Saturday, January 30, 2010

kuatkan semangat Aduka!!


Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor.


Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.(baca lagi)

Gua tak nak komen apa apa,gua salah seorang dari pembaca setia blog Aduka dan gua amat suka akan gaya penulisan beliau yang tinggi,...ya..walaupun agak kasar,tetapi ia berfakta dan bukan fitnah..beliau bukan kaki fitnah seperti yang terpampang kat atas blog gua tu..

Mungkin beliau tidak peka akan sentiviti tentang sesuatu perkara di Malaysia ini,terima la kesannya..

Tapi Aduka sebagai rakan blogger,gua doakan dikau selamat,

moga diampuni ALLAH S.T.W

moga sihat sejahtera..

tabahkan hati..

moga dimurahkan rezeki..

dan kalau tak terlambat...selamat pengantin baru..

sentiasalah memohon keampunan dari Allah kerna Allah itu Maha Pengampun lagi maha mengasihi hambanya,,

KIta duk tinggal di dunia milik Allah,hanya kepadaNya kita berserah..

blogger blogger lain boleh jadikan ini sebagai pengajaran..

last but not least Aduka....kuatkan semangat...

gua juga memohon,siapa siapa yang terasa dengan Aduka,maafkan saja beliau..beliau manusia biasa,bisa tersilap juga...semua orang ada lakukan kesilapan kan..dan SEMUA bermaksud SEMUA....orang tinggi,orang bawahan,masing masing ada buat silap.


Friday, January 29, 2010

PAS sudah jadi umNo...

Khalid digantung jawatan 6 bulan, Hassan Ali diberi amaran

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didapati bersalah dibawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Jawatankusa disiplin PAS memtuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran.

Selain itu mereka juga dilarang membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan parti.

Kedua-dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 perlembagaan PAS.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada parti dalam masa 30 hari.


silakeee..

Hasan Ali lah pengkhianat parti sebenar..

apsal diberi amaran pula..

Khalid Samad banyak berjasa pulak digantung..atas kesalahan???

PAS sudah jadi umNo ..PAS sudah jadi umNo..

dulu kes politik wang khairy jamaludin pun,hanya amaran diberi,padahal memang sah dia bersalah..

Isa Samad yang didapati bersalah pun boleh tetap diangkat..

mybe Hasan Ali ni ISA samad versi PAS kot..

Mohon Tok Guru Nik Aziz bersuara..

orang tok guru dianiaya..

orang tok guru yang osrang lagi yang pro UG sekadar diberi amaran...

INI TIDAK ADIL!!!!

Terima Kasih Ku Li...


Tanpa mewakili siapa siapa,gua mengucapkan terima kasih dah tahniah kepada t.Razaligh Hamzah di atas keterbukaan beliau dan keberanian beliau berjuang untuk rakyat kelantan..

Walaupun beliau dari umNo,tetapi,beliau tahu membezakan yang mana benar,dan yang mana salah,dan beliau berjuang untuk yang benar..


Friday, January 22, 2010

Siapa untung andai muslim dan non muslim tidak bersatu di Malaysia?

Bermula dengan isu nama Allah,kepada pembakaran gereka dan terbaru bom surau,kemudian apa lagi yang bakal berlaku di negara Malaysia tercinta ini?peperangan antara agama pula ker?

Mungkin ada pihak yang bercita citi untuk mempastikan perpaduan antara rakyat berbilang agama tidak akan tercapai dengan baik kerna dek motif politik..

Andai tidak rasa curiga antara penganut bukan islam terhadap islam,pasti sebuah parti ISLAM akan diterima ramai dan parti lawan pasti tertekan giller..

Andai orang islam tidak curiga sama penganut yang berugama selain islam,pasti sebuah parti lawan itu akan berasa tidak selesa kerna "perjuangan"mereka selama ini untuk mempastikan semangat assobiyah(walaupun ia antara kaum,tapi ia amat bersangkut dengan agama kerna di Malaysia,setiap kaum punyai agama yang majorti menguasai) antara kaum di Malaysia sentiasa wujud akan hilang..

Dalam untuk mengekalkan kuasa,rencana jahat cuba untuk dilakukan,dan mereka gunakan agama dalam mempastikan agenda jahat mereka ini..

kita kaji soal penggunaan nama Allah dahulu,ramailah yang bertindak untuk kononnya menjadi wira ISLAM dengan menentang perkara ini,sedangkan itu cuma dusta semata mata,banyak perkara boleh dipertikaikan,andai benar mereka pejuang ISLAM,kenapa tidak mereka benar benar berjuang untuk ISLAM dalam perbagai sudut lagi,adakah perjuangan ISLAM  anda setakat itu sahaja?dan jika benar itu satu perjuangan,adakah mereka ini jujur?serta ikhlas dalam perjuangan?mereka lebih tahu,dan Allah maha mengetahui..baik,mari kita kaji kemungkinan motif utama mereka,pasti tidak lain tidak bukan,ia adalah untuk menimbulakan rasa curiga antara rakyat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia,agar mereka dapat capai kepentingan mereka.

Soal pengeboman gereja,dan pada masa yang sama pembakaran surau,andaian gua,ini semua hanyalah satu provokasi dari pihak berkepentingan,yang mahukan kebencian tersemat dalam hati rakyat Malaysia yang berbilang ugama(antara satu sama lain)..

difikirkan dengan telti,lihat siapa yang untung??

Gua tak nak sebut nama mana mana parti politik dalam posting ini,korang fikir la sendiri...

penulisan gua hari ini mungkin agak tidak tersusun kerna letih,kalau tak faham baca sekali,baca 10 kali ok..hehe


Saturday, January 16, 2010

Kebodohan,kebengokan,kejahilan,kebabian,keberukkan,keoran utanman blogger umNo...


Gua baca satu entry tentang Nizar dari blog pencacai tahi umNo,celaka punya blog tu beb,motif utama tulisan itu adalah sebelum Nizar jadi MB,beliau miskin,dan selepas jadi MB,beliau kaya raya dan jadi jutawan,baca di sini entry bodoh itu..

pegidah,gua fikir,mereka lupa nak letak title IR Nizar bin Jamaludin barangkali..gua ulang IR..IR,jurutera,bukan jurutera biasa,jurutera profesional,hebat,masyur(baca sini

lantak la,celaka tetap celaka,blogger itu boleh pergi jahanam...



fakta benar ttg kentot...

WASHINGTON Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain. Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga.

Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat, ingatlah orang tersayang!!

ISLAM:antara Lim Guan Eng dan umNo.

GEORGETOWN, 15 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.

Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja..(baca lagi)

di atas adalah apa yang telah YB Lim Guan Eng dari DAP(ulang DAP!!DAP!!)buat,Lim Guan Eng tidak gila,kenapa beliau beri peruntukan sebesar ini kepada pembangunan ISLAM??nak raih undi??ramai sangatkah masyarakat melayu yang islam di penang?yang mungkin akan tergoda dengan apa yang YB Lim lakukan?

Banyak lagi perkara yang Lim Guan Eng lakukan yang boleh membuktikan DAP bukan musuh islam,seperti yang disebarkan oleh umNo dan pencacai umNo,...

Di bawah pula gua nak tunjuk bahawa umNo adalah musuh ISLAM,bukan omong kosong semata mata,bahkan bukti melalui video:

tengok...tengok....so,melayu islam yang berakal dan waras adalah lebih perlu beri undi kat DAP berbanding umNo..

Friday, January 15, 2010

Perjuangan menentang perggunaan nama Allah hanya hipokrik semata mata oleh pihak yang terdesak

Semenjak dua menjeak ni,isu penggunaan nama Allah oleh pihak kristian jadi isu hangat,ramai yang marah,katanya deme,nama Allah milik mutlak islam dan umat islam..

mungkin betul apa yang mereka katanya dalam keadaan sekarang,yang mana ada umat kristian pernah hina quran dan nabi Muhammad,tapi bila dilihat,perjuangan mereka adalah hipokrik semata mata..

Pada akhir zaman ini,gua  tak fikir ini soal yang paling utama,ada lagi yang lebih penting,10000 kali lebih penting yakni perlaksanaan hukum Allah,tunaikan kewajiban terhadap Allah..

Ni tidak,semasa bantahan,nama Allah untuk kegunaan umat islam,tapi umat islam ini juga yang langgar perintah Allah,hina hukum Allah..

Bahkan dalam isu ini sendiri,pejuang pejuang yang menentang keputusan mahkamah itu sendiri melanggar perintah Allah dengan memgebom gereja,sedangkan Allah melarang umat islam berbuat demikian,,

itu bukan budaya islam,itu budaya yahudi,,,..

soal nama Allah digunakan oleh mpenganut agama lain mereka buat buat marah,tetapi dengan selambe nya mereka hidup atas bumi Allah ni dalam keadaan negara tidak bernaungkan peemrintahan ISLAM...mana lebih penting,berjuang menjadikan Malaysia sebuah negara ISLAM yang kuat,atau berjuang secara rasict menantang penganut agama (yang berasal dari Allah juga sebenarnya) menggunakan nama Allah,,

untuk buktikan lagi betapa hipoktiknya "pejuang islam"versi umNo ni adalah dengan persoalan ini:

  1. Mengapa ketikaPak Lah wujudkan gagasan islam hadhari,mereka berdiam diri bahkan sokong gagasan mengarut itu,sedangkan islam hadhari bukan apa yang diturunkan Allah,ia seperti seorang pemerintah islam di india satu ketika dulu,yang cuba menubuhkan agama baru yang digelar al din kalau x silap gua,iaitu ia percaya Allah,tapi mengagungkan diri raja itu sendiri..islam hadhari ini sebenarnya seolah satu dakyah untuk membuat rakyat lupa akan islam sebenar dan pergi kepada islam baru,islam maju..allhamdulillah,Allah tetap pelihara islam sebenar dan agama baru islam hadhari hilang begitu sahaja,,
  2. Semasa ulama umNo siti maSHITah mengeluarkan kenyataan bahawa solat itu agenda kecil,bahkan Allah telah beritahu secara jelas bahawa solat itu wajib,yang membezakan antara org islam dan org kafir adalah solat..mana dia pejaung islam umNo itu?apakah dengan mengatakan solat itu kecil tidak mengecikan Allah..

banyak lagi isu lain yang berkaitan umNo yang menghina Allah dan islam...persolan terbesarnya...di mana mereka ini!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 14, 2010

Bagus apa kalau Lim Guan Eng ditahan...

akhbar melaporkan bahawa Khalid memberikan amaran kepada Lim bahawa polis tidak akan teragak-agak menangkapnya jika beliau gagal memberikan kenyataan mengenai dakwaan menghasut.

Lim sedang disiasat kerana dakwaaan mengeluarkan kenyataan hasutan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat bahawa kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock disebabkan dibunuh di Shah Alam pada 19 Dis lalu. themalaysianinsider

Pengerusi DAP terus beri amaran ini :
..

Guan Eng antara pemimpin yang amat disegani rakyat,melayu,india cina semua suka sama YB Lim Guan Eng,kalau polis tangkap Beliau,ingat mereka boleh aman ke?

masyarakat cina pasti berang,MCA dan Gerakan yang merupakan musuh dap dan sekutu UmNo pun pasti akan pertikaikan tindakan pihak polis(jika mereka tahan LIm Guan Eng)dan BN akan kucar kacir sekali lagi..

Tak percaya??

cuba ler....pasti lebih ramai rakyat akan turun ke jalan raya berbanding dgn jumlah yang hadir perhimpunan kepala lembu tu...

Sunday, January 10, 2010

Fakta tentang kentut


Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah. Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan... 


Dari mana datangnya gas kentut?

Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut. Apakah yang membuatkan kentut busuk? Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.



Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.

Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.


Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?

Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.


Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?

Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.


Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?

Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.


Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut .Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?

Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.


Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.



Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.


Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

Ada . Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.


Adalah kura-kura kentut?

Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.


Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.


Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.


Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?

Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:

a) Pengentut menghidap cirit-birit

b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)

c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.



Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.



Adakah kentut mampu membunuh?

Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.


Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?

Makanan yang pedas dan berempah.



Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik.

Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah... (HAHAHAHAHAHA)



Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?

Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.


Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?

Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.


Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?

Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.

#sumber#

Saturday, January 9, 2010

Perosak perpaduan negara

Dulu main kepala lembu untuk hina penganut agama hindu,

kini main bom petrol untuk hancurkan tempat ibadat penganut kristian..

Gamaknya mereka ini selamanya membawa pendangan negatif masyarakat bukan islam kepada agama Islam...

Apa motif perjuangan mereka sebenarnya??

Islam??

or...

Melayu??

atau yang mereka perjuangkan adalah kuasa dan wang semata mata??

Tragide pengeboman gereja amat mendukacitakan rakyat 1Malaysia,gua muslim,dan sayang akan agama gua,islam agama ku,dan pastinya andai kata ada pihak dari agama lain yang mengebom masjib,pasti akan ku tentang setentang tentangnya..

Jadi,andai kita berani di tempat penganut kristian itu,apakah perasaan kita,masjid dibom oleh mereka,apakah kita akan berdiam dan tidur sahaja,begitu juga di pihak kristian,permusuhan pasti akan timbul andai tindakan segera tidak diambil..

Andai kerajaan tidak enghukum si pengebom dgn kadar segera,ketidak puas hatian penganut kristian terhadap umat islam di malaysia pasti akan meluap luap dan negara Malaysia tidak akan lagi aman dengan rakyat kita gagal untuk berpadu..

pastinya,timbul rasa curiga antara rakyat Malaysia yang berbilang agama ini..

jadi,kesimpulannya,tindakan segera terhadap si pengebom gereja wajib dibuat,paling kurang mereka harus dipenjarakan selama 50 tahun,dan selain itu,dalang dalang pengebom itu juga harus dikembirikan agar cucu cicit mereka tidak malu akan tindakan mereka kelak...(muahaha)


ps-pendirian gua mengenai perkara ini adalah sama seperti Tuan Guru Nik Aziz iaitu Kristian boleh guna nama Allah..

Allah is untuk semua yang mengakui akan kewujudan dan kekuasaan Allah..Allhuakbar(x3)

tapi gua akan terkilan kerana pihak kristian telah menyalah gunakan perkara ini dengan mengambil kesempatan untuk menyalah gunakan nama Allah sebagai alat dakwat seperti yang dinyatakan di sini..

Friday, January 8, 2010

Hasutan:imam masjid kampung gua patut kena ISA.(serta pendirian gua mengenai isu "Allah")

"Sementara itu, Musa berkata polis turut memantau laman web yang didapati menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan mengajak mereka untuk berhimpun secara haram."(baca lagi)

Haaaa,ini bukan laman web,gua sampai masjid untuk solat jumaat tadi dalam pukul 1.20,tu pun x mula lagi khutbah,masa nak mula khutbah tu,tok iman(atau bilal)buat satu penguman yang mengajak jemaah untuk menyertai satu perhimpunan membantah pengunaan nama Allah oleh pihak kristian...

jadi,..ini satu hasutan untuk mengamcam keselamatan negara..tindakan segera perlu diambil...jika nak taw mana masjid gua sembahyang tadi,sila emailkan kat gua.....tapi gua rasa,semua masjid kat Terengganu menyeru begini...

so,tindakan segera perlu diambil...tiada istilah double standart untuk semua...jika perhimpunan bantah ISA haram,di begara sekular macam Malaysia,ini juga Haram...


ps-pendirian gua mengenai perkara ini adalah sama seperti Tuan Guru Nik Aziz iaitu Kristian boleh guna nama Allah..

Allah is untuk semua yang mengakui akan kewujudan dan kekuasaan Allah..Allhuakbar(x3)

tapi gua akan terkilan kerana pihak kristian telah menyalah gunakan perkara ini dengan mengambil kesempatan untuk menyalah gunakan nama Allah sebagai alat dakwat seperti yang dinyatakan di sini..

Friday, January 1, 2010

Andai kata PAS mentertai BN,apakah wakil rakyat PAS sedia melompat?


Setelah baca ulasan Tulang besi di laman perisik rakyat,gua tak nak percaya dan ingin katakan bahawa ini mungkin hanya pendapat TB sahaja,tp setelah berfikir secara waras dan mendalam,gua fikir,perkara ini tidak mustahil..

Andai kata telahan TB benar benar brlaku berdasarkan ulasan beliau,..apakah semua wakil PAS akan mesih kekal bersama PAS..?

Gerak hati gua,gua yakin,Dato Seri Nizar Jamaludin pasti akan bertindak tepat dan bijak..

sumpah laknat tu boleh diabaikan kerna PAS sendiri telah menyertai perjuangan asal(andai kata PAS menyertai BN)..

Bagaimana dengan MP PAS yang lain??ada berani??walau bagaimana pun,anda WAJIB berani....

satu perkara yang gua yakin,sekiranya apa telahan TB itu berlaku,itulah tanda "jasad" PAS sudah disediakan untuk dibawa masuk ke lubang kubur yang siap sedia digali!!!

ps-melompat yang gua maksudkan adalah melompat menyertai salah satu parti kompenen Pakatan rakyat,bukan menyertai umNo atau mic,atau gerakan bla..bla..bla..



Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts