Pakai baju hitam tunjuk perasaan,
Bukan pasal kesedaran tetapi ikut suruhan orang,
Bertempik sorak tak keruan,
Kerana aku bukanlah sebarang orang,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Duit rakyat ke duit orang,
Rakyat susah semua boleh dipersetan,
Aku akan terus melanun atas nama pembangunan,
Janji anak beranak aku akan terus senang,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
PPSMI jadi dasar pelajaran,
Bahasa Melayu terus dipinggirkan,
Anak sekolahan jadi taruhan,
Habuan dari kroni mesti diutamakan,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Ada cerita sikit pasal raja dan sultan,
Confirm aku akan buat laporan,
Betul tak betul itu cerita belakang,
Janji ada nama diakhbar terpampang,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Baca akhbar tak paham-paham,
Hari-hari ditipu oleh puak gerombolan,
Bila diberitahu tentang kebenaran,
Sampai sekarang ingat puak gerombolan tu sama dengan kerajaan,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Pesta suka-suka jadi kegemaran,
Akademi Fantasia, Sure bodoh tak boleh ketinggalan,
Pesanan ulama semua boleh dilupakan,
Bila nafsu sudah menjadi tuhan,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Tentang Islam tak pernah dipedulikan,
Nasihat mak ayah lagi tak dihiraukan,
Janji dapat enjoy siang dan malam,
Kalau tak percaya pergilah pusat hiburan,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Tipu menipu dah jadi kebiasaan,
Rasuah merasuah dah jadi makanan,
Itukan amalan biasa puak gerombolan,
Kalau tidak manakan dapat hidup senang,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Bergaduh bergocoh merebut harta rampasan,
Perasaan malu sudah lama dibuang,
Sekali tengok macam sarkis natang,
Rupa-rupanya dah ikut perangai setan,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Halal Haram dah jadi mainan,
Bukan sumber yang benar jadi rujukan,
Persetankan semua orang,
Janji kuasa terus dapat dipegang,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Ketuanan Melayu dilaung-laungkan,
Satu Malaysia diheboh-hebohkan,
Yang mana satu menjadi kebenaran,
Ini tak lebih dari membodohkan rakyat bawahan,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Bila cerita pasal ekonomi,
Tak habis dengan keawangan liberalisasi,
Ini kes silap-silap boleh tergadai negeri,
Itu semua bukan aku ambil peduli,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Harap-harap dapat jumpa kat Penanti,
Menentang puak gerombolan yang merompak ini negeri,
Dengar cerita puak gerombolan tak berani,
Habis semua telur sudah di bawak lari,
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Kepada abang-abang, adik-adik, kakak-kakak,
Mintak maaf kalau terkasar bahasa,
Ambe di sini bukan nak mengata,
Hati ini sakit sangat sampai tak terkata,
Bila melihat...akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
...Sebab akulah MELAYU BODOH YANG KOOOL...
Inikan perangai puak gerombolan,
Kelakuan begini jangan diikutkan,
Yang baik harus dijadikan tauladan,
Yang buruk harus dijadikan sempadan.
Posted by jiwa merdeka
sumber: http://berita-tipu.blogspot.com/
Tuesday, April 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment