Wednesday, April 22, 2009

tuan guru nik aziz tidak tanding jawatan presiden


Murshidul AM, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon Presiden PAS walaupun mendapat pencalonan seperti diberitahu oleh Setiusaha Politik beliau, Saudara Anual Bakri Haron kepada The Malaysian Insider .

saya memahami dengan keputusan tuan guru nik aziz yang tidak mahukan perpecahan berlaku dalam parti seperti wujudnya team A dan team B antara beliau dan presiden sekarang..jelaslah,tuan guru merupakan seorang yang berfikir demi kepentingan parti dan penyokong amnya.

ramai percaya,isu ,mengenai mencabar presiden muncul apabila haji hadi mengcadangkan kerajaan perpaduan yang ditolak majoriti penyokong pas,tindakan beliau menarik balik cadangan itu mungkin berpunca dari isu mencabar kedudukan beliau,walaupun beliau memdakwa beliau menarik balik kerana ramai tidak faham dengan konsep kerajaan perpaduan.

walaupun jawatan presiden sekali lagi mungkin tidak dicabar,isu demokrasi dalam pas tidak mungkin dimainkan kerana pas adalah parti yang bebas dari politik wang serta lobi menglobi seperti yang berlaku pada sebuah parti melayu di malaysia..

perjalanan pas masih jauh,penuh dengan liku,jadi janganlah jadikan isu ini sebagai penghalang bagi kita terus bersama dengan pas..

1 comment:

roslisalem said...

awat jahil sangat ni ?
ibarat suruh chairman BOD tanding jwtn CEO ..

jahil sungguh ..
sapa lagi besaq ? Chairman atau CEO ??

kalau tak paham lagi, mai citer sikit..

Mursyidul Am tu pengerusi Majlis Syura
Sedangkan Presiden salah seorang ahli Majlis Syura..

jadi jahil sangat dah jadi pengerusi nak tanding jwtn ahli ....

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts