Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.
Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.
Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang. Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen,
sekadar gambar hiasan yang tiada kaitan dgn n3 ini pun... :)
No comments:
Post a Comment