Friday, April 9, 2010

Satu lagi Pilihan raya kecil...(Sibu)

Sibu pula pilihanraya
Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia pagi ini akibat barah.

Robert Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. Namun begitu besar juga kemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang sedang disebut-sebut sekarang ini.

Sebelum ini, Sarawak menghadapi pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 iaitu DUN Batang Ai. BN menang kerusi itu mengalahkan calon PKR.

Sibu bukan satu kerusi mudah buat Pakatan Rakyat. Namun sibu boleh dijadikan kayu ukur Pakatan Rakyat di Sarawak.

Keputusan Sibu juga bakal menjadi penentu tarikh pilihanraya Sarawak atau Bn terpaksa menerima cadangan Pilihanraya Sarawak harus dilewatkan agar boleh diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum yang dipercepatkan.(sumber)

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts