Wednesday, April 29, 2009
sedikit tazkirah..
aku nak kongsi la skit apa yang aku pernah dengar melalui kuliah kuliah yang diikuti kat masjid,ia mengenai surah la fatihah,surah yagn semua umat islam wajib hafal,tanpanya,banyak ibadat tidak sempurna. semoga semua dapat menghayatinya..
pertama yang aku ingat adalah ustaz yang beri tazkirah tentang nama nama lain surah al fatihah,antaranya adalah dinamakan surah jampi,iaitu ada satu kisah di mana ada sahabat nabi yang mengembara,bila tiba waktu malam,mereka nak cari tempat berteduh,sampai di satu kampung,tok penghulu kampung tersebut(kira macam jkkk) tak bagi,maka terpaksalah sahabat nabi ni tidur di tepi bukit.dengan takdir Allah,pada malam tu,jkkk tu kena gigit kat kala jengking,diubat tak sembuh,maka orang kampung beri cadangan untuk minta pertologan pengembara yakni para sahabat tadi,maka sahabat Rasulullah pun bersetuju dengan syarat mereka mahukan beberapa ekor kambing sebagai ganjaran,maka mereka pun membaca surah al fatihah,dan ditiup pada kaki jkkk itu,maka dia pun sembuh..mereka pun beritahu nabi muhammad mengenai hal ini dan nabi tidak pula mengatakan jampi itu haram..jampi akan jadi haram jika dibaca ayat ayat mengarut..
banyak lagi nama tapi aku lupa,maaf la yea..
al fatihah punyai 7 ayat,bermula dengan bismillahhirohmanirrohim,
"dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang".
maknanya,apabila kita hendak memulakan sesuatu,haruslah dimulai dengan pujian kepada Allah.kita kena sedar apa juga yang ada adalah milik allah,maka kita harus mengingat Allah dengan memyebut nama allah atas tiap tiap perlakuan.maka tidak layak kita mengambil nikmat Allah,tanpa menyebut nama Allah.ramai di antara kita yang mengambil milik Allah,tetapi kita lupa akan Nya.
sifat rahman Allah bukan sahaja pada yang taat pada Allah,bahkan kepada yg kuat melawan Allah,lagi banyak nikmat yang diberi kepada Allah,ini adalah lumrah,nikmat kepada musuh2 Allah adalah untuk melalaikan serta menghancurkan musuh itu sendiri
ayat kedua pula membawa maksud:
"segala puji bagi Allah,tuhan yang mentadbir sekalian alam"
,maknanya,segala puji adalah bagi Allah,dan tidak layak lah bagi manusia macam kita.
bila ada orang puji kit,haruslah kita sebut,allamdulillah,segala puji bagi Allah,bukan untuk aku tapi untuk Allah..tu baru betul,tapi ada juga orang bila di puji,dia sebut allamdullilah di mulut,tapi di hati dia membesarkan dirinya dengan pujian itu,itu tak betul .
cth;
"ehm rajinnya mung ni,tiap tiap hari mari awal sokmo surau,mung paling warak dalam kampung nih"
jawabnya dia "allamdullah,memang aku rajin,"ini tak betul,cukup lah sekadar sebut,allamdullilah,semua puji bagi Allah..
namum pujian tidaklah diharamkan,anda boleh puji seseorang,tapi jangan secara melampau,serta pujilah yang benar,jika orang tu baik,boleh la kita puji,contohnya bila makan apa yang istri masak,pujilah sedap ke apa ke.
jika orang tu zalim terhadap orang,merobohkan rumah rumah Allah,haram bagi kita puji dan Allah murka kepada kita jika kita PUJI@ hormat kepada orang zalim..kita bangun apabila ketibaan dia pun haram,itu tanda hormat kat dia sedangkan dia tu musuh Allah.
adakalanya kita kena puji,kadang kadang untuk membangkitkan semangat,contohnya pujilah anak anda yang solat di awal waktu,cthnya
"ehm,bagusnya adik,paling awal skali sembahyang"
jadi dia akan bersemangat apabila perbuatan dia diiktiraf.
begitu islam,jika anda tidak melampaui batas dalam pujian,ia dibenarkan,tidak salah..
rabbilalamin,tuhan yang mentadbir sekian alam,yakni Allah maha berkuasa di seantero dunia ni,namum yang berlaku manusia sekarang,umat sekarang lebih takut dan patuh pada undang undang dunia,ni takut belaka,kita hamba allah,dicipta allah,kenapa kita harus membelakankang Allah.dimasa hidup,mereka hanya ingat perhiasan,hiburan dan bermain,tanpa ingat Allah,tapi ingatlah nanti akan ditanya kepada kamu apa yang kamu lalukan di dunia sepanjang umur kamu,jawablah kamu sendiri!!
ayat ketiga adlah bermaksud
"Yang maha pengasih lagi maha penyayang"
maknaya,Allah sesungguhnya maha mengasihi semua makhluknya.Dia mengurniakan kita bermacma macam nikmat walau pun kita lalai terhadapnya.tetapi anda harus ingatlah balasan keras Allah di akhirat nanti.
ayat keempat bermaksud:
"yang berkuasa di hari pembalasan"
ia peringatkan kita bahawa dunia ini tidak kekal,hanya sementara,yang kekal alam kiamat nanti,pada hari ini,tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah.maka kehidupan hakiki di akhirat,kita patut faham bahawa kita jangan takut pada manusia dan hanya takut kepada Allah.ni takut belaka,takut polis,takut jpj,takut jkkk,bini pun takut,yang tidak takut kepada ALLAH,kamu engkar kepada perintah Allah itu bermaksud kamu tidak takut kepada Allah.siapa yang cipta kita,cipta tok kita,bapak kita,semua nya allah,maka kita sepatutnya hanya beribadah dan hanya takut kepada allah.hambakan diri kamu kepada Allah dan bukan kepada orang lain..
tanda kiamat dah banyak berlaku,dalam satu hadis,nabi s.a.w pernah bersabda,antara tanda kiamat adalah diangkat nya ilmu,bagaimana?,dengan matinya para ulama dan ilmu semakin berkurang.,yakni ilmu sikit,jahil banyak.tengok, cuba tengok anak kita,ada YB,engineer,arkited,pegawai tadbir,bila ayah mati panggil tok iman suruh solat jenazah,apa guna anak banyak kalau begitu.anak kita sama tak dengan berok bawah rumah,berok boleh mandi tak mayat kita?,boleh solatkan ke tak janazah kita?doh anak kita,anak beranak berok..
anak yang soleh adalah anak yang sentiasa berdoa kepada kita bila kita mati..
ayat kelima membawa maksud:
"hanya Engkau (ya Allah )yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan"
maknanya,kita hanya perhambakan diri kepada Allah,dan walaupun kita minta tolong dengan orang lain,dalam hati kita sentiasa ingat Allah.
ayat keenam:
"tunjukilah(hati)kami jalan yang lurus"
islam tu jalan yang lurus dah,tapi yang kita mahukan adalah supaya kita diberi hadayah dan petunjuk untuk kita melalui jalan yang lurus.iaitu yang menurut petunjuk al quran.
dan ayat terakhir :
"iaitu jalan orang orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka,sedang mereka bukan orang orang yang sesat"
manusia ini ada tiga macam,yg menerima nikmat dan berterima kasih kpd Allah.
kedua mereka tidak menyalahgunakan nikmat tetapi tidak berterima kasih kepada Allah,dan yang ketiga adalah mereka yg tIdak berterima ksih atas nikmat allah serta menyalahgunakan nikmat allah..ini lah seteruk teruk manusia..
sekadar di sini yang saya mampu tulis,banyak yang dah lupa,semoga ia bermaanfaat epada kita semua,sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari saya semdiri yang telah lupa apa yg diberitahu ustaz yang mengajar kat kuliah tu..itulah kelemahan saya.
ps-kalau tak silap saya,nama ustaz tu adalah ustaz Azhar Idrus...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment