Friday, April 9, 2010

bukan saja pemimpin umNo bahkan penyokong umNo semuanya sekutu israel..

Bila dah jadi begini,jelaslah bahawa umNo ni tali barut yahudi,sekutu yahudi,....dan bukan sahaja pemimpin umno yang menjadi rakan yahudi,bahkan semua penyokong umNo yang bersubahat memenangkan BN dalam pilihan rya umum ke 12 yang lalu..yang menyebabkan bn boleh naik menjadi KERAjaan,yang membawa yahudi dalam agendsi kerajaan....

wahai penyokong umno.......mampukah kamu memohon maaf kepada saudara saudara gua di palestin,lubnan dan negara negara yang dihancurkan yahudi bahawa kamu bersekongkol dengan yahudi??gua taw lu orang tak de perasaan kasian langsung pada saudara saudara GUA di sana...sebab korang tidak pernah anggap mereka semua satu saudara pun.....kan..kan..kan..

baca posting terbaru dari malaysiakini mengenai perkara ini:::


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

"Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel," katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

"Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.

Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.(malaysiakini)

1 comment:

azman kamarul said...

JKKK umno kat kampung dan penyokong2 di kampung ni macamana nak kata yer....deme tu bukan tau pasal APCO pasal YAHUDI dan ZIONIS ni...deme hanya baca kitab utusan dan berita harian je..lepas tu dengar ceramah kat tv1,tv2,tv3.Kesian juga ye kat depa ni.

Bila PAS,DAP dan PKR mai terang depa kata pembangkang ni asyik membangkang jer tak dak yang kena umno ni.

Kesian kat depa tu no...hari-hari kena tipu dengan pemimpin umno.....jadi mai kita pakat doa ramai-ramai biaq terbuka hati depa tu...

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts