Saturday, February 25, 2012

Ketua Pemuda PAS komen isu kekalutan di Kedah

Isu Kedah.

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat mengharapkan orang ramai amnya dan rakyat Kedah khasnya tidak "kalut" dengan menghakimi isu yang berlaku di negeri Kedah berasaskan laporan media semata - mata. Saya percaya sedikit masaalah yang timbul di Kedah adalah perkara biasa bagi sebuah kerajaan dan ianya mampu ditangani dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.

Mencampuri urusan tanpa ilmu dan maklumat yang betul hanya mengusutkan keadaan. Waspada juga dengan elemen menangguk di air keruh agar ianya tidak berlaku dari kalangan anggota parti khasnya. Fahami keutamaan [ priority ] , pelihara adab berjuang dan jangan keterlaluan dalam kenyataan dan tindakan.

Selepas mengharap sedemikian kepada semua pihak, saya doakan agar semua diberi kebaikan oleh Allah swt atas keikhlasan masing - masing untuk perjuangan suci ini. Jua isu atau polemik yang berlaku ini tidak berpanjangan dan Kerajaan Negri Kedah terusvstabil di bawah naungan petunjuk Allah swt.

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts