Saturday, December 18, 2010

PKR Terengganu dok rok chetong...


Parti Keadilan Rakyat Terengganu Diarah Kosongkan Premis Pejabat Kerana Gagal Bayar Sewa Bulanan Tertunggak Lebih Enam Bulan.

Pejabat PKR (selepas ini dirujuk sebagai Perhubungan Negeri) yang terletak di Gong Kapas telah diarahkan oleh pemilik premis berkenaan supaya mengosongkan segera premis berkenaan setelah sekian lama gagal membayar sewa premis berkenaan. malahan pihak pengerusan bangunan juga gagal membayar sewa utility menyebabkan bekalan eletrik, Air dan telefon sudah di potong. Menurut sumber risikan BN sokmo yang dilakukan, pintu masuk utama ke pejabat yang menggantung billboard Anwar Ibrahim itu telah dipecah masuk.

Penyewa gagal membayar sewa dan menurut ceritanya, meminta supaya pemilik premis menjual aset dalam bangunan itu bagi menampung saki baki bayaran sewa yang tertunggak melebihi RM 15 Ribu.. Apa yang terjadi sekarang ialah, sewa premis bangunan Perhubungan keadilan ditaja oleh saorang ahli Perniagaan yang telah bergolok bergadai dan tidak dihargai dan jawatan beliau sebagai bendahari dengar kabarnya tidak dilantik lagi...

Satu pejabat perhubungan Negeri pun PKR tak boleh urus macam mana nak uruskan Malaysia? BN dan Umno Terengganu telah kehilangan lawan, Pas dan DAP memang selama ini hanya bergantung harap pada isu yang dicipta Anwar Ibrahim sedangkan Parti Anwar Ibrahim tidak pernah mendapat tempat dipentadbiran Pas Terengganu. Kepimpinan Pas Terengganu macam tikus jatuh dalam beras..senyap sesenyapnya atau masih bergatung harap pada realiti kerajaan Perpaduan...(sumber)

Adakah PKR negeri sudah tidak lagi releven?

Tidak dinafikan,walaupun PKR sebuah parti yang gah di peringkat pusat,tetapi di peringkat negeri(terengganu khususnya),ia teruk,jijik dan lembik..


Pemimpin pemimpin PKR negeri lebih teruk dan gila kuasa dari umNo negeri Terengganu,..


siapa cakap??


Gua la cakap....

Mana gua taw??


gua taw la...

nak taw betul ka tak betul...tanya
brader ni...

Monday, December 13, 2010

Solat ...


As a muslim ...kita sebagai umat islam,rukun pertama kita..perkara wajib yang pertama bagi kita sebagai hamba Allah yang kita harus tunaikan adalah solat..Sesiapa sahaja,yang berpegang pada kalimah " la ila ha illallah muhammad rasulullah",wajib menyempurnakan ibadat wajib ni.

Apa dia solat ni?Mudah cerita kawan kawan,solat ni adalah satu cara bagi kita umat islam,untuk menyembah tuhan kita yakni Allah.

Dalam islam,terdapat 5 solat wajib sehari semalam,dimulai dengan Subuh sebanyak 2 rakaat,Zohor dan Asar sebanyak 4 rakaat,Maghrib 3 rakaat dan Isya' kembali 4 rakaat.

Kawan kawan semua,kita ni,sedar ke tak sedar,berada di atas sebuah planet yang dinamakan sebagai bumi..

Nak gtaw kat korang,bumi ni bukan tok nenek kita yang cipta,bukan mak bapak kita yang hasilkan,bukan ahli sains dari barat yang wujudkan,tapi semuanya dari Allah..

Jadi tak faham faham lagi ke? dimana dikita menumpang sekarang??selain duk atas bumi Allah,kita juga hirupp udara Allah,minum air Allah,makan nasi Allah,kenapa dengan begitu banyak nikmat kita dapat dari Allah,nak solat 5 kali sehari,10 minit sekali pun tak sempat ke?

Solat tiang ugama kawan kawan,saing saing,jangan duk lupa,kalau Korang ngaku korang ni penganut agama islam,tapi kalau tak solat...perghhh,maaf la cakap...agama anda dah lama runtuh beb..

Satu lagi yang biasa kita dengar tentang solat adalah "Beza antara orang islam dan kafir adalah solat 5 waktu sehari semalam",haa,kita pernah dengar,selalu dengar ustazah ustazah cakap,tok iman di kampung cakap,tapi ramai di antara kita tak terasa pun,orang nak samakan kita dengan orang kafir,tak de yang segera pergi solat sebab tak nak sama dengan orang kafir, muda yang bikin 'derk' j..

Guana gamok kaau kita ubah sikit dari 'beza antara orang islam dan kafir ni adalah solat lima waktu' kepada "beza antara orang islam dan beruk adalah solat lima waktu"..haaa,ini baru kool..jadi ingat la kawan kawan,kalau korang tak solat,tak lama korang dengan beruk 2x5 je..nak je??haa..

"si fulan ni tak pernah saya nampak solat,ngaji quran,begitu juga dengan beruk di rumah haji mat,tak pernah solat,ngaji quran,jadi si fulan tu kira anak beranak beruk la,dah masing masing sama je,"haaa...nak ke disamakan gitu kawan kawan??

Bagi saya,korang nak bercinta ke,merempit ke...go on je la,tetapi ingat!!!!!solat jangan lupa..Ingat siapa kata..ok boss??

Jadi remaja....JOMMMMM SOLAT!!!!

Saturday, December 11, 2010

PRU13..Persediaan yang diabaikan

Walaupun pemilik punya Malaysia,Najib Razak masih belum mengumumkan bila dia nak bubarkan parlimen seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13,tetapi pakatan rakyat yang bercita cita nak tawan putrajaya pada PRU seterusnya harus bersedia sekarang,bak kata cikgu pelajar STPM 9 bulan yang lalu

"kamu semua ni masih lama nak exam,tapi lebih baik sedia awal2,jangan di saat akhir,kecundang".

Jadi pimpinan belaka perlu'study2' untuk berperang nanti..

APA YANG PERLU DILAKUKAN??

Ini perkara penting selalu dibuat di saat akhir,

1.Study kawasan..Setiap parti harus bersedia sekarang untuk kenalpasti kawasan mana yang mahu dipertandingkan,bincang betul betul dalam Pakatan Rakyat,jangan nanti gaduh gaduh pulak bila ahli PKR mahu jadi calon di kawasan yang PAS atau DAP

2.Study calon..Parti perlu pilih calon yang betul betul baik bermula sekarang,bukan nanti sebulan nak PRU,nanti berulang kesilapan lepas di mana calon longkang pun dipilih,itu pasal jadi lompat parti,ADUN terima rasuah seks,..kalau boleh,setahun nak PRU,sediakan dah calon,nilai betul betul,kalau rasa tidak sesuai,ada masa lagi nak tukar.

3.Study pengundi..Parti harus gerakkan jentera sekarang,tengok apa sikap pengundi,kegemaran pengundi,apa yang pengundi di kawasan tu nak,dan apa jua ciri ciri calon pilihan pengundi,pengundi nak dari parti mana dalam PR(PAS,PKR,DAP)

4.Study kelemahan ADUn sedia ada..samada dari parti lawan mahupun dalaman sendiri.Jika yang pihak sendiri,andai ada keburukan,kelemahan,repair,kalau dah tak leh repair,buang,ambil yang lain,..kalau dari pihak lawan,sebarkan keburukan dia tu,cam rasuah ka,seleweng harta rakyat ke,pernah jadi perogol ka,jadi rakyat tak selamat,jadi kita bukan serang peribadi,tapi memperingati pengundi awal2..:)

5.Bakal calon,perlu tunjuk muka awal awal lagi,pergi jenguk rkyt sebagai 'wakil parti',biar rakyat kenal,bukan nak time nak mengundi je..(Ni sebab calon perlu dipilih awal)

Jadi kepada yang berkaitan..BERSIAP SEDIALAH..

Friday, December 10, 2010

Perkara yang gua tidak puas hati dengan Anwar Ibrahim..

Dato Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh politik terhebat tanah air..beliau merupakan pemimpin yang paling berkarishma,hebat berpidato,serta berani..Dari usia muda lagi,beliau menjadi ikutan anak anak muda..

Beliau juga pengasas kepada Angkatan Belia Islam Malaysia yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu,satu persatuan yang terus mengangkat Anwar sebagai pemimpin anak muda..

Kemudian,dipendek cerita,beliau telah join umNo pada awal tahun 80-an,ini adalah tindakan yang agak mengecewakan ramai tetapi dari pandangan jauh,ia sebenarnya memberi kebaikan kepada Anwar dan pembangkang.

Dato Seri Anwar dipecat dari umNo pada 1998,dan tertubuhnya keADILan selepas pemecatan beliau..

Tip..top..tip...top..

Beliau bebas pada tahun 2004,ini satu berita gumbira,beliau skrg boleh memimpin parti anti umNo dan membantu tokoh tokoh yang membantunya dan menyokongnya disepanjang beliau dipenjara walaupun ketika DSAI ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap timbalan presiden umNo,beliau memang tak pernah beri muka pada PAS dan DAP..

Apapun,kembalinya DSAI membawa semangat baru kepada rakyat dan parti pembangkang..

Tetapi,sepanjang beliau memimpin PAKATAN RAKYAT,terdapat beberapa tindakan beliau yang gua tidak puas hati..

Perkara yang gua amat sangat sangat tidak puas hati terhadap ANWAR adalah Berkenaan Ezam Mohd Nor..

12 tahun lalu,Ezamlah yang begitu kuat membela DSAI,Ezam lah yang sanggup tinggalkan keselesaan demi perjuangkan DSAI,Ezam merantau ke negara lain seperti indonesia kerana DSAI,beliau telah berjuang bermati matian demi mangsa kezaliman iaitu Anwar IBRAHIM,tetapi bila Ezam "merajuk' Anwar tidak cuba untuk "memujuk' Ezam kembali..

Gua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.tetapi alasan yang diberi Ezam kerana join umNo bagi gua hanya perkara yang bukan menjadi faktor utama Ezam menjadi anti ANWAR..mesti ada perkara yang membuat beliau "merajuk" dengan Anwar..

Ezam mungkin salah,DSAI mungkin salah,tetapi andainya Anwar mampu "memujuk" Ezam sebagaimana DSAI dapat memujuk rakyat Malaysia untuk mengundi pembangkang pada pru 12,pastinya Ezam masih bersama pr.

Pendek kata,jika Anwar bertindak menyelesaikan ketidak puasan hati EZAM,insyAllah,tidak berlaku perkara seperti hari ini.Jika anwar salah,minta maaflah padanya,dan jika Ezam salah,tegurlah secara betul.

Ezam sebenarnya cuba menikmati perjuangannya terhadap Anwar tika dahulu,tetapi beliau gagal,DSAI tidak pun membela dan menyanyangi Ezam,dan meranalah Ezam,kerana itu beliau keluar pkr dan menyertai umnO..

ps-hanya pandangan peribadi gua..

Khutbah Jumaat ketuanan melayu


Selamat hari jumaat semua,pasti semua muslimin dan pembaca blog gua pi solat di masjid tadi kan?

Ingat apa yang dikhutbahkan?

Ditempat gua,dan mungkin di seluruh Terengganu kecuali di Rusila,tajuk khutbah adalah sama,gua ok je dengan tajuk khutbah hari ini,iaitu pastinya berkenaan maal hijrah.

Yang gua tidak puas hatinya apsal di akhir khutbah di tok iman duk sibuk suruh kita pertahankan ketuanan melayu?adakah melayu dan islam itu satu perkara yang sama?

Persoalan yang bermain di fikiran gua tika itu adalah,

1:Bagaimana jika dalam masjid tu,ada seorang muslim yang berbangsa cina mahupun india? senang dudukkah dia?

2:Khutbah cam tu,kalau didengari oleh non muslim,nanti apa tanggapan mereka terhadap islam?mereka akan fikir "ISLAM SURUH UMATKAN PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU",jadi nak ke nanti mereka yang non malay ni bersama islam?bengong punya tok iman.

3:Kenapa mesti dikaitkan islam dan melayu?bukankah ramai melayu hari ini yang bukan islam,yang murtad dengan sengaja mahupun yang sebenarnya telah pun terkeluar dari islam kerana menolak hukum islam.Jadi,islam dan melayu itu adalah dua perkara berbeza.

Berkait dengan ketuanan melayu,..sebenarnya dah tidak releven slogan ketuanan melayu untuk digabungkan dengan misi gagasan 1Malaysia PM kesayangan semua..patut buang jauh2 dah ketuanan melayu nih..

Dan hari ini..ramai manakah melayu yang jadi tuan?sekadar ketuanan melayu pada nama...boleh jalanlah..tak bawak ke kuburnya ketuanan melayu tu..

Satu lagi,kita tafsirkan maksud ketuanan melayu,,kononnya melayu lah pemilik tanah melayu ini..ini dah melampau sebenarnya,sejak bila melayu yang cipta bumi malaysia ini?

Perlu diingat,bumi ini milik Allah,kita manusia duk pinjam sahaja,jadi jangan yang takbur dengan mengatakan tanah melayu ni milik melayu..sedar diri sikit,..

Jom orang melayu,hijrahkan pemikiran masing masing..hapuskan fahaman assobiyah yang jahiliyah,kita ambik fahaman islam yang satu.!!!!

Hapuskan ketuanan melayu...hidupkan ketuanan islam...

hapuskan fahaman perkauman,hidupkan ketuanan rakyat..

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts