Thursday, December 23, 2010

fitnah zina oleh blogger umNo terjawab..

PASIR PUTEH 22 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.(UMO)..


BLOGGER UMNO MAIN FITNAH 24 JAM ITULAH KERJANYA...

GUA TAK FAHAM MACAM MANA BLOGGER YANG MENYEBARKAN FITNAH TERSEBUT BOLEH DUDUK SENANG2..

TANPA RASA BERSALAH..

INI LEBIH TERUK DARI YAHUDI..

INI LEBIH TERUK DARI MUSRIKIN MEKKAH DAHULU..MEREKALAH PENGIKUT DAJJAL..

YANG MENYEBAR FITNAH SETIAP MASA..

3 comments:

pakwe said...

blogger tk de spm cam tu la bro...huahuahua..

cam bangang je blogger2 umno ni...

yg aku kesian bukan kat mangsa fitnah tu..kat pembaca2 blog diorang yg bejuta tu...smuanya pembohongan smata2..

otaklunyai said...

Betul tu Bro. Gua dari dulu lagi dah sedar dah wawarkan yang puak2 ni tak takut dosa dan tak takut dengan Allah sebab diaorang ni bertuhankan nafsu dan umgok. Bahkan Syaitan dan Iblis pun takut dengan puak2 laknat ni. Syaitan pun nak goda manusia dengan izin Allah baru depa buat... tapi puak2 lebih laknat dari syaitan... sesat lagi menyesatkan...

Anonymous said...

aku nak tau satu je..biar la yb tu jawab..betul ke hang kene tangkap dalam keretapi..yang lain tu mungkin la fitnah..

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts