Monday, February 15, 2010

Dr.Asri patut lebih layak duduki kerusi Presiden PAS berbanding Hadi.

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 15 — Dr Asri Zainul Abidin mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad sambil berpendapat bahawa kerajaan-kerajaan negeri selain Selangor juga wajar mengkaji semula enakmen melarang bukan Islam menggunakan sejumlah perkataan dan ungkapan tertentu.

Bekas mufti Perlis moderat itu berpendapat langkah meminda Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 perlu dilihat dari sudut keperluan dan perkembangan semasa.

“Ya, saya juga rasa cadangan itu perlu dilihat (oleh kesemua 10 kerajaan negeri) dari segi perkembangan semasa... kehendak dahulu dan sekarang yang tidak sama sekali.

“Kalau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dikaji, takkan perkara ini tidak boleh dikaji,” kata beliau sambil menambah, ada banyak perkataan dan ungkapan yang dilarang daripada digunakan oleh bukan Islam dalam konteks seharian.

“Macam mana kita hendak mengembangkan agama kita jika dari awal-awal lagi kita juga menyekat mereka (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan perlu untuk mengeluarkan garis panduan yang jelas berhubung soal itu.(baca lagi di malaysianinsider)

Walaupun Dr.Asri ni bukanlah tokoh politik,juga bukan ahli politik,dilihat pada pemikiran beliau yang jelas dan sesuai dengan kehendak zaman,beliau lebih layak terajui PAS berbanding Hadi.

Lihat tindakan serta pemikiran beliau mengenai kalimah Allah di atas,dan anda boleh baca penuh di link yang gua berikan..gamaknya,beliau lebih cerdik dalam soal antara agama berbanding Hadi..

Pemikiran islam beliau 'cantik" sebagai ahli Politik,dan sekiranya beliau sertai politik,pasti mampu menjadi tokoh politik yang disegani..

Hadi????Hang pa pi la bersara nuh...buat nyusah jer....lu ingat kita olang tarak tahu ka jawatankuasa disiplin pas punya keputusan tu,ada orang halimunan yang kasi keputusan..gua muskil macam mana Khalid yang banyak berjasa pada PAS dilakukan sedemikian rupa,dan Hasan Ali si penderhaka itu selamat dari hukuman berat melainkan amaran je..eh,bukan ke ko (hadi)yang lantik dia jadi PSJAYA PAS slngr?? awat,kalau dia dihukum,nama ko akan tercemar ke?

1 comment:

Anonymous said...

aku tengok ko ni anti betul ngn hadi.. hehehehe

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts