Thursday, February 25, 2010

Zambry saman Presiden PKR berikutan isu "pengganas".


Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.


Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Zambry (kiri) menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat...baca lagi

hak..hak..hak...(gua batuk,kena ketawa cam ne,ahad lepas,gua hilang 90% suara,hehe)..

Saman la zombie oi....

semakin tersebar berita ni..

sebelum ni,yang tak baca SK,HRKH n so on yang berkaitan,tidak tahu mengenai perkara ini,tapi bila dah saman,pasti akan keluar berita punya,baru rakyat PERAK sedar rupanya MB mereka pernah "DISYAKI"pengganas di luar negara,..

bab saman menyaman ni,tak leh ke rakyat Perak ramai ramai saman Zambry atas apa yang dia dah lakukan terhadap negeri Perak yang tercinta...kacau bilau disebabkan zombie nih....meh ada yang berani saman dia??

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts