Monday, November 30, 2009

bila si gila penari bogel kata TGNA nyanyuk...





Kenyataan- kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau seperti sudah nyanyuk atau tidak sedar dengan apa yang diperkatakannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan tersebut turut menyebabkan Mursyidul Am Pas itu kini dilihat begitu berbeza dengan pemimpin lain parti tersebut termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Malah katanya, doa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dimusnahkan yang dibacakan oleh Nik Abdul Aziz pada khutbah solat Jumaat di Kota Bharu kelmarin membuktikan hakikat tersebut.

''Apa punya nyanyuk dia boleh membuat doa sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Maritim Antarabangsa sempena Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini.

Mengulas doa yang dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan itu kelmarin, beliau berkata, ia bukan kali pertama dilakunya.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz juga telah membuat doa yang sama dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dan Bagan Pinang sebelum ini dengan meminta Perdana Menteri termasuk beliau sendiri 'pergi jahanam' dan dianggap sebagai orang jahat.

Ahmad Zahid berkata, doa-doa yang dibacakan oleh Nik Abdul Aziz itu juga boleh dilihat dalam laman You Tube

''Kelmarin sekali lagi dia membuat doa yang sama di Kota Bharu.

''Saya fikir tidak ada gunanya beliau membuat doa seperti itu kerana ia akan menyusahkan pemimpin Pas yang lain," katanya.

Sebab itulah katanya, Nik Abdul Aziz berbeza pendapat dengan pemimpin Pas yang lain.

au mengeluarkan lebih banyak doa yang tidak sepatutnya.(utusan malaysia online)..

Tambah beliau, mungkin sudah tiba masanya Nik Abdul Aziz bersara daripada politik sebelum beli

..hak..hak..

ketata dulu...meh kita cuba jawab kenyataan bodoh dan bangang si zahid n da penari bogel ni..

memang la TGNA berbeza dengan pemimpin pemimpin PAS lain..TGNA lebih bijak,hebat dan berkarisma..kalau beliau sama je dengan pemimpin PAS lain macam haji Hadi tu,bungkus la PAS..dan kalau beliau sama je dengan pemimpin PAS lain,tak la beliau jadi mursidul am PAS..dan sesungguhnya hal ini dibuktikan dengan doa TGNA jumaat lepas la..hak..hak..hak.

memang ini bukan kali pertama TGNA bertindak bijak begini...hak..hak..hak..tabik spring TGNA...pergi jahanam la zahid hamihi,pergi jahanam la umNo..

dan keras pedal tambah lagi,doa doa keramat tu boleh didengar melalui laman wed Youtube.

dan semalam TGNA berdoa kepada Allah sekali lagi..(sebagai hamba yang taat,hanya kepada Allah kita berdoa selalu)

ada gunanya doa itu,ia akan buat pemimpin umNo melatah dan mengelabah..hak..hak..hak..zahid satu contohnya..yabetul ini akan menyusahkan pemimpin PAS lain..pemimpin PAS yang pro umNo@barua umNo)..hak..hak..hak..

zahid dan najib yang perlu bersara..dah dah la makan duit rakyat..pi bertaubat nuh..nanti makbul betul kan doa TGNA..mampos korang,,hak,..hak..hakk

jom aminkan doa TGNA...

AMIN...AMIN YA ROBBAL ALAMIN..

doakan juga pembunuh Altantuya terima balasan...

Selain minta doa kat Allah agar masa depan PM dan UmnO hancur,kita juga harus doakan seorang mangsa kezaliman manusia yang rakus dan zalim yang yang telah membunuh dan meng"C4" kan dirinya.

Mangsa itu adalah tidak lain tidak bukan,model dari mongolia,Altantuya Shaariibu..

dia dibunuh kejam oleh rakyat malaysia..siapakah pembunuhnya??adakah 2 orang polis yang bakal ke gantung itu?tapi apa sebeb mereka nak bunuh n bom altantuya?altantuya ugut mereka dengan minta wang dari pembelian kapal selam ke??altantuya taw rahsia mereka ka??ntah...

atau ada manusia lain yang jadi dalang di semua ni(memang ada pun),siapa??hanya Allah yang taw(kita pun taw,mahkamah pun rasanya taw,1 malaysia taw,tapi buat2 tak taw je)..

tidak apa yang boleh kita buat selagi KERAjaan umNo bn tak jatuh..so,jom la sama sama doakan agar pembunuh tu dihukum Allah di dunia dan akhirat...

amin...

Sunday, November 29, 2009

bukan sahaja TGNA,seluruh umat islam kena berdoa agar Allah melaknat pemimpn dan kerajaan yang zalim...

TGNA tetap pertahankan tindakan beliau mendoakan agar masa depan PM Datuk Seri Najib Razak dan Umno dimusnahkan jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan walaupun dikritik hebat oleh ulama pengampu kebangsaan.

PAS kelantan sudah berjuang melalui berbagai cari untuk menuntuk hak mereka dalam royalti minyak,tetapi KERAjaan pusat ni hanya wat endah tak endah...so,last last,kita doa je la..

katanya ustazah gua,kalau kita doa 40 kali dengan ikhlas,maka insyAllah,Allah makbulkan,satu satu cara lagi,40 orang berdoa secara ikhlas untuk menghancurkan masa depan kerajaan dan pemimpin zalim itu,insyAllah,mungkin Allah makbul,tu kalau 40 orang,macam mana kalau 40 000 orang,atau 400 000 ribu orang yang doakan...mungki nAllah akan perkenan doa kita..

so, gua seru kita sama sama mengikut jejak TGNA,jom berdoa semua..

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,SESUNGGUHNYA DIKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG BERLAKU DI NEGERI KAMI..BAGAIMANA NEGERI KAMI DIZALIMI PEMERINTAH PUSAT,HAK KAMI DINAFIKAN OLEH PEMERINTAH PUSAT,OLEH ITU YA ALLAH,SEKIRANYA ENGKAU MENGDAPATI KAMI DI PIHAK YANG BENAR ,MAKA DIKAU HANCURKAN LAH MASA DEPAN PEMIMPIN YANG TELAH MELAKUKAN KHIANAT ITU...SERTA HANCURKAN LAH SEKALI ORGANISASINYA YANG ANGKUH ITU..

nik Abduh pula diperbodohkan...

aya Mohamad Shah berasal daripada Dungun Terengganu, bekas anak tahanan ISA 1984, amat tidak senang dengan berita yang disiarkan oleh Malaysiakini tentang penyataan berikut: "Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya

"Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!'," tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam keadaan orang orang Islam dan perjuangan Islam diserang dari segenap penjuru sama ada di negeri Kelantan Malaysia malah dunia, masih adakah orang seperti Nik Abduh, seorang anak ulama besar yang disanjung mengatakan jika seseorang yang meminta bapanya tidak meletakkan jawatan.

Wahai Nik Abduh. Ustaz Nik Aziz itu bukan hak tuan, dia hanya dipinjamkan Allah dilahirkan ke dunia untuk memimpin dan pemimpin bagi umat manusia sama ada Islam atau bukan Islam di atas muka bumi ini. Cuma Ustaz Nik Aziz adalah perantara di alam istillah sunatullah.

Selepas Nabi Besar Muhammad wafat, di sambung oleh para sahabat diikuti para ambia dan berbetulan Ustaz Nik Aziz itu seorang alim, warak serta berpandukan al Quran, Hadis Nabi maka dia adalah hak umat manusia. Bukan hak Nik Abduh sahaja.

Apakah Nik Abduh bersedia apabila dipadang mashyar kelak untuk menjawab bahawa dia adalah penghalang umat Islam meminta Ustaz Nik Aziz berkhidmat untuk umat Islam dan manusia.

Kalau Ustaz Nik Aziz selalu mengambil pengiktibaran daripada kisah Rasullah, adakah di zaman Rasullah anak-anak Baginda melarang Rasullah meneruskan penyebaran dan penyampaian Islam kepada manusia?

Tak pernah pula saya terbaca anak Rasullah melarang ayahnya meneruskan Baginda menyampaikan Islam semasa Baginda sakit. Adalah baik Nik Abduh mengambil pengiktibaran daripada seorang Imam di Kampung Sura Tengah Dungun, Arwah Imam Haji Razali apabila ditanya oleh anaknya,

"Ayah sampai bila ayah akan menjadi imam sedangkan ayah dah tua dan sakit" apakah jawapan seorang imam yang tidak bertaraf ustaz dan ulama kepada anaknya, "Ayah akan terus menjadi Imam sehingga ayah mati"

Apakah pengiktibaran yang Allah berikan kepada umat Islam dikampung itu
Imam Haji Razali sempat mengimamkan solat Jumaat terakhir dalam hidupnya dan sebelum beliau meninggal dunia ini pun beliau meneruskan solat walaupun berada di katil hospital.

Oleh itu perkataan "Bodoh" atau tidak cerdik yang diguna pakai oleh Nik Abduh adalah perkataan orang yang tidak cerdik tentang perhitungan hidup mati, ketuhanan dan Islam. Perlu di ingat Nik Aziz hebat bukan kerana nama dia Nik Aziz, tetapi kerana perjuangan, pengucapan, cara hidup, amal ibadatnya mengikut Islam. Mereka yang bakal meminta Ustaz Nik Aziz meneruskan khidmatnya bukannya "Bodoh" tetapi mereka yang bakal meminta Nik Aziz meneruskan khidmatnya adalah mereka yang cerdik serta berpandangan jauh dalam meneruskan perjuangan Islam serta menyambung seruan Rasulullah saw.

Yang demikian Nik Abduh jangan bongkak, kerana sejarah menunjukan anak isteri para nabi ada yang menentang seruan Allah, jangan sampai Nik Abduh tergolong di kalangan mereka itu.

Sekian terima kasih - Mohd Shah (Detikdaily)

Saturday, November 28, 2009

Beza Pemimpin PR dan pemimpin contoh umNo..

KUASA..
pemimpin PR tak gila kuasa..
# Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan.

“Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.(malaysianinsider)

#dibuktikan lagi dengan naiknya DS Nizar Jamaludin sebagai MB perak selepas pilihan raya umum ke 12 walaupun yang selayaknya adalah wakil dari DAP...tapi pemimpim DAP bukan gila kuasa...


kita tengok umNo pulak...

#Perebutan jawatan menteri besar Terengganu antara mat said(YB Ahmad Said) dan deris9YB idris Jusoh)...deris dapat sokongan PM ketika itu(Pak Lalalala..)manakala Mat Said mendapat sokongan Istana...

#kemelut perlenatikan MB perlis selepas PRU 12 juga membuktikan pemimpin umNo jenis tidak boleh bertolak ansur walaupun antara sekutunya..

#Hasan Ali,jenis gila kan kuasa,lakukan apa saja walaupun pengkhianatan kepada pengundi dan rakyat kerna kemaruk nak jadi MB..(??????????)


Friday, November 27, 2009

PAS tanpa TGNA?


s
emakin hari,kerap gua terbaca artikel yang menyebut pasal TGNA berundur la,peralihan kuasa di Kelantan la,TGNA letak jawatan la..dan semakin gua baca,semakin risau gua dengan masa depan PAS.

ni kenyataan berani gua:
PAS AKAN REBAH TANPA TOK GURU NIK AZIZ!!!
mungkin korang akan sangkal atas alasan,{"PAS juga punyai pemimpin pelapis yang hebat",}
dua persoalan yang ingin gua timbulkan jika ada yang beri alasan begini iaitu:
1: adakah pemimpin pelapis itu sehebat TGNA
2:kalau ada...siapa???

dan perlu diingat,bukan sahaja PAS kelantan,bahkan PAS pusat pun mungkin rebah..TGNA adalah ketua kepada PAS,beliau adalah lambang kepada PAS..

Tanpa TGNA perkara pertama yang gua ramalkan adalah kehilangan penyokong bukan islam terhadap PAS..mereka yang jelas tidak percaya terhadap Haji Hadi mungkin sekali akan meninggalkan pas,dan gua yakin,di mata non muslim,true leader of PAS is TGNA dan bukannya haji Hadi..Hadi is nothing to them...bagi sesetengah penyokong PAS,yes,hadi is the hero,but dia zero dalam kaca mata non muslim..dan jika hilangnya penyokong non muslim,banyak effect negatif kepada pengaruh PAS..

perkara kedua yang gua ramaikan sekiranya PAS tanpa TGNA pada masa akan datang adalah puak barua UmNo akan bermaharajalela..macam 5 anak org jutawan yang kematian bapa,pasti dibuat macam macam terhadap harta peninggalan bapa mereka itu..pastinya UG akan timbul kembali dengan lebih hangat..

perkara ketiga yang gua ramalkan akan berlaku sekiranya PAS tanpa TGNA pada masa depan adalah mungkin ramai pihak pro PR dalam PAS akan dipecat!!!mesti mereka akan dianak tirikan,dan secara tidak langsung akan memaksa mereka berambus dari PAS...

walaupun ini hanya ramalan gua,dan gua bukankan pengkaji politik yang hebat dan bijak,tapi ini tidak mustahil berlaku..

jadi,kita MERAYUlah agar TGNA kekal bersama PAS selagi nyawa dikandung badan...dan moga semua ahli PAS yang sayangkan PAS sentiasalah berdoa agar TGNA sentiasa sihat dan dipanjangkan umurnya..

PS-bercakap pasal doakan TGNA,bapa gua cakap pagi tadi,beliau terbaca dalam satu blog,satu komen seorang non muslim yang berugama hindu(atau buddha,gua lupa) serta taat pada agamanya dan melakukan sembahyangnya setiap pagi bahawa dia berkata tiap kali dia sembahyang(mengikut agamanya),dia akan mendoakan TGNA sihat selalu dan panjang umur..serius,gua tak tipu lu..jadi kalau orang non muslim boleh mendoakan TGNA,kenapa tidak anda yang baru sahaja selesai korban pagi tadi???kenapa tidak kita yang selalu solat 5 waktu menymebah Allah SWT..insafkan korang,,PAS tanpa TGNA is drown.....lemas kita..

Nik Abduh kena sedar kedudukan sebagai anak ulama..tolong jaga bahasa..

(greenbox)saya diminta oleh beberapa orang sahabat untuk memberi pandangan tulisan Sdra Nik Abduh Nik Aziz yang tersiar di blognya bertajuk "abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu".

Pada awalnya saya tidak berapa nak layan tulisan-tulisannya sebab saya tahu beliau adalah penyokong kepada idea Kerajaan Perpaduan di satu ketika sebelum ini yang sanggup menentang dan bersikap tidak beradab (biadab) kepada ayahandanya sendiri.

Namun untuk sahabat yang mengharapkan saya cuma akan sentuh beberapa kepincangan yang saya kesani di dalam tulisan anak Tok Guru ini. Kalau nak harapkan lebih dari itu, bersabar dulu, tunggu petunjuk Ilahi melalui ayat manzurahNya. Kebenaran tetap terpapar jua akhirnya. Jangan ragu.

Rencananya yang panjang lebar menggunakan stail bahasa sasterawan tetapi malang dipenuhi dengan penonjolan diri berlebihan - kononnya aku adalah sang penasihat utama dalam isu yang sedang melanda. Jangan tak tahu hal itu!

baca lagi dengan lebih lanjut di (greenbox).

terima kasih Grenbox,ini isi hati gua sebenarnya....tq..tq...bukan nak kondem terbuka pun,gua ni bukan pandai sangat,mana tahu gua pulak yang kena kondem..tp bila greenbox dah tembak...luahkan hati pun terurai..hak..hak..hak..


ye la,mungkin sebagai anak,Nik Abduh berhak bercakap begitu,tp mungkin dia lupa bahawa dia ni anak kepada Ulama terkemuka,sedar sikit,jaga bahasa tu,gua anak ahli DAP,tak pe..hak..hak..nanti sebab anak,nama TGNA busuk...

Thursday, November 26, 2009

pemimpin PAS yang tidak layak menduduki harieki tinggi tp terpilih kerna....

Pas sebagai sebuah parti besar punyai banyak jawatan jawatan tertinggi,dan dengan banyak jawatan,tentunya ramai yang berpeluang merasai nikmat menjawat jawatan tertinggi.

dari presiden hingga exco pemuda(peringkat atasan),lebih dari 30 orang yang mendapat jawatan tinggi dalam PAS.

Selayaknya,orang yang paling hebat dan paling banyak berjasa,akan mendapat peluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam PAS ni,paling kurang,ekco pemuda(yang terendah antara yang tertinggi),tapi ada juga yang mendapat jawatan berikutan kebel yang ada padanya..tapi jikalau layak seperti Mujahid Yusuf Rawa gua tak kisah,saudara Mujahid memang selayaknya bahkan lebih untuk menduduki hairaki yang lebih tinggi dalam PAS berbanding sekarang..jasa beliau pada PAS dalam usaha beliau cuba untuk "menghasil" Kelab Penyokong amat amatlah besar hingga sekarang.

Tapi wa tengok ada juga pimpinan tertinggi ni dilantik atas sebab punyai hubungan baik dengan pemimpin paling tinggi.contohnya mustafa Ali,gua langsung tak tengok kelayakan dia untuk jadi setiausaha agung PAS,tapi mungkin sebab dia ni punyai hubungan baik dengan Haji Hadi,dia dapat jawatan tersebut.gua gerenti,kalau ada pertandingan,pasti kalah.bahkan untuk jawatan itu,gua rasa,ada lagi yang lebih layak...

Timbalan presiden pun gua fikir tidak pantas untuk nasarudin mat isa,gua heran macam mana dia boleh menang masa pemilihan hari itu..apa jasa dia ni pada parti yang kita boleh lihat sampai sekarang..yang ada hanya bala yang dia bawa(*UG)..atas kesempatan ini,gua menyeru semua perwakilan nanti masa nak memilih,fikir 1000 kali kalau nak undi Nasarudin.

ada juga yang duduki kerusi exco mana mana sayap parti tapi gua tidak nampak apa jasa dia ni pada parti,bukan pada peringkat pusat,bahkan di peringkat negeri pun gua tak jarang sekali dengar namanya.mungkin dia naik sebab kabel pada keluarga atau pe pe yang berkaitan kot..kalau soal kabel ni gua tak kisah kalau layak,tapi mana kelayakan tu??gua tarak nampak la,,paling kurang,berjasa besar dulu skali..ni naik gitu jerk..gua tak nak sebut nama..tapi gua sakit hati sikit tadi dengan apa yang dia cakap walaupun apa yang dia cakap tu ada benarnya..tidak boleh secara lembut ka?

________________________________________
SAYANG TOK GURU...

Wednesday, November 25, 2009

sokong blogger yang berani kerna benar ini.

Satu blog pro-PAS, yang mendakwa seorang bekas calon parti itu "berkonspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai saksi-saksi berwibawa untuk mempertahankan artikelnya.

Penulis blog Malaysia Waves Abdul Rahman Abdul Talib - yang sering membongkar pergolakan dalaman PAS - berkata, saksi-saksi yang memberikan maklumat kepadanya mempunyai akses langsung kepada "minit-minit mesyuarat PAS Selangor".

"Saya ada saksi-saksi. Dan saksi-sakti itu memberitahu perkara-perkara yang diminitkan dalam mesyuarat PAS negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau akan membuat pendedahan susulan pembabitan bekas calon itu Suwardi Yaacob dalam konspirasi itu apabila saman Abdul Khalid terhadap Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, mula dibicarakan di mahkamah.(baca lagi posting penuh di malaysiakini).

gua beri sokongan 110% kepada Tulang Besi....go..go..Tulang Besi...

TGNA terima nasihat Haji Hadi minta menantu letak jawatan,Hadi bila nak dengar nasihat akar umbi lak?

Sekali lagi la gua ungkit sikit pasal maslaah di Kelantan,bukan untuk hangatkan cerita yang sudah ditutup di sana,tetapi sekadar mukadimah kepada idea asal posting ini..

Kita tahu kan Haji Hadi dan rombongan telah pergi menemui TGNA semasa hiruk pikuk(betul ka istilah ni?)masalah kontroversi menantu beliau dan kemelut di kerajaan PAS kelantan,mereka bercakap dengan TGNA,nasihat TGNA agar nasihatkan agar menasihatkan pula menantu nya untuk meletak jawatan..(nasihat atas nasihat)..

dengan hati terbuka,TGNA terima nasihat haji Hadi(dan atas desakan ramai pihak juga,bukan haji Hadi sorang)..akhirnya tertutuplah cerita masalah di Kelantan...selesai dari A sampai Y...

