Saturday, November 14, 2009

Dakwaan hadi pemimpin yang lemah memang tidak dapat disangkal...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu parti itu tidak terjejas walaupun ada pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.

Katanya sokongan terhadap beliau daripada anggota parti peringkat akar umbi dan barisan pimpinan PAS lain, termasuk daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga tetap utuh.(bernama)...

Rasanya tak perlu nafi kiri kanan depan belakang,,sudah terang lagi bersuluh,ustaz Hadi tidak lagi mampu memimpin parti islam semalaysia (pAS)secara berkesan algi.

mungkin beliau mampu untuk memimpin PAS,tetapi tidak akan mampu untuk membawa PAS melangkah lebih jauh,untuk memperkasakan parti.

Mungkin Haji Hadi masih mendapat sokongan sebilangan besar pengikutnya yang berugama islam dan berbangsa melayu,tetapi gua mat percaya dan yakin bahawa di mata masyarakat non muslim tak kira india atau cina,Hadi bukanlah seorang pemimpin yang berwibawa dan dihormati.

Bermula dengan masalah kerajaan perpaduan,sehingga cara beliau menyelesaikannya,Hadi dilihat sebagai lemah..

Ya sekarang haji hadi kata tak mahu ada sangkut paut dgn UG,tutup buku,tetapi adakah itu yang berlaku??nehi kabi nehi,UG tidak akan habis sehinggalah si pengcacai UG dalam PAS tidak dibuang,tidak dipecat....

PAS akan sentiasa ada musut atas selimut,yaa,kita nampak musuh itu,tetapi kita tetap biarkan..

Hadi sudah hilang wibawanya,auranya,beliau tidak lagi mampu menarik orang ramai ke ceramah politiknya,kerna orang dah dapat lihat sengat politik Haji Hadi sudah tumpul...

Gua tak nak bicara panjang,Gua bukan anti haji hadi,gua anti mustafa ali,hasan ali,nasaruin mat isa dan abc serta pelapis perjuangan UG yang hodoh..

apa yang malang adalah PAS sendiri,mempunyai pemimpin tertinggi yang kurang ceredik dan lemah,so untuk memperkasakan parti,gua masih fikir,satu perubahan perlu dibuat dalam PAS....perubahan untuk perkasakan parti dan bukan untuk menjahanamkan parti..

Gua cuma berharap,selepas Pakatan Rakyat ditubuhkan secara rasmi nanti,isu ini akan hilang terus bersama sama si pembawanya...

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts