Tuesday, April 21, 2009

mahathir vs anwar di penanti..


pilihan raya kecil dun penanti di dijangkakan satu pertembungan antara mahathir dan DSAI..(jika bn letak calon)..

ini pasti menarik minat ramai orang,prk ini mampu memberi peluang kepada kedua tokoh ini menunjukkan kehebatan berpolitik masing masing kepada masyarakat malaysia.

namun, kemenangan pr di bukit gantang sukar berulang,ironinya begini,umno yang dibantu Dr.M di sana telah berjaya mengurang undi orang melayu kepada pas/pr..

di penanti,60 peratus lebih pengundi di sana adalah melayu adakah mereka ini juga akan beralih arah seperti yang berlaku di bukit gantang..

isu yang mungkin dimainkan oleh bn mungkin sekali soal DEB yang telah dimansuhkan di pulau pinang,kemudian,sedikit kurang puas hati dap kepada pkr di pulau pinang juga akan dibesarkan seperti belon walau pun kini isu itu sudah tenggelam..

masalah yang juga berkemungkinan timbul adalah.....bekas timbalan ketua menteri pulau pinang,fairus,beliau yang terang menunjukkan ketidapuashatian kepada pkr yang tidak menyebalahi dia semasa berdepan dengan dakwaan salah guna kuasa mungkin akan menghentam pkr di penanti.siapa tahu...........

satu persoalan yang mungkin timbul adalah kehadiran bekas ketua angkatan muda keadilan,ezam mohd nor.beliau punyai masalah dengan mahathir dan ironinya,pilihan raya ini adalah pilihan raya mahathir,jadi,adakah rakyat penanti akan nampak kelibat ezam di kawasan mereka?

DIHARAP PR JANGAN OVER CONFIDENT DI PENANTI KERANA UJIAN ALLAH MUNGKIN TIBA DI PENANTI..KEKALAHAN DI PENANTI JUGA AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA PAKATAN RAKYAT..NAMUN,LAWAN TETAP LAWAN..

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts