mePertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam.
Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.
"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.
Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.
Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong.
Malam semalam, perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.
Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.
Kumpulan itu juga mendesak Namewee meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana "merosakkan muhibah kaum".(baca lagi di Malaysiakini)
Gua fikir,PERKASA memang dah bengong 100%..
Sibuk Sibuk nak tonjolkan diri sebagai pejuang melayu konon..
Macam lah,Kes namewee ni telah buatkan melayu melarat,jadi makin miskin..
Kes Namewee ni,yang berkaitan lagu "Nah" tu pun,gua takde lihat menghina melayu
keseluruhannya..
Hanya tuju kepada guru yang dikatakan perkauman tu je..
Perkasa dakwa Namewee rosakkan muhibbah antara kaum ni Malaysia,
Tapi tindakan perkasa ni sebenarnya bisa bikin keharmonian kaum tergugat di Malaysia..
Gua juga tidak sokong namewee,tapi daripada nak perang dgn dia,,baik gua bikin kerja lain..
Habis tu cikgu yang perkauman tu,tidak pula merosakkan keharmonian kaum?
Ramai mana orang cina/india yang baca tentang kes guru itu tidak terasa hati?
Lu tak fikir ke perasaan orang cina yang dikatakan sebegitu?
PERKASA kalau nak perjuangkan melayu bukan kena tengok dalam kontek yang sempit ni,banyak lagi yang boleh diperjuangkan..
Ramai lagi melayu yang makan tak cukup tiap2 hari,..
Ramai lagi melayu yang hidup dalam kedaifan di malaysia ni..
banyak lagi melayu yang jadi penagih dadah di malaysia ni..
Itu yang harus diperjuangkan PERKASA..
Kalau duk layan Namewee,ok..katakan lah perkasa menang,namewee dikatakan mohon maaf kerna tertekan dengan desakan perkasa..ok apa kebaikan yang melayu dapat?
Yang miskin menjadi bertambah kaya ke?
Melayu yang melarat jadi kaya ke?hidup senang ke??
Tiada kesan pun...PERKASA bikin kerja sia sia,,
Gua bukan sokong Namewee,tapi gua tidak melihat sebarang keperluan untuk perang perang dengan namewee ni..biarkan lah dia dengan hidup dia..hasil seni dia..tak lama,diam lah..
Gua hanya akan istihar perang kat namewee ni jika dia terang2 hina islam..itu yang sepatutnya..
Skrang...jangan duk buang masa lah...nampak lucu la...kah..kah..kah..malayu..malayu..bilalah bangsaku mahu jadi bangsa yang cerdik sikit.....
Thursday, September 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment