Tuesday, December 28, 2010

Spiderman ditemui mati kerna...

Takziah kami ucapkan kepada super hero yang terkenal dengan nama Spiderman kerana ia ditemui mati di sebuah rumah. Wartawan kami cuba mendapatkan cerita sebenar dan hasilnya, kami dapat menangkap gambar di bawah. Di harap semua super hero yang wujud di dunia ini akan tampil memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

Lagi gambar…

Punca kejadian telah disiasat polis dan racun pemusnah serangga iaitu “Baygon” telah menjadi punca Spiderman meninggal dunia.

sumber

Monday, December 27, 2010

Saturday, December 25, 2010

Blogger umNo dah beralih bidang ... :p (politik --> Lucah)

Di Awal pembabitan gua dalam blogging adalah kira kira setahun yang lalu..

Gua sebelum itu bermula dengan pembaca blog sahaja..

Dulu gua selalu juga lah baca blog pro umNo bn..Yang duk puji dan ampu pemimpin umNo dan maki pemimpin pakatan rakyat..

Makian itu ada kalanya memang tidak berasas langsung,tapi takpe lah ...itu politik umNo ..

Tapi sekarang...banyak blog pro umNo dah beralih arah dari blog politik kepada blog lucah dan porno..

Direka banyak cerita cerita mengenai seks dan perkara lucah..

Dipamerkan gambar gambar lucah yang bila manusia lain tengok,dapat dosa beb..

Jadi dosa yang wa dapat sebab tertengok gambar terbabit di blog blog pencacai ni...dengan izin Allah dapat gak kat mereka..mereka yang taruk..hak..hak..

anda boleh layari laman laman lucah trbabit di blog PG,di blog mamat gomo ni,terdapat link2 lucah yang seangkatan dengannya..

Friday, December 24, 2010

Warkah buat guruku sayang... :masih mahu undi umNo?

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..

Kepada cikgu cikgu ku yang disayangi dan dihormati..

Selama 19 tahun muridmu ini hidup di dunia,15 tahun dihabiskan bersama guru guru yang disayangi sekalian..

Kerna kasih dan sayang muridmu ini kepada guru guru sekalian,muridmu yang kerdil ini ingin menyeru kepada semua guru yang pernah mengjarku,dan semua guru guru di Malaysia memilih untuk TIDAK mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum yang akan datang kerna sebab sebab tertentu..

Menjadi guru adalah tugas yang mulia..Guru adalah golongan yang menyampaikan ilmu kepada umat manusia..daripada mengajar ABC 123,hinggalah ke tahap yang sukar sekali,semuanya tugas guru..

Aku menyanjung kemuliaan tugas sebagai seorang guru..

Namun begitu,muridmu ini amat amat kecewa dengan tindakan menteri dari parti Barisan Nasional memperlekehkan perananMu sebagai seorang guru..

Apakah muridmu ini merapu..?

Tidakkkk guru ku..utnuk mengetahui maksudku...

klik lah link ini (klik sini klik sini:) )

Tengok betapa menteri ini tidak peka terhadap mu..

Guru guruku..

Kamu sendiri tahu..

Antara banyak banyak petugas awam di Malaysia..

Gurulah yang paling banyak diabaikan..

Tengok sahaja pada rumah rumah guru,flat guru yang disediakan kepada para guru..

Bandingkan dengan kemudahan perumahan yang disediakan kepada pegawai bank kerajaan, polis2,pegawai di jabatan kastam dan sebagainya..bagai mahligai...tapi untuk mu?

Muridmu ini tahu...guru tidak memandang semua ini..

Kamu menyampaikan tugasanmu dgn ikhlas..

Tapi tidak sanggup lagi melihat keadaan mu..

Pakatan RAKYAT telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada para guru..untuk sekali.... berilah mereka peluang wahai guru guruKu..

Pilihlah Pakatan Rakyat..tinggalkan Bn..ubah untuk lebih baik...

(SUMBER )

Thursday, December 23, 2010

umNO terdesak...guna pelajar sekolah untuk kempen..


Tanda tanda umNo dah nazak..

Bila dah tahu dirinya akan lingkup..

Sekarang bukan hanya media massa,media elektronik jadi alatnya untuk berkempen..

Tetapi juga pelajar sekolah rendah..

UMNO dipercayai memberi bantuan berhelah kepada pelajar yakni sebuah beg sekolah setiap seorang..

Agenda jahatnya terdapat pada beg dimana lambang busuk umNo dan bn terdapat pada beg tersebut..

Inilah kempen halus oleh BN..

Yang semakin nak mampos..

muahahahaha..


Papa gomo tidak reti dosa pahala ...?

KOTA BHARU 22 Dis. - "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala," demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai pendedahan sebuah blog berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad ditangkap kerana berzina dengan isteri seorang guru di atas kereta api.

Beliau berkata, blog juga yang telah membuat laporan tidak betul dan mengarut bahawa rumah menantunya, Abdul Ariffhami Ab. Rahman diserbu oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu malam dan anak perempuannya pula bertindak memaki-hamun anggota suruhanjaya berkenaan.

Katanya, SPRM kemudiannya membuat keputusan menutup fail kes berkenaan setelah mendapati tiada kes untuk pertuduhan membabitkan Nik Abdul Aziz dan menantunya itu yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Malaysia ini suasana dia, suasana tak reti dosa pahala. Inilah yang menyebabkan hakim syarie ditangkap rasuah.

"Hakim syarie ini belajar syariah dan dia bertugas di mahkamah syariah, adakah masuk akal orang macam ini ditangkap rasuah.

"Inilah suasana Malaysia, macam tak ada agama, baik sikit daripada komunis, komunis tak ada tuhan langsung, tapi kita ada tuhan, buat apa," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas pendedahan blog papa gomo menerusi klip video di mana seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Saidi Hussin mendakwa telah menangkap Saipul Bahrin di dalam koc orang kenamaan (VIP) kereta api bersama seorang wanita yang didakwa isteri seorang guru ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.


PAPA GOMO WAJIB BERTOBAT!!!

fitnah zina oleh blogger umNo terjawab..

PASIR PUTEH 22 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.(UMO)..


BLOGGER UMNO MAIN FITNAH 24 JAM ITULAH KERJANYA...

GUA TAK FAHAM MACAM MANA BLOGGER YANG MENYEBARKAN FITNAH TERSEBUT BOLEH DUDUK SENANG2..

TANPA RASA BERSALAH..

INI LEBIH TERUK DARI YAHUDI..

INI LEBIH TERUK DARI MUSRIKIN MEKKAH DAHULU..MEREKALAH PENGIKUT DAJJAL..

YANG MENYEBAR FITNAH SETIAP MASA..

Senarai semak modal umno untuk pecahkan pakatan rakyat yang dah basi..


KARPAL ANTI ISLAM { X }

DAP anti ISLAM { X }

KERAJAAN PERPADUAN { X }

KES LIWAT ANWAR { X }

PERPECAHAN DALAM PKR { X }

PENYELEWENGAN DALAm
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN { X }

Nampaknya...senarai di atas lah peluru besar umNo selama ini untuk tembak Pakatan Rakyat,tapi gamaknya,dengan izin Allah,peluru peluru tersebut telah berjaya ditapis dan dihancurkaN sampai jadi abu..

Gua terfikir juga..Apa lagi modal yang umNo BN ada untuk menolak sokongan rakyta terhadap Pakatan Rakyat..

Ada lagi ker isu untuk BN ??

Gamaknya..

Hanya ketuanan melayu dapat dilaungkan umNo untuk menarik sokongan melayu..

MCa ( Make Chinese Angry) dah perlu bersedia untuk bungkus..

MIC(Make Indian Crying ) dan boleh letak kalungan pada benderanya..

parti baru KITA perlu sedia untuk jadi bahan ketawa..

Najib dah boleh buat passport ke Mongolia..

Rosmah dah boleh siap siap untuk ke Algeria..

Madeyyy...(emmm,xpe lah,dah tua nangka mamat kutty ni)

Khairy dah boleh daftar untuk uji bakat lakonan mahupun masuk bidang model model nih..

Ibrahim Ali dah boleh masuk ZOO..

Zul 4 Kulim dah boleh tembak diri sendiri..

Zambry abdul Kadir dah boleh simpan2 untuk balik kampung tanam jagung..

Zaid Ibrahim....hehe....lantak la mamat ni..


Pakatan rakyat akan gulungkan BN tahun depan.....insyAllah..

Wednesday, December 22, 2010

SeRtAi pAkAtAn NO bAnTuAn... :)


Ini memang dasarrr samseng taik minyak la..

Beberapa jam selepas 40 ahli Umno dan MCA Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson menyertai KEADILAN baru-baru ini, sekumpulan ahli parti itu khususnya dari Umno mengugut akan menyekat bantuan untuk mereka yang keluar parti.

Jurucakap kumpulan itu, Isa Othman berkata, ugutan itu berlaku kerana pimpinan Umno BN cukup terkejut dengan tindakan drastik masyarakat di kampung itu yang mula berani memperjuangkan hak mereka.

“Umum mengetahui Telok Pelanduk merupakan kubu kuat Umno BN sejak sekian lama dan apabila kami secara beramai-ramai keluar parti, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan pihak Umno BN.

“Sebab itu, mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada penduduk yang keluar parti walhal berpuluh-puluh tahun kami diabaikan,” katanya kepada Keadilan Daily.(BACA PENUH)

Fitnah BN makan diri sendiri..


Banjir di Kedah telah membawa pemimpin tertinggi umNo termasuklah Najib Razak untuk tunjuk muka kepada rakyat dan memberi bantuan..

Antara bantuan yang diberikan adalah tilam dan wang bantuan sebanyak rm500..

Namun,menurut satu sumber,bantuan bantuan yang diberikan adalah hanya untuk ahli umNo sahaja..

Itu pun hanya ahli umNo yang dipilih oleh jkkkp sahaja..

Maka,Ahli umNo biasa yang lain,penyokong pakatan rakyat dan penyokong atas pagar terpaksa putih mata sahaja...

Selama ini media-media propaganda BN mencipta fitnah kononnya agihan bantuan sama ada yang datang dari Kerajaan Negeri atau PAS hanya untuk ‘penyokong mereka’ sahaja. Kini fitnah jahat dicipta itu memakan diri sendiri keraja ternyata BNlah yang melakukan kerja berat sebelah itu.

perkara berkaitan anda semua bolehlah baca DI SINI..

Tuesday, December 21, 2010

Karpal puji PAS, terima Islam agama rasmi

umNo nak kata apa dah??

Tapi..umNo pasti tetap akan kondem karpal..dah xleh sebelah kanan,dia kondem sebelah kiri..umNo sialll

Monday, December 20, 2010

umNo dan yahudi...errmm...2x5 jerk..


1.Umno tak mahu Islam(terima dasar islam ambik nasionalisme ideologi yahudi) = Yahudi tak mahu Islam

2. Umno tolak hukum Islam (hukum hudud,tutup aurat dsb) = Yahudi tolak hukum Islam

3. Umno cuba buang perkataan Islam = Yahudi cuba buang ...
iman orang Islam

4. Umno rampas kuasa di Perak = Yahudi rampas kuasa pemerinah HAMAS

5. Umno bertindak zalim kepada orang Islam(sila rujuk cth gambar buaya diatas) =Yahudi bertidak zalim kepada orang Islam

6. Umno pukul orang demoinstrasi = Yahudi pukul orang demonstrasi

7. Umno tipu parti pembangkang(kes royalti,rasuah dsb) = Yahudi tipu parti pembangkang HAMAS

8. Umno anjur kerja-kerja maksiat = Yahudi penganjur kerja-kerja maksiat

9. Umno sekat bantuan kepada rakyat Islam di Negeri pembangkang dan bagi pada kronies(JPP) = Yahudi sekat bantuan kepada rakyat Islam

10. Umno hentikan bantuan kewangan ke SAR = Yahudi suruh hapuskan SAR

11. Umno lesen kan judi = Yahudi penggerak judi

12. Umno lesen kan arak secara bermaharajalela = Yahudi galakkan umat Islam minum arak

13. Umno lesen kan media perosak akhlak umat Islam = Yahudi suka akhlak umat Islam runtuh

14. Umno tipu dalam perbincangan, damai dan perpaduan = Yahudi tipu dalam perbincangan dan perdamaian

15. Umno kurang mengajar subjek Agama Islam dan tekankan nasionalisme = Yahudi arah tutup sekolah agama Islam

16. Umno hanya bantu@tolong penyokong umno = Yahudi buat tembok biar rakyat yang bukan yahudi tiada ekonomi dan makanan

17. Umno biarkan web-web internet yang penuh maksiat = Yahudi penaja dan pencewtus idea masiat di internet supaya di tonton umat Islam

18. Umno rampas tanah umat Islam = Yahudi rampas tanah umat Islam

19. Umno runtuh masjid = Yahudi runtuh masjid

20. Umno tindas PAS, Keadilan dan DAP = Yahudi tindas HAMAS dan PLO

KALAU ADA TAMBAHAN PERSAMAAN UMNO DAN YAHUDI SILA SENARAIKAN..

sumber di sini

Zul 4 Kulim yang ...

kah..kah..kah..

Tengok mamat di satu ketika dahulu..

Hari ni duk maki ANwar..

Hari ni duk kutuk pakatan rakyat..

Hari ni duk kutuk PKR..

hari ni duk pertahankan umno..

Hari ni duk cakap sal APCO..

tengok gambar ni dulu..

Tiru gaya Anwar..

Mungkin nak jadi Anwar..

Guna populariti Anwar..

Makin gua tengok..

Makin gua rasa nak maki j...

ZUL 4 KULIM..

zul 4 tanjung rambutan is better...

ZUlkifli Nordin lebih busuk dari tahi...buuuekkk

DSAI ternyata masih dihormati..ramai lagi yang celik :)


Gua terpanggil untuk meletakkan komen seorang pembaca n4 semalam yang bertajuk memang nyata Anwar anugerah Allah buat malaysia..Harap dapat konsi bersama,dan membuka mata sebahagian orang yang menentang perjuangan murni Dato Seri Anwar Ibrahim..
Hamba Allah tersebut menamakan dirinya sebagai otaklunyai...
otaklunyai said...

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya merasa terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap tulisan saudara mengenai Anwar.

Pernahkah orang2 melayu yang kononnya terlalu islam berfikir dalam hampir 26 juta rakyat malaysia hanya ada seorang manusia yang sanggup dan diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk melawan kemungkaran umgok yang zalim secara berdepan dan berani.

Apa yang kita perlu lakukan adalah berjihad untuk menyokong beliau didalam perjuangan untuk menghapuskan kezaliman, kemungkaran dan kesesatan yang nyata yang dibawa oleh pemerintah yang ada sekarang yang saya kira telah menjadi kewajipan kita sebagai umat yang mengaku Islam kerana semua ini akan diperhitungkan kelak dihadapan mahkamah Allah Rabbuljalil.

Sekurang-kurangnya kita boleh menyatakan sumbangan kita dalam menyokong golongan yang menentang kezaliman dan menyokong golongan yang berjuang untuk menegakkan Kalimah Allah sebagai cara hidup.

Namun disebalik fitnah yang dihadapi oleh beliau sehingga kini ada kurniaan Allah S.W.T. kepada beliau yang mungkin kita alpa.

Allah yang maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani pasti mengurniakan pahala setiap hari malah setiap detik kepada beliau atas segala fitnah, kezaliman dan kekejaman yang beliau dan keluarga beliau tempuhi kini.

Semoga sekeluarga akan dikurniakan hidayah dan kesabaran untuk menghadapi kezaliman ini.

Dan Insyaallah diakhirat kelak orang2 yang melakukan fitnah ini dan bersama bersubahat samada dengan menyokong, mempercayai, tidak membenci didalam hati malah secara langsung melakukannya, akan membayar segala dosa itu dengan pahala mereka malah akan menanggung pula dosa pihak yang difitnahkan semasa didunia.

Allah S.W.T telah memberi petunjuk dan amaran bahwasanya segala tuduhan zina atau liwat wajib dihadikan 4 orang saksi yang adil. Tanpa 4 orang saksi itu maka tuduhan itu adalah fitnah. Kita ynag mengaku Islam ini sewajibnya beriman kepada perintah Allah ini sekiranya gagal kita telah melakukan salah satu dari dosa besar. Cukup mudah untuk kita mencari jalan penyelesaiannya tetapi kita tidak yakin dengan ayat2 dan perintah Allah.

Dan ada firman Allah yang bermaksud "sekiranya datang suatu berita hendaklah kamu selidiki terutama berita dari orang2 fasik supaya kamu tidak menyesal"...

Apakah tahap keimana kita kepada perintah Allah, Al-Quran dan Hadith. Apakah cukup dengan mengadakan tilawah Al-Quran setiap tahun sebagai tanda keimanan itu atau sekadar menipu dan menyesatkan rakyat dan masyarakat. Wallahualam

MMemang nyata Anwar anugerah Allah buat Malaysia

Oleh IBNU OMAR AT-TELUNGI

KETIKA mengikuti kenyataan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR pada Kongres ke-7 di Petaling Jaya pada 28 Disember lalu yang mengatakan bahawa Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah Allah untuk rakyat Malaysia maka saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan daripada seorang rakyat berfikiran bebas dan kritis.

Ulasan ini tidak sesekali bersifat mengampu ataupun memihak kerana saya adalah seorang rakyat Malaysia yang tidak diikenali oleh Anwar hatta jika saya tidak menggunakan nama samaran sekalipun.



Dan saya bukan ahli parti PKR dan tidak berniat pun menyertai PKR. Oleh itu, tulisan saya tentang Anwar tidak bersifat memuja atau menyokong membabi buta tetapi berdasarkan sejarah perjuangan beliau dan fakta yang akan saya bentangkan.

Bagi saya kenyataan Wan Azizah itu adalah tepat sekali kerana Anwar adalah satu-satunya tokoh politik negara Malaysia yang banyak sekali menerima tribulasi dipenjara beberapa kali dan juga pernah menikmati peranan sebagai antara orang penting di dalam mencorakkan pemerintahan Malaysia.

Sejak muda lagi jiwa beliau bersifat kerakyatan dan banyak memperjuangkan nilai-nikai keadilan dan kemanusiaan.

Di zaman beliau menuntut tahun 70- an beliau antara orang yang ke depan memperjuangkan nasib rakyat miskin di Baling pada masa itu. Dan itulah rasanya kali pertama beliau meringkok dalam tahanan (ISA). Walaupun semasa zaman beliau itu para graduan sangat mudah mendapat kerja yang bergaji lumayan tetapi beliau memilih untuk bersama berbakti kepada rakyat dengan mengketepikan kemewahan peribadi. Sebab itu beliau menubuhkan Yayasan Anda untuk memberi pendidikan kepada rakyat yang miskin menuntut pelajaran dan bukan sedikit Memang nyata Anwar anugerah Allah buat Malaysia mereka yang berjaya dalam pelajaran hasil keluaran dari yayasan itu.

Pendidikan dan penghayatannya dalam agama Islam dan gerakan Islam juga amat kuat memandangkan beliau pernah memegang jawatan paling tinggi dalam ABIM. Kemasukan beliau dalam kabinet pun mengambil masa yang lama setelah ramai rakan-rakannya telah kenyang dan mewah dengan bekerja kerajaan atau dah lama terlibat menyertai kabinet dan orang kuat kerajaan. Itupun kerana merasakan itu adalah cara yang sesuai untuk memperjuangkan Islam dan nasib rakyat. Kemasukannya itu ada baik dan buruknya.

Kebaikannya ialah banyak juga isu rakyat marhaen yang diperjuangkannya. Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang semua orang tahu yang tak perlu diulas dengan terperinci sebab dah banyak tulisan dan buku tentang beliau. Keburukanpun banyak juga di antaranya wujud sedikit perpecahan di antara jemaah Islam yang ada dan umat Islam menjadi keliru untuk mengenal yang mana satu Islam yang tulen.

Tidak sedikit segala ucapan Tun Mahathir serta dasar-dasarnya walaupun bercanggah dengan Islam dan kepentingan rakyat tetapi kuat disokong oleh Anwar kerana Tun Mahathir adalah bosnya pada masa itu. Saudara Ahmad Lutfi Othman yang sentiasa memerhati gerak geri beliau tentu lebih maklum tentang perkara ini. Pada masa itu lah beliau mengecapi segala kesenangan dan kekuasaan sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Malaysia.

Ketokohannya di dalam negara dan luar negara usah diperkatakan lagi. Setelah nampak tanda-tanda ia akan menjadi orang nombor satu memimpin negara maka beliau pun dijatuhkan dengan tuduhan rasuah, liwat dengan beberapa orang, melanggan pelacur dan zina dengan isteri orang melalui mahkamah, buku atau tulisan yang cuba mengaibkannya.

Setelah lama mengecapi kemewahan dan kemahsyuran maka bermulalah semula penderitaannya diperlakukan dengan tuduhan yang amat jijik, diperlakukan seperti banduan jenayah berat, dibogelkan, ditumbuk sehingga matanya lebam, dan dipenjara semula beberapa tahun.

Akhirya, sedikit demi sedikit kebenaran memihak kepadanya setelah mahkamah sedikit demi sedikit membersihkan namanya dari segala tuduhan itu dan para penuduh dan pemfitnahnya menerima balasan atau pun makin dilupakan orang.

Anwar mengepalai KeADILan dalam keadaan orang menganggap tiada masa depan berhadaan dengan gergasi BN dengan segala bala tenteranya.

Ujian datang lagi dengan orang kuatnya seperti Ezam yang sangat gigih membelanya sehingga sanggup dipenjara sekarng menjadi antara pejuang di barisan depan dalam mengutuk dan memakinya.

Ditakdirkan Allah KeADILan dengan gabungan parti pembangkang DAP dan PAS memenangi banyak kerusi dalam tsunami pilihan raya tahun 2008 dan akhirnya beliau berjaya menjadi pencatur politik utama di Malaysia.

Malangnya ujian datang lagi di mana tuduhan liwat dengan skrip lama tetapi pelakon baru menerpa menguji kesabaran buat sekian kali dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan meringkok di dalam penjara atau pun terlepas dari tuduhan itu.

Kalau mengikut ramalan Subky Latif dalam tulisannya , Harakah 6-9 Disember 2010, menyimpulkan bahawa untuk memastikan beliau tak dapat bertanding dan akhirnya menjadi pemimpin Malaysia maka cara nak hapuskan politiknya ialah dengan membiarkan ia meringkok dalam penjara kerana kes liwat yang dihadapi sekarang ini.

Nampaknya penjara seperti rumah kedua kepada beliau. Beliau nampaknya sangat berani menghadapi sepak terajang pemerintah sekarang ini.

Saya secara peribadi walaupun usia muda melebih 20 tahun berbeza dengan beliau terus terang saya katakan tidak sanggup menghadapi tekanan pihak polis, dilokap, direman, penjara, diISA, ditumbuk, dibogel dan berpisah dengan anak isteri.

Tetapi beliau dengan tenang nampaknya masih sanggup menghadapi itu semua walau usia dah lebih 60 tahun! Sebab itu saya tabik kepada beliau dan tidak semena-mena ketika menziarahi rumah terbuka hari raya hampir 4 tahun yang lampau saya mencium tangan beliau ketika bersalam kerana mengkagumi ketabahan beliau menanggung keperitan ujian dan tribulasi itu. Beliau tidak perasan sedikitpun kerana ribuan orang yang bersalam dengannya dan langsung tak kenal saya sehingga sekarang ataupun sampai bila-bila.

Itu saya tak kisah kerana saya tiada kepentingan dalam tulisan ini. Syabas Anwar, kalau anda dah jadi PM jangan sombong dan ingatlah betapa peritnya dizalimi seperti anda pernah dizalimi supaya bila anda memerintah maka anda tidak akan berani menzalimi rakyat walau sezarah pun!

Memang anda anugerah Allah untuk Malaysia baru kerana siapakah tokoh politik di Malaysia ini pernah lalui dua perkara yang amat berbeza iaitu menahan penderitaan sebegitu rupa dan mengecapi kesenangan sebegitu rupa dalam sejarah perjuangannya hatta tokoh pejuang di zaman awal kemerdekaan dulupun.

Kuala Terengganu

sumber asal

Saturday, December 18, 2010

PKR Terengganu dok rok chetong...


Parti Keadilan Rakyat Terengganu Diarah Kosongkan Premis Pejabat Kerana Gagal Bayar Sewa Bulanan Tertunggak Lebih Enam Bulan.

Pejabat PKR (selepas ini dirujuk sebagai Perhubungan Negeri) yang terletak di Gong Kapas telah diarahkan oleh pemilik premis berkenaan supaya mengosongkan segera premis berkenaan setelah sekian lama gagal membayar sewa premis berkenaan. malahan pihak pengerusan bangunan juga gagal membayar sewa utility menyebabkan bekalan eletrik, Air dan telefon sudah di potong. Menurut sumber risikan BN sokmo yang dilakukan, pintu masuk utama ke pejabat yang menggantung billboard Anwar Ibrahim itu telah dipecah masuk.

Penyewa gagal membayar sewa dan menurut ceritanya, meminta supaya pemilik premis menjual aset dalam bangunan itu bagi menampung saki baki bayaran sewa yang tertunggak melebihi RM 15 Ribu.. Apa yang terjadi sekarang ialah, sewa premis bangunan Perhubungan keadilan ditaja oleh saorang ahli Perniagaan yang telah bergolok bergadai dan tidak dihargai dan jawatan beliau sebagai bendahari dengar kabarnya tidak dilantik lagi...

Satu pejabat perhubungan Negeri pun PKR tak boleh urus macam mana nak uruskan Malaysia? BN dan Umno Terengganu telah kehilangan lawan, Pas dan DAP memang selama ini hanya bergantung harap pada isu yang dicipta Anwar Ibrahim sedangkan Parti Anwar Ibrahim tidak pernah mendapat tempat dipentadbiran Pas Terengganu. Kepimpinan Pas Terengganu macam tikus jatuh dalam beras..senyap sesenyapnya atau masih bergatung harap pada realiti kerajaan Perpaduan...(sumber)

Adakah PKR negeri sudah tidak lagi releven?

Tidak dinafikan,walaupun PKR sebuah parti yang gah di peringkat pusat,tetapi di peringkat negeri(terengganu khususnya),ia teruk,jijik dan lembik..


Pemimpin pemimpin PKR negeri lebih teruk dan gila kuasa dari umNo negeri Terengganu,..


siapa cakap??


Gua la cakap....

Mana gua taw??


gua taw la...

nak taw betul ka tak betul...tanya
brader ni...

Monday, December 13, 2010

Solat ...


As a muslim ...kita sebagai umat islam,rukun pertama kita..perkara wajib yang pertama bagi kita sebagai hamba Allah yang kita harus tunaikan adalah solat..Sesiapa sahaja,yang berpegang pada kalimah " la ila ha illallah muhammad rasulullah",wajib menyempurnakan ibadat wajib ni.

Apa dia solat ni?Mudah cerita kawan kawan,solat ni adalah satu cara bagi kita umat islam,untuk menyembah tuhan kita yakni Allah.

Dalam islam,terdapat 5 solat wajib sehari semalam,dimulai dengan Subuh sebanyak 2 rakaat,Zohor dan Asar sebanyak 4 rakaat,Maghrib 3 rakaat dan Isya' kembali 4 rakaat.

Kawan kawan semua,kita ni,sedar ke tak sedar,berada di atas sebuah planet yang dinamakan sebagai bumi..

Nak gtaw kat korang,bumi ni bukan tok nenek kita yang cipta,bukan mak bapak kita yang hasilkan,bukan ahli sains dari barat yang wujudkan,tapi semuanya dari Allah..

Jadi tak faham faham lagi ke? dimana dikita menumpang sekarang??selain duk atas bumi Allah,kita juga hirupp udara Allah,minum air Allah,makan nasi Allah,kenapa dengan begitu banyak nikmat kita dapat dari Allah,nak solat 5 kali sehari,10 minit sekali pun tak sempat ke?

Solat tiang ugama kawan kawan,saing saing,jangan duk lupa,kalau Korang ngaku korang ni penganut agama islam,tapi kalau tak solat...perghhh,maaf la cakap...agama anda dah lama runtuh beb..

Satu lagi yang biasa kita dengar tentang solat adalah "Beza antara orang islam dan kafir adalah solat 5 waktu sehari semalam",haa,kita pernah dengar,selalu dengar ustazah ustazah cakap,tok iman di kampung cakap,tapi ramai di antara kita tak terasa pun,orang nak samakan kita dengan orang kafir,tak de yang segera pergi solat sebab tak nak sama dengan orang kafir, muda yang bikin 'derk' j..

Guana gamok kaau kita ubah sikit dari 'beza antara orang islam dan kafir ni adalah solat lima waktu' kepada "beza antara orang islam dan beruk adalah solat lima waktu"..haaa,ini baru kool..jadi ingat la kawan kawan,kalau korang tak solat,tak lama korang dengan beruk 2x5 je..nak je??haa..

"si fulan ni tak pernah saya nampak solat,ngaji quran,begitu juga dengan beruk di rumah haji mat,tak pernah solat,ngaji quran,jadi si fulan tu kira anak beranak beruk la,dah masing masing sama je,"haaa...nak ke disamakan gitu kawan kawan??

Bagi saya,korang nak bercinta ke,merempit ke...go on je la,tetapi ingat!!!!!solat jangan lupa..Ingat siapa kata..ok boss??

Jadi remaja....JOMMMMM SOLAT!!!!

Saturday, December 11, 2010

PRU13..Persediaan yang diabaikan

Walaupun pemilik punya Malaysia,Najib Razak masih belum mengumumkan bila dia nak bubarkan parlimen seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13,tetapi pakatan rakyat yang bercita cita nak tawan putrajaya pada PRU seterusnya harus bersedia sekarang,bak kata cikgu pelajar STPM 9 bulan yang lalu

"kamu semua ni masih lama nak exam,tapi lebih baik sedia awal2,jangan di saat akhir,kecundang".

Jadi pimpinan belaka perlu'study2' untuk berperang nanti..

APA YANG PERLU DILAKUKAN??

Ini perkara penting selalu dibuat di saat akhir,

1.Study kawasan..Setiap parti harus bersedia sekarang untuk kenalpasti kawasan mana yang mahu dipertandingkan,bincang betul betul dalam Pakatan Rakyat,jangan nanti gaduh gaduh pulak bila ahli PKR mahu jadi calon di kawasan yang PAS atau DAP

2.Study calon..Parti perlu pilih calon yang betul betul baik bermula sekarang,bukan nanti sebulan nak PRU,nanti berulang kesilapan lepas di mana calon longkang pun dipilih,itu pasal jadi lompat parti,ADUN terima rasuah seks,..kalau boleh,setahun nak PRU,sediakan dah calon,nilai betul betul,kalau rasa tidak sesuai,ada masa lagi nak tukar.

3.Study pengundi..Parti harus gerakkan jentera sekarang,tengok apa sikap pengundi,kegemaran pengundi,apa yang pengundi di kawasan tu nak,dan apa jua ciri ciri calon pilihan pengundi,pengundi nak dari parti mana dalam PR(PAS,PKR,DAP)

4.Study kelemahan ADUn sedia ada..samada dari parti lawan mahupun dalaman sendiri.Jika yang pihak sendiri,andai ada keburukan,kelemahan,repair,kalau dah tak leh repair,buang,ambil yang lain,..kalau dari pihak lawan,sebarkan keburukan dia tu,cam rasuah ka,seleweng harta rakyat ke,pernah jadi perogol ka,jadi rakyat tak selamat,jadi kita bukan serang peribadi,tapi memperingati pengundi awal2..:)

5.Bakal calon,perlu tunjuk muka awal awal lagi,pergi jenguk rkyt sebagai 'wakil parti',biar rakyat kenal,bukan nak time nak mengundi je..(Ni sebab calon perlu dipilih awal)

Jadi kepada yang berkaitan..BERSIAP SEDIALAH..

Friday, December 10, 2010

Perkara yang gua tidak puas hati dengan Anwar Ibrahim..

Dato Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh politik terhebat tanah air..beliau merupakan pemimpin yang paling berkarishma,hebat berpidato,serta berani..Dari usia muda lagi,beliau menjadi ikutan anak anak muda..

Beliau juga pengasas kepada Angkatan Belia Islam Malaysia yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu,satu persatuan yang terus mengangkat Anwar sebagai pemimpin anak muda..

Kemudian,dipendek cerita,beliau telah join umNo pada awal tahun 80-an,ini adalah tindakan yang agak mengecewakan ramai tetapi dari pandangan jauh,ia sebenarnya memberi kebaikan kepada Anwar dan pembangkang.

Dato Seri Anwar dipecat dari umNo pada 1998,dan tertubuhnya keADILan selepas pemecatan beliau..

Tip..top..tip...top..

Beliau bebas pada tahun 2004,ini satu berita gumbira,beliau skrg boleh memimpin parti anti umNo dan membantu tokoh tokoh yang membantunya dan menyokongnya disepanjang beliau dipenjara walaupun ketika DSAI ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap timbalan presiden umNo,beliau memang tak pernah beri muka pada PAS dan DAP..

Apapun,kembalinya DSAI membawa semangat baru kepada rakyat dan parti pembangkang..

Tetapi,sepanjang beliau memimpin PAKATAN RAKYAT,terdapat beberapa tindakan beliau yang gua tidak puas hati..

Perkara yang gua amat sangat sangat tidak puas hati terhadap ANWAR adalah Berkenaan Ezam Mohd Nor..

12 tahun lalu,Ezamlah yang begitu kuat membela DSAI,Ezam lah yang sanggup tinggalkan keselesaan demi perjuangkan DSAI,Ezam merantau ke negara lain seperti indonesia kerana DSAI,beliau telah berjuang bermati matian demi mangsa kezaliman iaitu Anwar IBRAHIM,tetapi bila Ezam "merajuk' Anwar tidak cuba untuk "memujuk' Ezam kembali..

Gua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.tetapi alasan yang diberi Ezam kerana join umNo bagi gua hanya perkara yang bukan menjadi faktor utama Ezam menjadi anti ANWAR..mesti ada perkara yang membuat beliau "merajuk" dengan Anwar..

Ezam mungkin salah,DSAI mungkin salah,tetapi andainya Anwar mampu "memujuk" Ezam sebagaimana DSAI dapat memujuk rakyat Malaysia untuk mengundi pembangkang pada pru 12,pastinya Ezam masih bersama pr.

Pendek kata,jika Anwar bertindak menyelesaikan ketidak puasan hati EZAM,insyAllah,tidak berlaku perkara seperti hari ini.Jika anwar salah,minta maaflah padanya,dan jika Ezam salah,tegurlah secara betul.

Ezam sebenarnya cuba menikmati perjuangannya terhadap Anwar tika dahulu,tetapi beliau gagal,DSAI tidak pun membela dan menyanyangi Ezam,dan meranalah Ezam,kerana itu beliau keluar pkr dan menyertai umnO..

ps-hanya pandangan peribadi gua..

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts