Tuesday, July 14, 2009

gurindam tok guru sentiasa dimainkan sepanjang kempen...


Beri duit ambil, beri kain pakai, beri gula kacau, bila mengundi pangkah bulan...

gurindam ni dah dimainkan sejak dulu lagi dan ia tetap releven sepanjang zaman.selagi umNo wujud dimuka bumi ini,selagi itulah gurindam ini akan dimainkan.
time pilihan raya,perkara ini memang tidak boleh lari,boleh dikatakan,hari pilihan raya adalah hari rakyat,kerana setiap kali pilihan raya,rakyat akan diutamakan,samada dalam bentuk wang mahupun harta benda dan makanan,ini sentiasa menjadi hidangan rakyat yang disajikan umNo.rasuah dan umNo ibarat bagai aur dengan tebing,tidak mampu dipisahkan.

yea la,teringat pula satu lagi gurindam tok guru semasa pilihan raya kecil kuala terengganu tidak lama dahulu,bunyinya begini "umNo tahu rasuah tu salah,tapi jika tidak beri kalah,umNo pun terus serba salah".tapi gua fikir,rasanya langsung tidak terdetik perasaan salah dalam jiwa pemimpin umNo jika memberi rasuah kerana jiwa mereka memang kotor.no comment lagi la den.

Monday, July 13, 2009

kan gua dah cakap polis ni sial...


Sekolah gua ada jemput 3 orang polis yang berpangkat agak besar la.


sorang tu,beritahu pelajar,guru tidak pernah ajar merempit,guru tidak gaduh semasa makan,guru telah tunjukkan contoh yang baik kepada pelajar,gua setuju 100%.sorang lagi tu pulak cerita pasal keberanian dia dan kawan kawan melawan penjahat,keluarkan pistol,bang..bang..gua tetidur dalam dewan pun terjaga,sial punya polis.


kemudian di akhir program,ada la satu slot dialog dengan pelajar,mereka minta kami beri soalan pasal polis,dan mereka akan jawab.ada yang tanya apa hukum membunuh orang kerana pertahankan diri,ada tanya pasal rogol,pasal cabul dia jawab dengan yakin semua sekali.


Dah,semua dah habis,gua pun ank la tanya jugak..begini soalan gua :


"pihak guru telah berjaya memberi contoh yang baik kepada pelajar serta masyarakat,saya menghormati guru saya.tetapi,nampaknya pihak tuan iaitu polis masih gagal memberi contohnya baik kepada pelajar,ramai anggota polis yang yang melakukan perkara yang melanggar undang undang seperti rasuah dan polis juga bertindak kurang ajar terhadap suspek sehingga membawa kematian,ini bukan satu contoh yang boleh dijadikan ikutan kepada masyarakat amnya,serta pelajar khususnya,apa komen tuan?"


tu soalan bertulis,jadi pegawai p0lis lah yang membacanya,dia pun putar soalan gua.dia kata,ada pelajar telah memuji guru yang telah memberi contoh yang baik kepada pelajar,namun kita di pihak polis masih ada yang kadang kadang bertindak kurang sopan...apa komen tuan.


soalan gua 200 patah,dia beri 50 patah celaka punya polis ni.gua sebut kurang ajar,bukan kurang sopan,dan soalan utama gua adalah polis yang melanggar undang undang,itu langsung tidak disentuh.


cara menjawab dia pun agak bodoh,macam penjenayah ah long yang jawab,bukan polis,"kalau kita sopan,mana penjenayah nak ngaku?"yea la,tapi berpada la,sampai membunuh beb,hanya mahkamah yang boleh menghukum,bukan polis.

dan jawapan dia terhenti di situ.dan dia kata,sekian,wslm.jumpa lagi..


gua senyum sinis kat pegawai polis yang baca soalan gua,dia tengok gua macam tengok hantu..sial punya polis.


gua memang sudah dididik untuk benci polis sejak kecil lagi pun,jadi,biar mampos la mereka.boleh?

menanti kemenangan manik urai:umNo memang takde modal


hmm,gua blank berita politik sejak komputer gua kena servis minggu lalu,tengok berita je la, tapi gua tengok berita macam tengok cerita drama la,hanya rekaan semata mata,takde kena mengena dengan hidup mahupun meninggal dunia.


gua terbaca la pasal modal kempen umNo dalam akhbar tempatan..undi pas tidak maju,calon pas hanya peniaga ikan,nak bina JAMBANtan bernilai 7 juta,modal kempen ni bukan buat rakyat inginkan umNo,malah buatkan rakyat meluat dengan umNo.undi pas tidak maju?ala,ni modal kempen umNo sejak berkurun lagi,dah takde siapa nak percaya lagi .peniaga ikan?apa masalah,nabi junjungan kita dulu pun seorang penggembala kambing kan?halal jadi lah,buat apa kerja tinggi tinggi tapi tetap hidup dengan duit yang tidak halal.pasai jambatan,kalau umNo ni pemerintah yang ihlas,tidak perlu untuk menang baru nak berjasa pada rakyat,ni la umNo dasar pilih kasih.celaka betul.hatuih.


di awal kempen ni,umNo sebenarnya dah gali kuburkan?berani berani diorang maki tok guru nik aziz,tuang minyak ke dalam api la,rakyat dah marah kat bn,bila kutuk tok guru,l;gi la kita marah..kadang kadang model kempen umNo ni sebenarnya maksud tersirat dia sedang menolang kita sebenarnya.yea dak?


biarlah,sekarang,rakyat manik urai dah agak senang,wang ditabur dimerata rata.bagus juga celaka umNo ni rasuah,kadang kadang dapat gak wang kat rakyat.kan? beri wang ambil,beri milo kacau,beri kain pakai,bila mengundi ,undilah pas...hidup tok guru...

Friday, July 3, 2009

ketua putera puteri umNo ditipu media sendiri.


Dato Seri Anwar Ibrahim menyalahkan media yang telah membesar besarkan cerita mengenai masalah dalam pakatan rakyat berhubung dengan dap vs pas di kedah serta dap vs pkr di pulau pinang.Pada masa yang sama,pihak media pencacai umNo pula menyalahkan anwar kerana menyalahkan mereka.

tapi,kalau kita tengok dengan mata kasar pun kat tv,kita boleh nampak ada benarnya dakwaan DSAI tu.10 minit berita utama mengenai pakatan rakyat yang dakwa mereka wujud masalah dalaman yang besar.katanya ketua puteri parti melayu,pr sombong kerana tidak mengakui masalah yang dihadapi adalah masalah besar,tu la,puteri ni asyik baca dan dengar media pengampu kerajaan je,sebab tu dia beri dakwaan tu.sama la dengan khairy si perasuah,dua kali lima je dengan puteri nya,walaupun khabarnya dia graDUIT dari oxford.

kesimpulan yang kita boleh buat,pemimpin umNo yang cari maklumat kat media mereka sendiri,sesungguhnya mereka telah ditipu oleh media mereka sendiri.sebab apa,sebab mereka bangang ler..

Thursday, July 2, 2009

bila takde idea nak menulis...kita komen olang punya tulisan la


hmm,gua baca banyak blog politik hari ini,ada yang dari pro pakatan,ada yang pro umNo.

isunya dari pakatan hanya dua,manik urai dan dap di kedah.kita nampak yakin untuk menang di manik urai.mengenai isu dap kedah keluar dari pakatan,itu kita kira normal la,kita sebuah keluarga yang besar,gaduh gaduh tu perkara biasa,gaduh adik beradik la katakan,si adik dah lari dari rumah,takpe la,kita biar ibu bapa selesaikan,kita serah kepada pusat.pandangan masing masing ok.

dari tukartiub,gua baca pasal komen hisyamudin rais pasal kerajaan perpaduan,apabila ada sibodoh yang mendakwa
Tindakan Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kerajaan perpaduan dan mencabar Najib Razak untuk berdebat hanya akan menyebabkan kuasa orang Melayu di negara ini terus terhakis,si bodoh ini tidak lain tidak bukan adalah.....Setiausaha Agung Pergerakan Belia 4B Malaysia, Jamaluddin Abdul Rahim,komen hisyam memang slamber je maki tapi maksud mendalam.nak baca,lawat la blog beliau.

dari blogger umNo pulak,ada blog yang kata ustaz azizan lebih layak duduk di kerusi mursidul am pas,soal layak atau tidak,itu bukan anda yang tentukan,biar ahli je yang tentukan.bagi gua,dan lebih sejuta penyokong pakatan yakin dengan TGNA sebagai mursidul am,yang pencacai ubn nak cari pasal wat apa.kalau gitu,kerusi presiden umNo tu,Ku Li yang lebih layak,rasuah kita jarang dengar ada kaitan dengan dia,jaga kroni,dia mana ada kroni,jadi kalau kita nak persoalkan kerusi presiden,tentunya Ku Li lebih layak .

ada juga blogger umNo yang cakap pasal azmin ali rasuah,dia beri gambar yb azmin pegang duit,mereka dakwa rasuah,bukti kukuh mana?lain kali,siapa yang kenal blogger ubn ni,tangkap gambar dia pegang duit dan kita charge dia rasuah...boleh?ataupun kita ambil gambar pemimpin umNo pegang duit,dan kita dakwa rasuah...boleh?kalau gambar pemimpin uMNo pegang perempuan,gua banyak dalam simpanan,semua gua cedok dari google la.

tidak kurang juga blogger yang hemtam anwar dengan kes liwatnya,keluar hukum,dalil,hadis semua skali,gua nak tanya,beranikah mereka minta maaf dengan anwar jika anwar didapati tidak bersalah nanti?mereka juga persoalkan kenapa anwar tidak berani bersumpah,ok,kalau anwar angkat sumpah dan kata beliau tidak meliwat,korang akan percaya ker,korang hanya tahu putar belit fakta je.dasar blogger ubn ni sial blaka.

ada juga blogger ubn dakwa pemuda pas anti TGNA,mungkin tertelan banyak sangat kot penadol semalam,tajuk wacana ilmiah yang direncanakan itu adalah

BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM,
biarlah,gua cuma nak tengok ada berani ka pemuda umNo sahut 'wacana" dari pemuda pas ni.fikirnya gua,pastinya pemuda sama dua kali lima ja dengan pemimpin dia si najib ni,sama sama takde teloq.najib sah dah pasti takkan debat dengan TGNA,kita harap pemuda umNo boleh la buktikan mereka sebenarnya ada teloq,cuma tersorok di tempat yang tidak dikenal pasti.

ada juga yang membidas pihak anti kerajaan yang menyemai budaya benci mahasiswa kepada kerajaan malaysia sampai conteng dinding untuk kutuk Bini Najib.sebenarnya bukan kita yang semai sifat benci mahasiswa kepada kerajaan ubn,mereka sendiri yang buatkan mahasiswa benci sama mereka.auku la,tu la,ni la.


mungkin satu hari nanti,mahasiswa akan bangkit secara terang untuk menentang kerajaan bn,dan kita kena berterima kasih kepada 5 'hero' dari um Itu.trime kasiey.




Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts