Sunday, April 26, 2009
DAP Terengganu Prihatin Terhadap ‘Tragedi’ Kemiskinan Yang Menimpa Rakyat
DAP Terengganu Prihatin Terhadap ‘Tragedi’ Kemiskinan Yang Menimpa Rakyat
Kuala Terengganu, 25 Apr – Kemiskinan merupakan satu ‘tragedi’ menimpa rakyat negeri Terengganu yang merupakan antara negeri terkaya di Malaysia.
Pendapatan dari hasil royalti petroleum yang diperolehi oleh kerajaan sejak 30 tahun lalu. gagal diagihkan dengan saksama menyebabkan jurang kaya-miskin rakyat begitu ketara.
Nasib yang menimpa keluarga Hasbunaim Ahmad, 35, mungkin boleh diubah sekiranya masyarakat dan kerajaan fokus dalam soal membasmi kemiskinan.
Beliau yang tinggal di Kampung Kuala Pueh Hulu Terengganu agak malang kerana walaupun tinggal kira-kira 7 kilometer dari empangan hidro-elektrik Kenyir, namun rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik.
Disebabkan tidak ada peluang pekerjaan yang lebih baik, Hasbunaim menyara kehidupan keluarganya dengan mengambil upah memanjat dan menurunkan buah kelapa.
Dengan pendapatan antara RM 300 hingga RM400 sebulan, Hasbunaim tidak mungkin dapat menikmati cahaya ‘lampu’ pada waktu gelap malam.
Bahkan dengan perolehan sebanyak itu, tidak cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarganya selama sebulan.
Mereka tidak mampu untuk membiayai kos pendawaian elektrik, bayaran deposit dan lain-lain yang mencecah sehingga RM650.00.
Isterinya, Tengku Aishah Tengku Awang, 34, adalah suri rumah sepenuh masa dan mereka berdua dikurniakan lima orang cahayamata.
Perbelanjaan persekolahan tiga orang anaknya turut memeningkan kepala Hasbunaim dengan segala keperluan persekolahan yang pelbagai sekarang ini.
Kesusahan keluarga Hasbunaim telah mendapat perhatian para petugas Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Terengganu.
Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata beliau telah menziarahi keluarga Hasbunaim beberapa hari lalu dan terkejut melihat kesusahan yang mereka alami.
“Saya amat terkejut dengan kesusahan mereka, rumah mereka ‘dhaif’, duduk kira-kira 7 kilometer dari empangan Kenyir yang membekalkan elektrik keseluruh Malaysia,
“malangnya rumah mereka sendiri tidak mempunyai bekalan elektrik,”kata Chai Hing.
Beliau berkata sepatutnya pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) prihatin dan mengambil cakna namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Katanya, keluarga tersebut pernah beberapa kali memohon bantuan dari pihak kerajaan, namun satu bentuk bantuan pun tidak diterima oleh mereka.
“Sekurang-kurangnya JKKK sepatutnya usahakan, supaya rumah tersebut dapat bekalan elektrik,
“bagaimana anak-anak mereka akan mahu dalam pelajaran sekiranya mereka belajar dirumah dengan cahaya pelita atau lilin,”ujarnya.
Oleh itu, DAP Terengganu akan mengusahakan satu dana bagi membantu keluarga Hasbunaim dan mungkin beberapa keluarga yang lain, yang memerlukan bantuan.
“Kita akan usahakan dana bagi membantu membiayai kos pendawaian elektrik dan membayar deposit dengan pihak Tenaga Nasional,
“Ia satu tanggungjawab sosial kita, bersama-sama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain,”katanya.
Beliau turut menyumbangkan sedikit bantuan berbetuk ‘hamper’ barangan sewaktu mengunjungi rumah Hasbunaim dan menghulurkan sedikit sumbangan kewangan bagi meringankan bebena semasa keluarga tersebut.
Turut bersama beliau menziarahi keluarga tersebut adalah Setiausaha DAP Cawangan Sungai Tong, Encik mohd nasir Zainal.
sumber:
http://daptrg.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment