Oleh: Pria Malaya
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Jika sebelum ini rakyat Malaysia cukup sinonim dengan lafaz dan ucapan "Daulat Tuanku" bagi menggambarkan kepatuhan dan penghormatan kepada institusi raja dan sultan..namun sejak YM Tuanku Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, seruan "Daulat Tuanku" telah diubah kepada seruan "Allahu Akbar..
Buktinya, kalian boleh melihat dimana-mana akhbar arus perdana 2,3 hari ini, kalian pasti akan terlihat iklan Ucapan Tahniah buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra..
Yang menjadi kelainan ialah, pada ruang atas sekali iklan ucapan tahniah menunjukkan perkataan "ALLAHU AKBAR"..sebelum2 ini, seruan yang kebiasaannya terpampang di iklan ucapan ini ialah seruan "DAULAT TUANKU"..ternyatai ianya suatu yang baru buat rakyat Malaysia khususnya umat Islam...
Penulis awalnya tidak pasti hebahan ini berbentuk 'arahan' (wajib), atau hanya untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja (tidak wajib), atau masih diperingkat cadangan (belum diwartakan lagi)...
Namun, memetik kenyataan dari website yang rapat dengan pihak Istana, 'The Kelantan Insider', artikel itu antara lain berbunyi..
"Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).Jelas, jika dituruti kenyataan ini, maka benarlah terdapat arahan (titah) dari tuanku sendiri supaya seruan "Daulat Tuanku" digantikan dengan seruan "Allahu Akbar"...
Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak."
Akhir kalam..Raja 'Alim Raja Di 'Sembah' Raja Zalim Raja Di Sanggah...semoga Allah lanjutkan usia Tuanku serta pentadbiran kepimpinan Islam Negeri Kelantan, seterusnya kemakmuran buat seluruh Rakyat di Negeri Kelantan, dan rakyat Malaysia umumnya..wallahua'lam..
sumber
N3 berkaitan
1 comment:
Baguslah tu, dah lama patut tukarpun. Yang "Maha" tu pun patut diubah, sebab yang Maha Agung hanya Allah. Tapi....nanti tak timbul ke isu kalau rakyat yang bukan Islam juga sebut AllahuAkbar...ialah isu sebut Allah tu pun belum selesai rasanya.
Post a Comment