnya. Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri. Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat terus bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas. Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian. Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng, Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu belakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno. Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. -zainulfaqar
tengoklah sindirin TGNA dalam ucapan beliau,beliau kata PAS negeri dah tidak jemput beliau sedangkan DAP masih jemput beliau..nanti tidak mustahil satu hari nanti,DAP akan lebih diterima rakyat ebrbanding PAS..
hari ini,walaupun kerusi parlimen DAP lebih tinggi berbanding PAS,PAS tetap menjuarai bilangan penyokong paling ramai. mereka lebih tahu akan kelebihan serta kehebatan TGNA,mereka lebih faham politik berbanding PAS,mungkin sebab itulah DAP akan sentiasa mendahului pAS dalam segala hal..
PAS....pas...cepatlah sedar...bangun dari tidur mu itu yaaa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
1 comment:
Garu kepala aku bila orang kagum dengan N. Ajis. Tang mana dia ni hebat sangat ? ulama?, Toh guru?,
manusia ni memang pelek sungguh!!!. Ayah pin , Shaari Muhammad pun panjang umur juga tuhan bagi dia
Post a Comment