Nak bezkan lagi posting ni,kalau TGNA boleh terima nasihat untuk menasihatkan agar menantu beliau letak jawatan,bila haji Hadi nak dengar nasihat ramai pihak kita orang untuk meletak jawatan??

kalau menantu TGNA meletak jawatan demi kebaikan PAS Kelantan,Haji Hadi haru meletak jawatan demi kebaikan PAS Malaysia(pusat)...

berapa kali nak cakap,anda tak tidak punyai tenaga yang kuat untuk memimpin PAS...PAS ini satu pertubuhan yang perjuangkan ISLAM dan rakyat,dan pertubuhan ini hanya akan menjadi kuat sekiranya pemimpin tertinggi dan akar umbi itu kuat..

tapi masalahnya,Haji Hadi tidak punya kekuatan dah sekarang..dah hilang sengat politik..

pi la berehat ..ambo kesian je...nanti tak pasal pasal berakhir macam Pak Lah..tak ke senak...kalau Haji Hadi letak jawatan,maka krew krew beliau akan turut bersama,atau paling kurang,kabel mustafa ali dah tidak kuat..tak leh al dia nak buat hal lagi..

Tuesday, November 24, 2009

kondem org yang kondem TGNA

(Pusat Pembangunan Pondok Bhd (PPPB) tidak bertanggungjawab di atas kenyataan pengasas Pondok Maheliah , Geting, Haji dot..dot..dot(nama gua tak nak sebut,pergi klik kat bawah kalau nak taw nama) yang melabelkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai terlalu takbur.)

(Semalam sebuah akhbar melaporkan Haji dot..dot.. yang juga pengasas pondok Geting, Tumpat sebagai berkata, tindak tanduk Nik Abdul Aziz sudah keterlaluan dan diselumbungi takbur.
Malah katanya, Mursyidul Am PAS itu menafsirkan al Quran berdasar kepada kefahaman sendiri yang disesuaikan dengan kepentingan tertentu.)

artikel kat ayat gua amik secebis dari blog pemburu syahid,nak baca punuh,sila pergi kat sana,ni gua nak komen guna cara wa sendiri pulak.

gua memang akan jadi panas serta merta tahap maksima jika ada sekor sekor manusia yang cuba atau kutuk TGNA..gua ni insyAllah, dilahirkan untuk pertahankan TGNA...

Mungkin dia ni ingat kalau dah mengasaskan satu pondok,dia boleh kondem sesuka hati,hoi,kalau nak kondem DSAI wa tak panas sangat,bukan tak sayang DSAI,cuma wa taw,orang yang gila ke duit je kondem DSAI,sekali kondem,sekali fitnah DSAI,dapat masyukkk/..

ni kalau kondem TGNA,nak cari pasal dgn penyokong penyokong TGNA la la..

baik,kalau dia boleh kondem TGNA,ni giliran gua pulak...:

atas dasar dasar tertentu,gua percaya ini pendapat peribadi bodoh dari "ustaz" ni..dia nak cari publisiti,atau dia mungkin dibayar pihak tertentu..ye lakan,satu kebetulan pulak,lepas selesai satu kemelut di Kelantan yang berkait dgn TGNA,nama baik TGNA sekali lagi cuba diburukkan..

kesian ustaz nasarudin...

Pemeriksaan perubatan mendapati Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengalami gejala kejang otot di sebelah kanan badannya, dari bahagian bahunya ke pinggang.

Ketika dikunjungi Malaysiakini di wad rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, beliau yang masih bergantung kepada pil penahan sakit hanya berkata:

"Tiada apa-apa yang serius."

Tambahnya, walaupun mengalami kesesakan nafas semalam – antara tanda-tanda sakit jantung – pemeriksaan pakar mendapati beliau bebas daripada penyakit yang mengancam nyawa itu.

Nasharuddin, ahli parlimen Bachok, berkata doktor membenarkannya keluar dari institut perubatan itu esok pagi.

Katanya, lapan tahun lalu, beliau pernah mengalami kesakitan yang sama sebanyak dua kali.(Malaysiakini)

Simpati yang teramat sangat gua kat ustaz nacha,bukan setakat "otak"nya yang bermasalah,kini badan badan dan otot otot turut menghadapi masalah.

ustaz Nasa gua nasihatkan berehat la lama lama,setahun ke,dua tahun ke,lagi bagus kalau 10 tahun..jaga kesihatan tu,itu lebih penting..mana blogger haprak umNo dah datang melawat ke ustaz Nasa..

ok,sekadar di sini tulisan gua,tak nak kutuk eh orang sakit,nanti kena kat gua pulak,menyesal tak sudah..moga cepat sembuh la ustaz Nasa untuk teruskan perjuangan UG mu...hak..hak..

kemelut kelantan selesai...rupanya mudah saja penyelesaiannya

Tutup,Pas kelantan boleh dudk selesa semula,segala masalah telah diselesaikan,insyAllah,mulai hari ini,bila menulis soal kelantan,bukan lagi yang menyakitkan hati blogger PAS sendiri(yakni kena kondem pihak sendiri),tetapi tulisan seterusnya adalah hanya untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh.

Jadi,rupanya adalah amat mudah sekali kemelut ini untuk diselesaikan,hanya seorang perlu berkorban,yakni menantu TGNA,then,solve semuanya..

Tok Guru sekarang boleh duduk selesa,so,just wanne to thanx to arifahmi la....tak kira la anda betul ka,kurang betul ka,tapi tindakan anda yang turuti arahan TGNA amat membawa makna..ia jalan penyelesaian mudah kepada kemelut yang besar...

______

baik,lari daro topik jap,td gua ada baca pasal raja raja melayu...apa yang gua baca??korang pergi kat sini la....
hehe..tq
wslm

Monday, November 23, 2009

Golongan Anti Erdogan terkencing....TGNA masih bela Husam


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.


Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS. -harakahdaily

golongan cerdik pandai PAS vs golongan tidak ceridik dan tidak pandai dalam PAS...

Ni antara yang tergolong dalam golongan cerdik pandai,serta harapan kepada rakyat dan umat islam yang berada dalam PAS..merekalah penyambung warisan perjuangan islam dan perjuangan rakyat..
http://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2009/02/tok-guru.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjd_-DKPIJ9AVkbXvujOZaE-i4syOllxuFZwdSQCyvCNIEi1CSHyfMB737kHpGMhdt2izsexQbj4ueqb4dMFxV-1K1ZooNbbbo4d7sI5BS7L_DdcqbX1Zh6fLMQLrRwRTwVGSJjQkwsgdLK/s400/banner.png
http://kinabalukini.files.wordpress.com/2009/06/husam-musa-1.jpghttp://media1.malaysiakini.com/144/3b9c48bf17097a321b51dda5f4b3efb6.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicUq2mtt3QMbw3FedE_-QpkJ44mCLcJYXlgNZWQqjufqGwLYZhX7-8z0Vn1Lw940bW99UspAiWvjzO4reS2su4CAu_1N9NbuNCNAlpLkvCOHiEicNJ4P2mD5v6lXcPib-sDDLlH_SG-A/s400/hanipa_web_2.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRQ8B7TFY4t84y032xhAnWf5DBF0lT5Bvb9FZBJyh0yz_867XQFpm6-hwQPsjSziiYy5EdRr0VkEXHSvrTX3aJ_VdPHgtP3rNhnz5rgTdrrNA7eIqTQYaXRD6QC_wRM2wR5WN0aara17k/s400/Datuk+Sri+Azizan+Razak,+MB+Kedah.jpg
di atas adalah antara pemimpin cerdik pandai PAS,mereka ni bijak dalam berpolititk serta menjaga partgolongan ini diketui oleh mursidul AM PAS tok guru Nik Aziz..beliau adalah seorang tokoh politik yang amat berkaliber,
juga DS Nizar Jamaludin,yakni menteri besar Perak yang sah,beliau berkebolehan dalam berpidato serta menarik sokongan rakyat bukan melayu terhadapnya.
selain itu adalah Datuk Paduka Husam Musa,beliau gua fikir cerdik kerna beliau banyak berjasa pada PAS kelantan dalam mentadbir negeri serta beliau bukan gilakan UMNO.
Mujahid Yusof Rawa pula gua lihat jasanya amat besar dalam mencari sokongan bukan melayu kepada PAS.umum tahu,kelab penyokong PAS itu di bawah keloloan beliau..kerja keras beliau pada parti amat disanjungi gua walalupun ramai perwakilan tidak nampak semua ini.
Hanipa Maidin yang juga peguam PAS gua lihat bijak dlaam berpolitik serta beliau seorang yang bijak dalam soal perundangan,ini bagus untuk PAS..
last but not least adalah menteri besar Kedah,kesimpulan gua pasal beliau,perghhh,beliau lebih cerdik dari presiden PAS...

sekarang bawah ni pulak gmbar gambar pemimpin kurang cerdik dan kurang pandai dalam PAS..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh74AJgFXOdtPFRnVowSRuA3HaE0LEeFjQpeEBH6pKTkXSDMgZzJbYc5CMmx_rsRIruVfWNT9pI2d4Lmt80782vRNPN1OG0JBZ6U23FGkcuiaEmWKb-9lrPXI0E9n80M4Jnxlw77ap6PNo/s400/hadi_awang_tidur.JPGhttp://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/06/mustafa-ali-web.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMjf5p0uvRVjjX271hY00bp34atTRIzolUI-c58d2tV5c8yKGSjl36mp04Q1VrXlGKjO4m0AN_r4WCviYIEylhVDhuuM4FUYL4hf5RnY3T1B6QYbCXmP4bhYyVhbVpGMSOqj-u9jto40g/s320/hasan_ali.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjojgKoXLl96LaRfRe-rwMs_7pcSN8dON1S2Ey0qIoE-_Rzn973crpgx_cVDthd4hngnYDAkxvnwNc6DGvVk_rafsWvEFoBmpjBQS1lb9miJ7IzYCFGNfJ8u-y9DtE4-7mKeHBaIf-zUPuT/s400/nasharuddin+mat+isa.jpgGolongan ini diketuai oleh presiden pas sendiri iaitu hajiHadi,beliau seprti yang gua katakan dulu,bukanlah jahat,tetapi kurang cerdik,sengat politiknya sudah habis,sampai orang lain yang menguasai dirinyadia ni dilihat tidak mampu membuat keputusan sendiri.juga dilihat sebagai seorang yang lemah.gelaran Pak Lah versi PAS amat sesuai untuknya.
yang kedua adalah mustafa Ali,perghhh,ni dia bapak UG dalam PAS...rakyat kawasan dia pun tak beri sokongan kat dia,kesian sungguh,dia ni adalah kepala besar UG.
yang ketiga adalah Hasan Ali,yakni pesuruhjaya PAS selangor,dia ni bukan saja tak cerdik,bahkan jahat(kontek politik)..berani berani dia kutuk TG Nik AZIZ kesayangan ummah ... juga seorang yang ngak bisa simpan rahsia..
last but not least versi golongan tidak ceridk adalah timbalan presiden PAS..juga seorang pembohong..bila ditanya satu ektika dulu adakah benar dia jumpa PaK Lah,dia kata tidak,tapi dusta tidak mampu bertahan lama,akhirnya rahsia ini bicor jua..


Gua tak senaraikan semua untuk dua dua golongan ini,sekadar beri jerung jerung sahaja,ikan bilis korang cari sendiri lah...awas kalau muka versi dibawah ini ada di kawasan anda..mereka pengkhianat perjuangan PR yakni perjuangan rakyat..

menantu kontroversi letak jawatan..

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini. (baca penuh di malaysiakini).

Baguslah...mungkin inilah yang terbaik untuk selesaikan segala permasalahan..
dia bukan orang politik,cuma menantu orang politik,so gua tak nak komen banyak lah pasal dia ni,blog ini hanya untuk tibai orang polititk dan angkat orang politik...sekian..

Husam Nafi Letak Jawatan...


Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.

Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.

“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.

Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.

“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.

Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.

“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

“Letak semua pulak tu?” soal beliau.

Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”

“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya. -
THEMALAYSIANINSIDER

gua mmg salute Husam sejak azali lagi..moga beliau terus istiqamah dalam apa yang diperjuangkana..go..go..husam

Sunday, November 22, 2009

Pr akan terus berkuasa..tp PAS??

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menerajui beberapa negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 lalu diyakini dapat meneruskan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik pada masa depan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ini berikutan ketelusan pentadbiran sedia ada sekarang berupaya menunjukkan kepimpinan yang baik dan bebas penyelewengan. baca penuh di greenbox..

Ok,artikel kat atas gua cedok kat greenbox(and greenbox cedok kat SH),ia dibawah tajuk "PAS yakin pr akan terus berkuasa"..

betul la...tak perlu bangkang soal ni,gua juga yakin dna percaya,bahawa dengan izin Allah,Pr akan terus berkausa dan kukuh di negeri bawah pentadbirannya.

Masalah sekarang adalah pada PAS...adakah PAS mampu kekalkan penguasaannya??kalau ni kelantan,gua yakin insyAllah,tetapi bagaimana di negeri negeri lain.

maybe parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR akan terus kekalkan jumlah kerusi bahkan bertambah,namun gua tidak yakin PAS akan mampu kekalkan sekiranya PAS masih dalam kemelut macam sekarang..

Jangan nak bohongi diri sendiri bahawa PAS bebas dari kemelut dalaman selagi 3..4 ekor pemimpin jahat dalam PAS masiih tidak diberambuskan dari PAS..

Pr mungkin akan cacat kerna adanya pemimpin PAS sebagai pemimpin yang turut terlibat dalam pakatan rakyat..

so,sekali lagi gua menyeru,jom desak tiga empat pemimpin bermasalah dalam PAS ni letak jawatan...

Najib dan Hubungan seks dgn altantuya!!!senyap sunyi tanpa jawapan...

Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

"Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata beliau.

Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.

Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.

Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.

Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu.

Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5).

Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada 3 Julai 2008 adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam.

Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya.

Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris.

Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis.

Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri.

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya?

Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai.

Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya?

Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.

Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!

Berkaitan:
Penyiasat dedah nama adik Najib (Malaysiakini 20/11/09)

Menarik:
Sebab Ke-6 dia terlupa nyatakan (Al Husseyn 20/11/09)

Polis ambil keterangan Bala di negara jiran (Utusan Malaysia 10/7/08)

Najib bersumpah tidak kenal dan tiada kaitan dengan Altantuya (Bernama 22/8/09)


sumber: http://suwaritimur.blogspot.com/

betul ka husam nak letak jawatan?

korang baca kat sini pasal ni..

Gua tak taw la berita ni benar atau ngak..sebab sumber pun,dari tempat yang tidak boleh dipercayai,tapi kalau benar Husam Musa nak letak jawatan,gua 110% bantah..

Husam antara orang yang berusaha kuat untuk menperkukuhkan PAS..beliau bukan manusia yang gilakan umNo..

yang patut letak jawatan adalah Hasan Ali,nasarudin mat ise,mustafa ali tu..ni semua celaka dalam PAS..

Husam tak pernah jadi bebanan kepada PAS..tidak pernah ada tindakan dari Husam telah menyusahkan PAS..

Husam tak pernah bocorkan rahsia parti..

Husam tak pernah kata nak buat kerja jahat untuk bersatu dengan parti thoughut..

Husam tak pernah hina TGNA...

Husam bukan satu bebanan kepada PAS...

kalau ada yang perlu letak jawatan,orang itu bukan Husam..

kalau ada sesiapa pembaca yng kenal Husam,anda mesti paksa beliau untuk tidak meletak jawatan...buatlah camne pun..

............perghhhh............

Saturday, November 21, 2009

Andai kata....

Hari isnin ni mahkamah akan putuskan samada PRK Kota Seputih benar benar akan berlaku atau tidak...so,hari ini,kita masih akan berteka teki untuk ini...

tetapi,andai kata,dengan takdir Allah,PRK Kota Seputeh itu benar benar berlaku,dan seterusnya PAS kalah dengan majoriti lebih teruk..apa tindakan PAS seterusnya..

Posting ini sekadar "andai kata"

Andai kata sekiranya apa yang gua andaikan di atas benar benar berlaku(pening dah?)yakni PAS kalah pada PRK Kota Seputeh sekiranya benar benar berlakunya pilihan raya,gua fikir Presiden PAS iaitu Abdul Hadi Awang wajib meletakkan jawatan(Presiden),begitu juga mustafa Ali(sebagai setiausaha agung PAS)..

Pastinya,mereka lah punca kekalahan ini,sebagaimana Pak Lah menjadi punca kepada kekalahan teruk barisan nazional pada pilihan raya umum yang lalu..akhirnya setelah ditekan dari dalam,Pak Lah meletak jawatan..

Jadi Gua fikir,sekiranya Haji Hadi masih keras pedal untuk letak jawatan,desakan akar umBi harus dibuat untuk beliau bersara dari dunia politik.

gua menyeru begini bukan kerna Gua anti Haji Hadi sebaliknya gua mahukan yang terbaik untuk PAS...kita sudah ada penganti yang layak untuk jawatan Presiden,mestinya bukan timbalan Presiden iaitu nasarudin mat isa,kerna sebelum hadi letak jawatan,Nasarudin harus dipecat dahulu....

MB kedah mampu menjalankan amanah rakyat dengan lebih baik..ni bukan amanah kecil beb,ni amanah rakyat Malaysia kepada PAS...

Ustaz Azizan adalah yang terbaik setakat ini...untuk menjadi presiden PAS...

GUA BUKAN ANTI HAJI HADI,GUA CUMA SAYANGKAN PAS...

Friday, November 20, 2009

Pembaca blog pro PAS yang bangang..

Biasa,gua kutuk pemimpin PAS yang bodoh,juga pemimpin umno yang tolol,malam ni,selepas "belek"laman malaysia waves,gua rasa nak kutuk pembaca blog pula...pembaca pro PAS yang bodoh..

Gua tak taw apa masalah mereka ini dengan blogger seperti tulang besi dan aduka teruna(sekadar beberapa nama)..setahu gua,mereka(dua blogger tersebut) anti kepada puak proksi umNo dalam PAS..mereka selalu bongkar kelakuan FROGsi umNo dalam PAS ini..dan gua tak lihat tulisan mereka mampu mengjahanamkan PAS sebaliknya untuk menguatkan serta membetulkan PAS agar tidak lari dari perjuangan asal.

Gua lihat,posting tulang besi selalu kondem pihak yang ingin bersatu berpadu dengan parti thoguhut umNo je..tak pernah gua baca TB kutuk TGNA..

Gua pelik juga,kenapa pembaca blog ini tidak pernah atau jarang sekali bidas blogger PAS yang dilihat anti erdogan dan pro UG..

apakah mereka buta??atau apakah mereka ni nak bersama dengan umNo??atau pembaca atau pengkomen ini sebenarnya juga seorang proksi umNo..mereka menyamar seolah olah penyokong PAS yang sayangkan PAS,serta tak mahu PAS berpecah sedangkan mereka bantai blogger yang mendedahkan kejahatan pemimpin PAS yang jelik seperti Hasan ali dan Nasarudin Mat Isa.

Gua sampai skearang masih tidak faham mana akal mereka ni...bodoh..dulu..kini dan slamanya..

Mungkin pada mata mereka,mana mana blogger yang anti salah satu pemimpin PAS adalah blogger yang ingin mengjahanamkan PAS.dangkalnya manusia...sial betul mereka ni..mereka butakan mata mereka terhadap sikap jahat hasan ali,nasarudin mat isa,mustafa ali,abc dan blogger seperti Mamat Serong Otak....

jangan jadi bodoh...nanti PAS jatuh,baru korang taw...

Pak Hadi nak tukar PAS jadi parti melayu lak ke??


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.

Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.

artikel penuh

pergh...

sejak bila PAS jadi gila melayu lak ni??

gua sokong PAS menjadi salah satu sebab adalah PAS anti assobiyah(selain kerna perjuangan islamnya),,

ai,tapi kalau gini ceritanya,
PAS tak lama nak bungkus..

biasalah,mula mula bunyi bunyi dulu,
slow...slow..dulu

pas ni perghhh...
merebak macam penyakit...

PAS jangan lupa PAS menang besar PRU12 tahun lepas bukan jasa orang melayu saja taw..

jangan jadi bodoh la...

Hadi gua harap kalau nak beri cadangan,jangan tertumpu terus kepada sesuatu bangsa..

kita tinggal dalam masyarakat perbagai kaum,,

bila anda sebut melayu,jangan anda lupa parti yang anda pimpin itu semakin kuat dek kerna sokongan cina india...

jangan jadi bodoh mas...
nanti betul betul naji mat tido kan...
mampos PAS kan..

jadi,kalau boleh,kalau nak buat apa apa cadangan,
jangan menjurus kepada sesuatu kaum sahaja....

PAS untuk semua...
kalau gini la ceritanya..
slogan ini akan terkubur dimamah hadi..

sekian..

ps-kalau Pak Hadi terus rosak gini,gua tak ragu nak serang beliau pulak melalui blog ni..

Tok Guru Nik Aziz termasuk 50 muslim paling terpengaruh di dunia..


The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
baca post penuh di Greenbox

Malaysia patut berbangga punyai seorang rakyat yang mampu membawa nama Malaysia ke mata dunia..
Pak Lah sebagai bekas pengerusi OIC pun tak leh capai tahap ni taw..
tapi Pak Lah juga bukan calang calang..
dia adalah The Most Stupid Prime Minister In The World...
haha
SAYANG TOK GURU....

Thursday, November 19, 2009

tangisan politik BN vs tangisan TGNA





Gambar 4 manusia di atas gua cedok dari blog muslimeen united.
ok...tak nak la hurai panjang,cuma gua nak cakap,tangisan di atas adalah tangisan yang tiada erti..
akhirnya bawa rebah..
tangisan bekas PM ini langsung ini beri kesan emo langsung kepada rakyat..
tidak pernah gambar ini digunakan sebagai perang saikologi untuk tarik rakyat..
tangisan rafisah AP juga takde nilai 1 sen pun..
tangisan 2 mat minah Mca juga gua fiir hanya bazirkan air mata..
tapi tangisan di bawah ini jangan dibawa main main..
tangisan di bawah selalu digukankan untuk menarik simpati rakyat..
dan rakyat memang tertarik dengan tangisan ini..
tangisan ini memenangkan PAS kelantan dengan gah...
tangisan di bawah menjadi gambar wajib setiap kali pilihan raya..
tangisan di bawah merupakan tangisan "ajaib"
itulah tangisan Tok Guru Nik Aziz...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoVAYezgjhHO5s4poSWanxr-9ZEtqhEtSY4Xscuq6QFiVGflrvQ0DByJtZAQavg0tMu_8CSro4lK_NvjtYQUfBDi66N4_ZVKfN6DI5Z8bAHbi_lEMF_B1YMpguunF4sLE_nj69O22Flw0F/s400/tangisan+tuanguru.jpg
Gua juga amat yakin,jika haji hadi nangis,pasti tak lakunyer...hak..hak..hak..

Wednesday, November 18, 2009

Yes TGNA..Yes DSAI....NO Hadi....

Pernah Zaid Ibrahim cadang supaya TGNA dilantik menjadi pengerusi Pakatan Rakyat..gua setuju dan langsung tidak akan bangkang kalau perkara ini berlaku..

Hari ini,ada MP pakatan rakyat mengatakan DSAI yang bakal pimpin PR...gua pun tak bantah dan juga setuju..

maknanya gua sokong antara dua tokoh ini untuk menjadi pengerusi PR..kalau dua hamba Allah ni jadi pengerusi PR,rakyat pun tenang..

Yang gua akan bangkang 100000% kalau haji hadi dilantik jadi pengerusi pr..sape sape yang cadang gua akan kutuk habis habisan..

Hai Hadi terlalu lemah untuk menajdi pengerusi kepada PR yang kian kuat..tak pasal pasal kalau hadi yang jadi pengerusi,hancur PR...

Gua lagi sokong Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang jadi pengerusi PR kalau diberi pilihan antara hadi,YB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang,,lantak korang la nak tuduh gua apa pun..hak..hak..hak..

Muntah biru gau klau hadi yang jadi pengerusi...moga moga mimpi ngeri bagi gua ini tidak akan menjadi nyata..amin...

BTN memang patut diboikot...

Posting teratas pada laman malaysiakini pada jam 5.54 pagi adalah mengenai BTN...atau panjangnya ialan biro tata negara..

tajuknya adalah s'langor digesa boikot program BTN...di bawah adalah sekitik gua cedok dari malaysiakini:


Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

"Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata," kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.
baca lagi posting penuh di sini

Gua memang setuju 200%..program sebegini memang perlu diboikot oleh sesiapa sahaja.bukan setakat mahasiswa,pelajar sekolah pun perludielakkan dari menyertai program ini....

ini bukan program untuk tambahkan semangat cinta akan negara,tetapi program untuk tambahkan rasa benci orang melayu kepada pemimpin pembangkang serta tebalkan lagi sikap perkauman dalam kalangan orang melayu..

tahun lepas,seorang kawan gua yang terpilih menyertai program itu dah jadi bangang..wah..lantang dia kutuk DSAI, dan teresa kok,katanya Anwar jual negara kepada barat,Terasa telah membabikan 5 negeri pakatan rakyat(berkenaan isu panggang babi)

dia kata lagi,,,"wah,amar,kalau mung pergi jugok kat program itu,pasti mung insaf"

nak belasah juga member ni,tapi seb baik Allah sejukkan hati Gua..tq Allah..

kepada mak bapak yang ada anak anak tu,semasa anak anak beri satu surat untuk ditanda tangani,periksa dulu apa aktiviti apa yang anak anda bakal ikuti sebelum tanda tangan..kalau ia program BTN....fikir dulu sebelum rosakkan minda anak anda...masa depan anak anda pada tandatangan anda...~peace~

Apa pengorbanan TGNA kepada ISLAM????

Semalam,gua bicara dengan seorang guru,bukan bukan bicara 4 mata,cuma bicara melalui youtube mesej..

Gua anggap ni takdir lakan,Allah temukan gua dengan gua ni,nai dimenarikkan cerita,guru ini seorang yang ebrbangsa umNo,di awal pengenalan,gua meminta untuk beliau memberi sokongan kepada Tok Guru,masakan,beliau(guru ini)bukanlah orang yang aktif politik,maka beliau tidak dapat tangkap siapa "tok guru" yang gua maksudkan..

pabila gua beritahu siapa itu Tok Guru,maka beliau mengatakan bahawa beliau bukanlah menyokong TGNA..takde di negara demokrasi,beliau berhak untuk memilih siapa yang disukainya dan tidak disukainya..

semalam,dalam duk bicara soal tok guru ni,beliau meminta gua berikan apa pengorbanan yang telah dibuat TGNA terhadap islam ..

Jawapan segera gua adalah begini:

banyak yang beliau korbankan...wang ringgit dan usaha..

40% of his salary diberi kepada perjuangan islam..
cara beliau memimpin telah memberi pandangan positif org non muslim kepada islam..kalau dulu,islam dimomokkan sebagai agama yang zalim,potong tangan oleh pemerintah..
beliau snetiasa menasihati org islam di malaysia untuk jaga agama..

n i don't think ada sorang pun pemimpin umNo yang pernah berjuang 4 islam(yg masih hidup sekarang).....bahkan ramai yg berjuang untuk mengkayakan kroni..

dan kita jangan bicara soal pengorbanan sahaja,tgk perjuangan beliau,kalau nak kaya,mudah saja jalannya....tapi beliau memilih untuk hidup secara mudah...

beliau buat org non muslim tidak takut akan islam..itu satu perkara besar......

cara hidup beliau boleh dijadikan teladan...anda tahu berapa harga pen yang biasa beliau gunakan,hanya 30 sen....dan setiap kali menandatangani sesuatu,beliau akan menekan dengan perlahan pen itu agar dakwat pen tersebut tidak cepat habis...ini betul betul n bukan tipu..

di masjid milik beliau,jika anda pergi ke kelantan,selalu ckgu akan nampak seorang tua yang bongkok menyapu di luar masjid...pergi dekat2 and kenal pasti siapa si tua bongkok itu..

nanti saya berikan link blog tersebut kepada anda...

cara hidup beliau,kepimpinan beliau buat saya tertarik....seorang chinise pernah komen dlm satu blog,dia menyanyangi TGNA lebih dari dia menyanyangi Lim Kit siang...

n,sebagai balasannya,boleh ckgu beri saya siapa pemimpin umNo yang berjuang utk islam sekarang??atau boleh ckgu beri saya siapa pemimpin umNo yang bersih dari sebarang masalah sekarang..

ps-ckgu,kita cakap secara profesional sekarang ya....bukan gaduh ni...haha..ckgu saya ramai BN,tapi hubungan baik antara saya dan guru masih kekal sampai sekarang...

Ni la jawapan segera gua,duk mari dalam spontan..sekarang ,di bawah posting ni,gua nak beri pula link link berkenaan TGNA yang amat menarik berkenaan cara hidup TGNA,....walaupun ckgu itu meminta apa pengorbanan TGNA terhadap islam,tetapi sesungguhnya cara hidup TGNA yang melambangkan islam telah buat non muslim menghormati islam...

#pen TGNA
#rumah TGNA
#lagi mengenai tok guru



Tuesday, November 17, 2009

Terima kasih Chin Peng-Mat Sabu

Oleh: Lim Hong Siang - Merdeka Review

Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".

Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan".

"Agama sebagai candu"

Mat Sabu (gambar kiri) yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan "Kuasa Ketiga?", dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal" anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa "agama itu candu masyarakat".

"Agama sebagai candu masyarakat. Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum. Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya," jelas Mat Sabu.

"Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu. Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat..."

"Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu. Itu persetujuan yang saya kata. Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!" Penjelasannya menggelakkan satu dewan.

Penyalahgunaan agama

Mat Sabu menyambung, "penyalahgunaan agama ini sentiasa berlaku. Saya sebagai orang Islam, saya tetap berpegang kepada ajaran Islam. Saya tetap mengatakan ajaran al-Quran itu begitu indah."

Beliau seterusnya memetik ayat daripada al-Quran sebagai contoh, "Apakah kamu tidak melihat orang yang mendustakan agama, membohongi ugama..."

"Di hujung ayat itu menyebut, celakalah orang yang sembahyang, orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin, orang yang mengherdik anak yatim!"

Mat Sabu menjelaskan, "Ini al-Quran, iaitu satu pengajaran, bahawa walaupun kamu pergi ke masjid, bersembahyang dan sebagainya, tetapi tak peduli orang miskin, tak membantu anak yatim. Allah menyebut, celaka kamu!"

Jurang kaya-miskin paling ketara di negara Islam

Mat Sabu bukan sahaja terkenal sebagai penceramah, tetapi sering terlibat dalam demonstrasi, terutamanya ketika kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lalu.

Beliau bersambung, "tetapi kamu lihat sekarang di dunia, di negara Islamlah kaya-miskin paling ketara. Kenapa jadi begitu?"

Mat Sabu kemudian mengambil contoh Pakistan, Indonesia, Bangladesh, malah di Mesir yang memperlihatkan betapa dahsyatnya perbezaan kaya-miskin di negara-negara tersebut, walaupun penuh dengan ustaz dan imam.

"Di Mesir....ribuan ustaz. (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang. Dia tunggu hari nak masuk kubur!"

"Agama itu indah, tetapi penyalahgunaan agama itu berlaku dari semasa ke semasa," simpulnya.

Angka itu untuk syok-sendiri

Mat Sabu juga mempertikaikan angka "kadar pertumbuhan" sebagai kayu ukur taraf hidup masyarakat. Beliau mendakwa bahawa kadar pertumbuhan yang tinggi di negara dunia ketiga tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar, kerana mereka yang berpendapatan 10 rupee sehari, mungkin hanya dapat 12 rupee biarpun angka pertumbuhan melonjak.

"Angka-angka yang dipamerkan kepada kita selalunya untuk kita syok sendiri, padahal jauh daripada keadilan sosial," seterusnya berkata bagaimana situasi masyarakat dunia ketiga seperti yang digambarkan dalam filem Slumdog Millionaire.

"Sebab itu, keadilan sosial ini mesti menjadi agenda semua pihak pada masa yang akan datang," tegasnya. Beliau berkongsi pandangannya bahawa perubahan pemikiran pada 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai "tsunami politik", mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.

"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"

Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"

Setuju untuk menjatuhkan BN

"Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial. Ini yang paling penting!"

Walau bagaimanapun, Mat Sabu mengaku, "... saya setuju BN (di-)jatuhkan. Saya setuju. Sebab bila rakyat jatuhkan sebuah kerajaan yang menyeleweng, bila kerajaan baru naik, menyeleweng, mudah rakyat jatuhkan! Itu yang kita harapkan."

"Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun. Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize..." Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..."

Perubahan pemikiran masyarakat Melayu

Ketika mengulas perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu, Mat Sabu berkata, "bila rakyat sudah buang satu kepercayaan karut, yang misalnya satu parti itu tidak boleh jatuh sampai bila-bila, ini perubahan yang kita alu-alukan."

"Memang nak ubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di masyarakat orang Melayu. (Di masyarakat Melayu) Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero."

Beliau sambung, "Ini bukan hero, ini binatang pondan. Sepatutnya kalau kita hero, tahi mata harimau lagi ku buang, itu pula kekasih... Inilah hero yang ditabalkan dalam masyarakat Melayu."

Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu, Mat Sabu berpendapat bahawa sejarah perlu diperbetulkan, sama ada sejarah Hang Tuah mahupun sejarah kemerdekaaan.

Berterima kasih kepada Chin Peng

Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"

"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.

"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"

Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"

"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."

Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi style kepimpinan tidak berubah!"

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

santai...kentut tanpa rasa malu...

hapuskan golongan pro umNo sebelum prk kota seputih...

Walaupun ISA masih tidak yakin akan wujudkan pilihan raya kecil kota seputih,tetapi peluangnya untuk ada masih adakan...jangan terllu yakin dengan situasi yang berada 50-50...

baik,andai kata prk Kota Seputih akan benar benar belaku,gua tidak yakin PR dapat memenanginya sekiranya yang bertanding adalah dari parti PAS kecuali apa si pengkhianat parti tidak segera dibuang..

Kekelirukan akan sentiasa timbul dalam kalangan pengundi sekiranya golongan haprak pencacai umNo ini masih ada...

rakyat tidak akan melihat PAS sebagai satu parti yang menentang uMno sebaliknya akan menjadi keliru dengan PAS...

keraguan ini mungkin akan menyebelahi umNo baziran nazional,munkin ramai penyokong pas yang kurang tegar emmilih untuk tidak keluar mengundi atau boikot pAS...ini satu "bala"buat PAS//

jadi,jikaPRK ini 'jadi',PAS ada masa 60 hari untuk memulihkan partinya..

pecah segera yang bermasalah demi kebaikan parti..

jangan lihat perkara ini tidak akan beri kesan kepada parti semasa pilihan raya kerna rakyat sentiasa menilai PAS dari masa ke masa...

so,,,,,PECAT SEGERA PEMIMPIN BERMASALAH...

ps-perlu gua sebut nama,dan 100 kali gua tulis nama dia orang dalam blog ni...wat semak jeRK...

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts