Friday, November 20, 2009

Pak Hadi nak tukar PAS jadi parti melayu lak ke??


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.

Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.

artikel penuh

pergh...

sejak bila PAS jadi gila melayu lak ni??

gua sokong PAS menjadi salah satu sebab adalah PAS anti assobiyah(selain kerna perjuangan islamnya),,

ai,tapi kalau gini ceritanya,
PAS tak lama nak bungkus..

biasalah,mula mula bunyi bunyi dulu,
slow...slow..dulu

pas ni perghhh...
merebak macam penyakit...

PAS jangan lupa PAS menang besar PRU12 tahun lepas bukan jasa orang melayu saja taw..

jangan jadi bodoh la...

Hadi gua harap kalau nak beri cadangan,jangan tertumpu terus kepada sesuatu bangsa..

kita tinggal dalam masyarakat perbagai kaum,,

bila anda sebut melayu,jangan anda lupa parti yang anda pimpin itu semakin kuat dek kerna sokongan cina india...

jangan jadi bodoh mas...
nanti betul betul naji mat tido kan...
mampos PAS kan..

jadi,kalau boleh,kalau nak buat apa apa cadangan,
jangan menjurus kepada sesuatu kaum sahaja....

PAS untuk semua...
kalau gini la ceritanya..
slogan ini akan terkubur dimamah hadi..

sekian..

ps-kalau Pak Hadi terus rosak gini,gua tak ragu nak serang beliau pulak melalui blog ni..

2 comments:

Anonymous said...

Lu bodoh la mat, itu hadi cakap untuk tambah kerusi kawasan melayu yang terlalu ramai bukan kerusi melayu untuk PAS. Lu Paham ke? lu ada statistik ke jumlah pengundi yang dia sebut tu, dia cakap dengan fakta, kawasan melayu yg disebut tu dah terlalu ramai jumlah pengundinya dah elok kena pecahkan,

Dia tak sebut kawasan Cina dan India sebab kawasan kawasan tu jumlahnya semua dah ok....Hari lu tak makan ubat ke?

keraspedal said...

anon:

baca ulasan dari GB berkenaan perkara ini...

dan saya tak fikir anda taw..

Ulasan GB

Sejak bila Parti Islam SeMalaysia (PAS) menukar dasar perjuangan Islamnya kepada perjuangan nasionalisme berteraskan bangsa? Fasal dan perenggan yang mana di dalam perlembagaan PAS ada menyebut "memperjuangkan bangsa Melayu"?

Penambahan kerusi di kawasan yang "Melayu" melalui SPR adalah satu agenda politik UMNO sekian lama, kini Presiden PAS pula yang memperjuangkannya yang setentunya disukai oleh UMNO.

Apakah kekalahan PAS di Bagan Pinang tempohari yang menyedarkan Presiden PAS mengenai kemerosotan sokongan bukan-Melayu terhadap PAS mendorong beliau untuk menuntut "kerusi Melayu" lebih banyak di Parlimen?

Sedangkan yang sepatutnya diusahakan ialah pengembelengan tenaga dan usaha untuk menggilap semula PAS supaya diterima semula oleh bukan-Melayu?

Meminta penambahan kerusi parlimen "Melayu" yang lebih banyak bererti meminta kerusi untuk UMNO lebih banyak.

Kerja gila!

Masaalah yang dibawa oleh pemimpin bermasalah untuk meletakkan parti dalam masalah.

Atau nanti ada pihak dari kumpulan UG yang bangkit menuduh GB memfitnah?

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts