Friday, December 10, 2010

Khutbah Jumaat ketuanan melayu


Selamat hari jumaat semua,pasti semua muslimin dan pembaca blog gua pi solat di masjid tadi kan?

Ingat apa yang dikhutbahkan?

Ditempat gua,dan mungkin di seluruh Terengganu kecuali di Rusila,tajuk khutbah adalah sama,gua ok je dengan tajuk khutbah hari ini,iaitu pastinya berkenaan maal hijrah.

Yang gua tidak puas hatinya apsal di akhir khutbah di tok iman duk sibuk suruh kita pertahankan ketuanan melayu?adakah melayu dan islam itu satu perkara yang sama?

Persoalan yang bermain di fikiran gua tika itu adalah,

1:Bagaimana jika dalam masjid tu,ada seorang muslim yang berbangsa cina mahupun india? senang dudukkah dia?

2:Khutbah cam tu,kalau didengari oleh non muslim,nanti apa tanggapan mereka terhadap islam?mereka akan fikir "ISLAM SURUH UMATKAN PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU",jadi nak ke nanti mereka yang non malay ni bersama islam?bengong punya tok iman.

3:Kenapa mesti dikaitkan islam dan melayu?bukankah ramai melayu hari ini yang bukan islam,yang murtad dengan sengaja mahupun yang sebenarnya telah pun terkeluar dari islam kerana menolak hukum islam.Jadi,islam dan melayu itu adalah dua perkara berbeza.

Berkait dengan ketuanan melayu,..sebenarnya dah tidak releven slogan ketuanan melayu untuk digabungkan dengan misi gagasan 1Malaysia PM kesayangan semua..patut buang jauh2 dah ketuanan melayu nih..

Dan hari ini..ramai manakah melayu yang jadi tuan?sekadar ketuanan melayu pada nama...boleh jalanlah..tak bawak ke kuburnya ketuanan melayu tu..

Satu lagi,kita tafsirkan maksud ketuanan melayu,,kononnya melayu lah pemilik tanah melayu ini..ini dah melampau sebenarnya,sejak bila melayu yang cipta bumi malaysia ini?

Perlu diingat,bumi ini milik Allah,kita manusia duk pinjam sahaja,jadi jangan yang takbur dengan mengatakan tanah melayu ni milik melayu..sedar diri sikit,..

Jom orang melayu,hijrahkan pemikiran masing masing..hapuskan fahaman assobiyah yang jahiliyah,kita ambik fahaman islam yang satu.!!!!

Hapuskan ketuanan melayu...hidupkan ketuanan islam...

hapuskan fahaman perkauman,hidupkan ketuanan rakyat..

1 comment:

Anonymous said...

buta sejarah

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts