Friday, July 23, 2010

sekerat dua Pemimpin PAS pengkhianat !!!

(baca sini)(sini)

Gua bukan maksudkan semua pemimpin PAS,cuma sekor dua ni jer..

Semua bermula dengan sorang tok peti dari negeri yang mempunyai kerajaan HARAM sebagai pemerintahnya..menurut tok peti ni,ada sorang manusia dari parti pro-melayu dan sorang dari parti pro-islam berjumpa dengannya untuk mengabungkan parti assobiyah jahiliyah ini dengan parti islam..maka terbongkarlah apa yang sebenarnya memang mahu dibongkarkan..

Dulu mamat ni pernah juga buat hal.....lepas ditegur berkali kali,dimaki berkali kali,jadi memang spisis umNo gak,tetap tidak dengar nasihat,x dengar cakap...kalau gua begini,dah lama bapak gua halau gua keluar dari rumah,,tapi malangnya kenapa pemimpin atasan(yang paling atas skali) bikin tutup mata je..mamat ni dibiarkan bikin kacau lagi..

Pemimpin macam ni,memang selayakknya digelar pengkhianat dah,,,kalau PAS still simpan pengkhianat ni,maka PAS juga pengkhianat,pengkhianat kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong dan mengundi PAS..,,,malu gua weeeiii...

Diseru..tolong lah pemimpin2 yang ada waras lagi tu,cukup la duduk diam,,cepat,sama sama Khalid samad untuk menyelamatkan PAS..mungkin jadi hukum wajib untuk anda,kerana ia untuk menghalang PAS sebagai parti islam rosak dan hancur serta sesat....

Saturday, July 10, 2010

umNo takut pena?

Lidah Rasmi PKR,PAS,dan DAP(masing masing:Suara Keadilan,Harakah,Roket) gamaknya bakal diharamkan penerbitannya di Malaysia berikutan kegagalan pihak akhbar untuk mendapatkan permit penerbitan akhbar..(di sini) (di sini) (disini)

kini semuanya dah jadi musuh umNo,majalah kartun,akhbar,dan tak lama lagi pula mungkin blog..

Hak..hak..hak..

umNo tidak boleh tenang tidur beb..

Memang benar,pena amat berkuasa,masakan tidak Jose Rizal juga ditembak kerana pengaruhnya novelnya( Noli me Tangere and El filibusterismo)..

InsyAllah Zunar tidak akan ditembak..(tapi di ISAkan bisa sekali...)

Ketakutan umno terhadap pena semakin terserlah,kebongkaran rahsia,kebokrokan umNo kini tidak perlu lagi dengan ceramah sahaja,pengaruh pena semakin menebal kini,rakyat melayu mula buka mata..

Gua tercari cari,,masakan akan muncul penulis novel politik tanah air...jika ia muncul,tidak mustahil.....ISA tempatnya....hak..hak..hak...(seb baik kakak gua penulis novel cinta~~promote)

~~~~

PS-cikgu bard pun khabarnya went to balai polis loh..kerana tulisan penanya juga..hak..hak..hak..

PRK jadi pelarian@buruan kerana tulisannya juga...kah..kah..kah..

gua tunggu Hishamudin Rais je bila...Tukartiub nya agak dasat..kah..kah..kah..


senarai perkara perkaitan yang ditakuti umno:

Pena..tulisan/karya
Altantuya...
Kapal Selam...
Anwar Ibrahim..
dll...hak..hak..
~~Anwar,Altantuya:dua nama ini jangan disebut depan najib dan bik mama..hak..hak..

Kenapa gua pilih untuk menyokong pembangkang?

Assalamualaikum...

sering kali gua ditanya oleh rakan rakan,mahupun kaum kerabat kenapa begitu menyokong parti pembangkang dan terlalu antikan kerajaan Barisan Nasional..jadi,di posting ini,gua ingin menjawab semuanya..;)

Gua mula mengmbil tahu tentang isu politik semasa tingkatan 4,sebelum itu,gua tak layan sangat,walaupun bapak gua,aktif dalam DAP Terengganu,dimana beliau merupakan pengasas bersama DAP Trg bersama rakan rakannya..masa tu,gua tak kenal pun siapa itu Lim Kit Siang,Karpal Singh..tp Tok Guru Nik Aziz dan haji hadi gua dah kenal,tambahan pula,Hadi ketika itu menteri besar Trg..Dap ditubuhkan kali pertama di Trg pada akhir tahun 90-an dan cawangan DAP
sungai Tong merupakan yang pertama ahli DAP 100% melayu di Malaysia,dan ketika itu,gua sering bertanya pada diri gua "kenapa bapak gua sokong parti cina??"(haha)..

Selepas DAP keluar dari Barisan Alternatif pada tahun 2001,DAP Trg 'terdiam' seketika,n gua pun tak kisah..haha...keranan gua tak ambil pusing perkara ini...lantak la...tetapi bapak gua still bersama DAP,dan pada pilihan raya umum,beliau tetap memberi undi dan berkempen untuk PAS..Tapi,ada gua kisah??haha...sebelum tahun 2006,gua langsung tidak pandang pada isu politik...

Tetapi,satu peristawa pada 2006 telah membuka mata gua kepada PAS,peristiwa yang membuatkan gua rasa,kalau gua tidak menyokong PAS dan gua tidak anti kepada umNo,gua berdosa kepada Allah dan islam..peristiwa apa??ini dia :


tika ini,gua mula waras..dan jadi begitu anti kepada umNo barisan nasional,gua pilih PAS,n beri sokongan padu kepada PAS,tp gua masih heran la....KENAPA BAPAK GUA PILIH DAP?? haha,

Masa berlalu,gua mula berani tonjolkan kpd kawan kawan dan orang tua,gua penyokong tok guru,kalau sebelum ini gua takut,kerana ketika itu gua bodoh...terus tunduk bila penyokong haprak umNo kata 'PAS ke yang bayar sekolah ko ni,kerajaan bn la"..tika ini,gua still tidak bisa menjawab kerana tidak tahu apa apa,tetapi selepas peristiwa rbt bujal,harakah,SK gua tidak pernah ketinggalan,satu demi satu cari info,tanya 'org besar" dan semua nya..hinggalah kalau ada yang pertikaikan lagi gua ni rakyat Malaysia yang layak belajar tanpa mengira fahaman politik,gua akan maki habis habisan..

Tika itu,tidak siapa dah persoalkan sokongan gua kepada PAS,tetapi gua tertunduk pula bila mereka bertanya "kenapa bapak ko sokong DAP?parti cina"?haha....gua belum celik lagi tika ini tentang DAP,so stdy punya stdy tentang DAP,tetap kalah bila mereka bawah hujah DAP tak mahu negara islam,dap akan anti melayu n so on..gua dalam masalah..tetapi....

Gua tetap tidak anti DAP,tetapi gua cenderung untuk menyokong PAS,,,kerana bagi gua DAP dan gua tiada kaitan(dulu)...tetapi gua taw,DAP 100000 kali lebih baik dari umNo

Selepas pilihan raya umum pada 2008,kemenangan besar pembangkang di Malaysia amat mengujakan gua untuk terus mengikuti apa yang akan berlaku seterusnya dalam isu politik tanah air,dan Pilihan Raya Kecil KuALA Terengganu telah membuka mata gua terhadap DAP...


Mudah cerita,gua mengikuti kempen PKR KT setiap masa,dan gua ikut group DAP pergi berkempen,dan gua dapat lihat kesungguhan pemimpin DAP untuk menangkan calon PAS(PARTI ISLAM SEMALASYIA) dalam pilihan raya ini...gua terkedu...sah,memnag betul,pilihan bapak gua,sememangnya tepat...tidak salah untuk menyokong DAP...

Kemudian,perlantikan DS.Nizar Jamaludin seorang jurutera beragama islam dari Parti PAS sebagai Menteri besar Perak walaupun DAP menguasai kerusi dun telah lagi membuat gua rasa 'kagum pada DAP,,,mereka mampu bertolak ansur..


Kemudian...satu peritawa hitam yang menimpa negeri Perak telah meyakinkan gua bahawa DAP 1 juta kali lebih baik dari umNo,jika selepas PRU12 DAP merangkap Parti Cina non Muslim tu sanggup berkongsi kuasa dengan PAS di Perak,tetapi tindakan parti melayu mengaku islam UmNO(Untuk Melayu No Otak) pula bertindak merampas kuasa di luar batas undang undang dan perlembagaan dari kerajaan Islam PAS di Perak..


Jadi gua bertambah yakin bahawa..umNo parti sial dan tidak salah untuk bersama DAP..

Ini cerita gua..anda??

Thursday, July 8, 2010

Sesiapa keluar dari PR,automatik akan jadi bangang.. ;)


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.(baca lagi)

Adoi....ni sorang contoh..kalau dulu semasa bersama Pr,boleh gak jadi fames dengaN mengeluarkan isu2 yang boleh menarik perhatian serta sokongan rakyat terhadapnya..

Tapi bila dah bersama jadi "gu lawan" kepada PR,ini lah kesannya..memang dah takde modal lain...xde cerita dah nak bawak..akhirnya...peguam keluk kelik la jadinya mamat ni..

Ini satu contoh...pengajarannya..sah....umNo dan sekutunya...memang xde modal nak kritik PR.

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts