Wednesday, March 2, 2011

Kisah ustaz Azhar ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..


Penulis ingin berkongsi satu cerita yang penulis dengar dari ceramah ustaz Azhar Idrus semasa program himpit tidak lama dahulu..(ceramah itu ada online,nanti saya bagi link)


Kisahnya berkenaan orang yang memandang rendah mereka yang berjuang untuk islam,memandang rendah orang yang berdakwah.


kononnya orang yang berjuang untuk islam itu jumud dan kolot..


Padahal,realitinya,islam tidak menghalang kemajuan,bahkan ramai orang yang berjuang untuk islam hidup kaya raya dan mewah ..


Kisahnya bermula begini,tak kala ustaz minum air di sebuah warung,kelihatan 3 orang yang memakai songkok tinggi...Dibualkan oleh mereka bahawa orang yang berjuang untuk islam itu "tak rok chetong"..


Katanya,berjuang untuk islam bukan dapat wang,dapat projek...Kemudian si pemakai songkok tinggi itu pun pujilah kemajuan di zaman pemerintahan tahun 2004-2008 di Terengganu..


Tujuannya mungkin untuk sindir Ustaz tika itu..


Kemudian,dengan takdir Allah,datanglah seorang sahabat lama ustaz yang baru pulang dari 'draw wang di bank' lalu dengan selambanya ustaz itu 'cong' sahabatnya


"Eh,nanti ko ambik duit rm170 ribu bawa mari rumah aku"


maka terloponglah muka si pemakai songkok tinggi itu ..


(ustaz sekadar 'cong' {saya tak dapat cari istilah yang sesuai,ehe},kerana si pemakai songkok tinggi itu menghina pengikut ulama)


kemudian tiba masa untuk bayar bil di kedai makan itu,


Masa si pemakai songkok tinggi yang bercakap pasal projek tadi nak bayar,dia pun keluarkan wang not RM1 beberapa keping yang kedut kedut gitu..bilnya hanyalah RM6 ringgit lebih,tetapi tika itu wang not hanya hanyalah RM5 ringgit lalu dia pun keluarkan syiling untuk membayar bil tersebut..Sedangkan tadi semasa makan dia duk bercakap soal projek dan sebagainya ..


Nampak dah disitu mamat songkok tinggi tu 'mat lebong'..ehe


kemudian tiba giliran ustaz tersebut membayar bil,tika itu ustaz ada wang Not RM10,Not RM50 dan Not RM100 ,yang Not RM 100 tu sekeping je,tetapi ustaz keluarkan wang yang Not rm 100 tu..


Bila nak bayar,kira macam tak padan kerna terlalu kecil harga yang ustaz makan,kemudian ustaz berkata kepada tuan kedai


"Tolong kirakan sekali meja tu,meja tu,dan meja tu,tapi meja yang tu (merujuk kepada meja si pemakai songkok tinggi),tak payah lah"


Maka sekali lagi melopong si pemakai songkok tinggi yang bercakap besar itu tadi ..PADAN MUKA....


kemudian pergilah si pemakai songkok tinggi keluar dari warung menghampiri sebuah kereta BMW,lalu terdetik dalam hati ustaz tersebut ,


"owh,pakai BMW,patutlah bercakap besar,"


Tapi kebetulan Allah punya kuasa,ustaz pun bukan datang dengan kereta kancil,tetapi kereta sahabatnya iaitu Golf GTI yang harganya kalau yang baru RM215K .. ehe (tapi rasanya itu kereta ustaz sendiri..ehe)


Tika si pemakai songkok tinggi itu duduk di sebelah BMW tu,Ustaz agak terkesima la..maknanya kalah jugak ustaz ..


tetapi,perancangan Allah lebih mengejutkan apabila ustaz dapat tahu,si pemakai songkok tinggi tu bukan datang dengan BMW tu,tetapi dengan motor Honda Cup yang dipakir sebelah BMW tu ...


Lalu,kesimpulan ringkas terus kita leh amik,orang yang bersama Allah jangan bimbang akan rezeki kerna sebenarnya Allah telah menetapkan rezeki kita masing masing..


Yang duk cakap pasal projek dan hila pengikut ulama tu hanya tahu bercakap..Tapi realitinya ...


Kita bukanlah mahu menghina,penulis sendiri xde motor sendiri,ehe,tetapi dia hina orang yang bersama ulama..


Tapi jelasnya Allah bersama hambanya yang berjuang untuk agamanya ..


Dan benarlah JANJI Nya, "Jika kamu membantu agama Allah,Allah akan membantu meneguhkan kedudukanmu" Allahuakbar!! ..

Klik disini untuk melayari ceramah itu secara online ... klik je sini

1 comment:

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Pro-Erdogan, pe kabor? Sedap arr citer Yob ni...slamber tapi panasss! Meh jenjalan ke blog Yong kalau sudi...Yob suka Erdogan kan? Entry Yong selalu ada citer Mamat tu. Tima kasih weh!

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts