Wednesday, March 30, 2011
Blogger pakatan Fitnah blogger Barisan
Gambar yang menampilkan seorang manusia berbaju hijau yang dihadapannya terdapat segelas gelas berjenama apa ntah,yang pasti ia memabukkan dan dikatogeri dalam spesis minuman setan bergelar arak..
Dilaporkan dalam blog blog Pro Pakatan bahawa si pemilik muka hodoh lagi gemuk dan cam babi itu adalah blogger umNo..
Gua sebagai penegak keadilan menentang 110% tindakan blogger pro Pakatan yang menfitnah bahawa gambar itu milik seorang blogger umNo ..
Setelah diselidik dalam blog yang difitnah itu,pemilik blog itu mahu pihak yang menyiarkan gambar itu membuktikan bahawa si pemilik rupa dalam gambar itu adalah dia,dan minuman di depannya adalah arak..
Iya..buktikan wahai blogger pakatan,mana tahu,air itu kopi kot..boleh jadi kopi taruk dalam gelas jenama arak ..haha
Kalau hang kata kopi mana boleh berbuih,ala,itu kopi 'pesen' baru...budak budak pakatan mana tahu ..haha
Blogger umNo itu merupakan blogger paling alim kat alam semesta,setiap entry yang menghentam pemimpin PAS diselitkan dengan laungan "TAKBIR!!!" tak kan dia minum arak kott..
Dia juga yang paling kuat menentang penjualan beer di selangor dulu kalau tak silap gua,siap sindir pas lagi sebab berkawan dengan DAP yang minum arak .. tak kan dia minum arak kottt..
Lihatlah pada entry ini dimana dia kata PAS lah sebenarnya tidak lepas dari 'take beer"
Jadi tak kan dia minum arak kottt ..
kah..kah..kah.. seronok bila orang munafik dibongkar ... kah ..kah..kah ..
mampos mampos...blogger umNo ..
http://www.perisik-rakyat.com/2011/03/blogger-umno-bercakap-soal-moral.html
Saturday, March 26, 2011
Kenapa fitnah berkait lucah diutamakan?
Lantakkan lah perkara tu ..
Yang gua munskil..
Geng sepupu sepapat dajjal tu,takde isu lain ke nak fitnah..Asyik asyik berkait seks,seks,seks..
Tu je ke dalam kepala otak biru dia orang ?
Lepas tersebar gambar lucah pemimpin bahagian mereka,..
Nak lawan balik beri video dari belah pakatan..
Malangnya tersilap pelakon yang diambil perut boroi..
mmmmm...
Lain kali..
Gua nasihat..
Buat la fitnah yang mencabar dan menguji minda sikit,ini bikin tambah dosa orang baik2 je..
Dah ramai yang tengok tu ...
Tok Guru Nik Aziz je la kalau yang tak tengok pun ..yang lain ...ehe..dalam kalangan pembaca ni pun,hampir semua tengok kan?gua je tak tengok ..
Lain kali buat la fitnah pemimpin pr makan rasuah ke..pelakon yang sama boleh digunakan dengan syarat dia dia diet 3 bulan,then telan pil 9 biji sehari ....pil kuda adalah yang terbaik ..
ermmm...
psssssttttt....fitnah kali ni mengalahkan fitnah sekor blogger setan tu ....dia pun suka bikin fitnah kecil kecilan...
Saturday, March 12, 2011
Pantun untuk rakyat Malaysia, oleh YB Husam Musa
SAMAN EKOR BERULANG LAGI
KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI
DAPAT WANG BERGUNI-GUNI
BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI
KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI
DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI
JUDI DILESEN DULU LAGI
ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI
PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
TANAH LUAS BERNILAI TINGGI
UNTUK KRONI DIBERI FREE
KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI
BUKAN RAKYAT SENANG HATI
HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI
BAWANG MINYAK TAMBANG LORI
SURATKHABAR PUSING JADI LALI
KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI
500 JUTA BARU DUIT KOPI
SIAPA TERIMA JADI MISTERI
HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI
KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI
JUAL MELAYU, JUAL NEGERI
BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI
ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI
RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI
MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI
HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI
ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI
TOK GURU DIHINA DICACI MAKI
ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI
SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI
ASAL UMNO BERKUASA LAGI
PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI
ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI
SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI
MENGAKU FIRST LADY
PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI
ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI
SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI
KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI
SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI
UNDILAH BN UNDILAH DACING
HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI
HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI?
HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI
HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI
KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI
MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI
ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI
RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI
sumber - Husam Musa -
Monday, March 7, 2011
Sajak Buat DSAI
Dalam derita yang panjang
Engkau dihina dan ditelanjang
Perjuangan murni tetap kau julang
Gerak mu menghapus durjana pertualang
Batas beranjau engkau harungi
Derita rakyat turut kau rasai
Biasan jiwa mu mekar mewangi
Gelita rakyat ingin kau terangi
Anwar Ibrahim yang aku kasihi
Sesekali engkau turut aku marahi
Bukan kerna kau aku benci
Cuma pengharapan ku terlalu tinggi
Ranjau berduri telah kau harungi
Tembok batu jeriji besi telah kau diami
Lantaran durjana Umno harami
Anwar Ibrahim yang aku kenali
Jiwa mu kental bersulam seni
Yakinlah engkau tidak sendiri
Sokongan rakyat diri mu dilingkari
Andai jasad mu dipagari lagi
Jangan gusar jangan kau ragui
Perjuangan mu akan terus disusuri
Nama mu bertatah emas dihati
Anwar,
Dalam lelah yang meninggi
Aku susun sepuluh jari
Mohon kehadrat Illahi
Agar usaha mu kan terus diberkati
Sofi
Kerajaan Rakyat
REFORMASI!!
REFORMASI!!
REFORMASI!!
Sunday, March 6, 2011
Nasihat Tok Guru kepada MahAThir
Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.
Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)
Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.
Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?
Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.
Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)
Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.
Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?
Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.
Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?
Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?
Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.
Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.
Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.
Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.
Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?
Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011
Simpan resit saman ekor anda..dan tuntut semula dengan kerajaan pakatan rakyat :Nizar
...Former Perak Menteri Besar and Bukit Gantang member of parliament Nizar Jamaluddin has urged Malaysians who had settled their postal traffic summonses to keep their receipts so that their money can be returned by a new Pakatan Rakyat government.
“Those who had paid please keep receipt to claim from new Pakatan Rakyat government!” he twitted.
Nizar also called on the PR leadership to include the abolishment of the controversial postal summonses, or 'saman ekor', to be among the reforms it promises to carry out in the first 100 days of power at the Federal level.
The government had last year announced that those who did not settle outstanding postal summonses would be blacklisted and not allowed to renew road tax as well as driving license. The deadline for settlement of these summonses ended this week, and saw tens of thousands of people thronging police stations and postal offices to pay up outstanding summonses. The government has now further extended the deadline to March 10, in a move which enables it to collect millions of ringgit worth of fines.
PAS has been at the forefront of a campaign to oppose the postal summonse, calling for its abolishment in place of a better solution to educate the public on traffic rules.
Postal summons, or 'saman ekor', allows the police to issue summons notices to motorists, ostensibly for breaking traffic rules, but without being pulled over by officers when the alleged offence took place.
PAS vice president Mahfuz Omar has been leading an intense campaign called KASE (Kempen Anti Saman Ekor) following public outcry over the government's refusal to stop the practice of sending summonses via post.
Meanwhile, PAS president Tuan Guru Abdul Hadi Awang said the party would work together with its partners PKR and DAP to solve the issue, saying ‘saman ekor’ was not the best way to educate the people on road manners.
“We understand the hardship faced by the people because of ‘saman ekor’ which denies them an avenue to seek justice, to defend themselves and to prove their guilt, and worse, the people are punished recklessly by being blacklisted as well as other unfair actions,” said Hadi.
Hadi said the postal summonses and its enforcement through the Road Transport Department's action of blacklisting vehicles slapped with such summonses had only caused problem to the public, in particular rural folks and those from the lower income bracket.
Hadi however reminded that only a PR-controlled Federal government would be able to reverse the practice.(sumber)
Friday, March 4, 2011
PERKASA TAK HORMAT AZAN...ada hati nak perjuangkan islam .
Brehim Ali duk bawah tempurung..tak nampak ahlinya tak hormat azan
Wednesday, March 2, 2011
Kisah ustaz Azhar ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Penulis ingin berkongsi satu cerita yang penulis dengar dari ceramah ustaz Azhar Idrus semasa program himpit tidak lama dahulu..(ceramah itu ada online,nanti saya bagi link)
Kisahnya berkenaan orang yang memandang rendah mereka yang berjuang untuk islam,memandang rendah orang yang berdakwah.
kononnya orang yang berjuang untuk islam itu jumud dan kolot..
Padahal,realitinya,islam tidak menghalang kemajuan,bahkan ramai orang yang berjuang untuk islam hidup kaya raya dan mewah ..
Kisahnya bermula begini,tak kala ustaz minum air di sebuah warung,kelihatan 3 orang yang memakai songkok tinggi...Dibualkan oleh mereka bahawa orang yang berjuang untuk islam itu "tak rok chetong"..
Katanya,berjuang untuk islam bukan dapat wang,dapat projek...Kemudian si pemakai songkok tinggi itu pun pujilah kemajuan di zaman pemerintahan tahun 2004-2008 di Terengganu..
Tujuannya mungkin untuk sindir Ustaz tika itu..
Kemudian,dengan takdir Allah,datanglah seorang sahabat lama ustaz yang baru pulang dari 'draw wang di bank' lalu dengan selambanya ustaz itu 'cong' sahabatnya
"Eh,nanti ko ambik duit rm170 ribu bawa mari rumah aku"
maka terloponglah muka si pemakai songkok tinggi itu ..
(ustaz sekadar 'cong' {saya tak dapat cari istilah yang sesuai,ehe},kerana si pemakai songkok tinggi itu menghina pengikut ulama)
kemudian tiba masa untuk bayar bil di kedai makan itu,
Masa si pemakai songkok tinggi yang bercakap pasal projek tadi nak bayar,dia pun keluarkan wang not RM1 beberapa keping yang kedut kedut gitu..bilnya hanyalah RM6 ringgit lebih,tetapi tika itu wang not hanya hanyalah RM5 ringgit lalu dia pun keluarkan syiling untuk membayar bil tersebut..Sedangkan tadi semasa makan dia duk bercakap soal projek dan sebagainya ..
Nampak dah disitu mamat songkok tinggi tu 'mat lebong'..ehe
kemudian tiba giliran ustaz tersebut membayar bil,tika itu ustaz ada wang Not RM10,Not RM50 dan Not RM100 ,yang Not RM 100 tu sekeping je,tetapi ustaz keluarkan wang yang Not rm 100 tu..
Bila nak bayar,kira macam tak padan kerna terlalu kecil harga yang ustaz makan,kemudian ustaz berkata kepada tuan kedai
"Tolong kirakan sekali meja tu,meja tu,dan meja tu,tapi meja yang tu (merujuk kepada meja si pemakai songkok tinggi),tak payah lah"
Maka sekali lagi melopong si pemakai songkok tinggi yang bercakap besar itu tadi ..PADAN MUKA....
kemudian pergilah si pemakai songkok tinggi keluar dari warung menghampiri sebuah kereta BMW,lalu terdetik dalam hati ustaz tersebut ,
"owh,pakai BMW,patutlah bercakap besar,"
Tapi kebetulan Allah punya kuasa,ustaz pun bukan datang dengan kereta kancil,tetapi kereta sahabatnya iaitu Golf GTI yang harganya kalau yang baru RM215K .. ehe (tapi rasanya itu kereta ustaz sendiri..ehe)
Tika si pemakai songkok tinggi itu duduk di sebelah BMW tu,Ustaz agak terkesima la..maknanya kalah jugak ustaz ..
tetapi,perancangan Allah lebih mengejutkan apabila ustaz dapat tahu,si pemakai songkok tinggi tu bukan datang dengan BMW tu,tetapi dengan motor Honda Cup yang dipakir sebelah BMW tu ...
Lalu,kesimpulan ringkas terus kita leh amik,orang yang bersama Allah jangan bimbang akan rezeki kerna sebenarnya Allah telah menetapkan rezeki kita masing masing..
Yang duk cakap pasal projek dan hila pengikut ulama tu hanya tahu bercakap..Tapi realitinya ...
Kita bukanlah mahu menghina,penulis sendiri xde motor sendiri,ehe,tetapi dia hina orang yang bersama ulama..
Tapi jelasnya Allah bersama hambanya yang berjuang untuk agamanya ..
Klik disini untuk melayari ceramah itu secara online ... klik je sini
Tuesday, March 1, 2011
Tiba masa untuk rakyat berjasa kepada kerajaan
Inilah masanya rakyat perlu berjasa kepada negara..Kalian semua tahu kerajaan kita kekurangan wang kan? jadi,WANG ANDA TERPAKSA DIDAHULUKAN untuk dibayar kepada kerajaan untuk menampung perbelanjaan kerajaan/perbelanjaan rosmah ..
Bila lagi nak berjasa pada kerjaaan??
Bayarlah saman anda :)
kalau tak bayar,camne rosmah nak sewa hotel rm100k lagi lain kali.Snanggupkah kalian lihat pemimpin kita kekurangan wang..
Duit projek x masuk..
Kroni terpaksa ikat perut?
Bayarlah saman anda..
Bersama kita memajukan insdusrti perSAMANan negara kita...
1MALAYSIA .. wang rakyat didahulukan,
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...