Tuesday, August 31, 2010
Brehim Ali pengecut...(nampak jelas beb)
YB Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar telah mencabar Perkasa(Brehim Ali) untuk berdebat mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera..tengok antara alasan raja Katak Semalaysia nih>
"Ini (Nurul Izzah) ikan bilis pada saya... budak tak lepas hingus lagi yang tak tahu sejarah perjuangan kemerdekaan. Berhingus pun dah pandai jual maruah bangsa,”(greenbox)
Keangkuhan raja katak ini juga terserlah apabila mengeluarkan kenyataan sebegini>
"Lawan saya bapa beliau, bukan beliau (Nurul Izzah). Beliau orang kecil,”(greenbox)
Nampak sangat katak ni penakut,lalu dia terus tukar topik,
"Ini isu yang sangat kecil, minta beliau beri tumpuan terhadap kes liwat bapa beliau atau debat dengan ketua Wiranita (sayap wanita Perkasa). Adakah perbicaraan bapa beliau satu konspirasi?”(greenbox)..
Gua yakin dan percaya...jika Anwar Ibrahim datang dan cabar katak ni,banyak lagi alasan lain dia akan buat..sibuk nak bertelur la...situ la...ini la..
Dan sesungguhnya...Ibrahim Ali pula adalah hanya ikan bilis tua kepada Anwar..tak pandang pun mamat bangang ni..
Brehim..Brehim..malukan nama Ibrahim Bin Ali je...
Artis Malaysia perosak remaja!!
Hari ni,gua ingin kutuk para artis malaysia jerk..
Diperhatikan,tak dapat kita nafi,kehadiran artis di Malaysia semakin banyak dan banyak..
Dan amat malang sekali,artis artis ini langsung tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat..
Gua tak fikir,sekiranya artis takde pun kat malaysia,negara kita akan mundur..
Istilah "perosak" memang paling sesuai digunakan untuk dituju kepada SEMUA artis kat Malaysia..
dan paling dutuju adalah kepada artis artis baru..
Remaja telah menjadikan mereka idola,
Dan malangnya,para artis tak jadikan ini sebagai satu jalan untuk membimbing para remaja ke jalan yang benar dengan tunjuk contoh yang baik kepada peminat mereka..
Artis dan kehidupan sosial memang tak dapat dipisahkan..
pemakaian yang lupa agama..
kadang kadang gua meluat,artis berpakaian macam tak cukup kain,,tapi bicara soal agama,alim kononnya..
Bila ada gosip dan masalah difitnah ke...kata "saya serah pada Allah"
Tapi tengok cara pemakaian bukanlah orang yang menganuti agama Allah..
Artis adalah golongan ahli maksiat..itu memang tak dapat dinafikan..
bila kahwin,mesti bercerai,jarang ada yang kekal lama...
Ini kerana hidup mereka dipenuhi maksiat..Allah tidak reda akan kehidupan mereka..sebab tu Allah tidak jaga ikatan mereka..
Gua amat yakin,pekerjaan sebagai artis adalah haram..
Lebih lebih lagi artis perempuan..suara dan tubuh dijual..
Gila ke apa..
Gua paling meluat jika mereka bicara soal agama...
yan teguk arak pun jadi ustaz ustazah nak nasihat orang..
yang pakai macam x cukup kain pun jadi ustazah jugak..
Artis malaysia semuanya tak guna..
tanpa artis..Remaja lebih baik..
Monday, August 30, 2010
tengok kanan..tengok kiri...perghh,,umNo takda modal dah rupanya... =)
Duk pusing kanan...pusing kiri...cari atas...cari bawah..depan belakang..
Memang umNo n sekutu dah kehabisan peluru nak tembak pekatan rakyat..
Mahu tak mahu..isu isu kecil terpaksa dipebesarkan umNo..dari sebesar semut api,dibesarkan sehingga sebesar seekor gajah bunting...gila punya terdesak dah tu..
Contoh isu mendoakan agar Lim Guan Eng diberi hidayat oleh Allah untuk bersama jemaah islam n memeluk islam,perkara yang tak pernah diharamkaN islam,tapi umNo pulak bikin ribut ribut...ambil fatwa islam hadhari...dulu isu doakan Najib pun jadi diperbesarkan jugak...serba tak kena.. :)
Terbaru isu MP DAP dari Serdang,masuk surau,beri ucapan(katanya tazkirah),tak tutup aurat..fuhh,semua ahli dan pemimpin umNo jadi ustaz dan mufti,haramkan..haramkan..haramkan non muslim masuk masjid,coz x mandi wajib n tak tutup aurat..mak oi minah manjol...bik mama gua x pernah lihat pakai tutup aurat penuh,cucu jkk pakai baju singkat lagi ketat,,perghh..
Bukan nak larang umNo bikin cam ni..ini memang ketetapan Allah..kebodohan umNo memakan diri sendiri...kini,apa pandangan non muslim terhadap umNo?
Nasib baik umNo tidak mewakili islam...kalau tidak,pasti islam nampak begitu hodoh dimata non muslim...hanya kerana kebodohan umNo dan perkataksa...
Sunday, August 29, 2010
umNo...cisssss..halal time dia,haram time kite..
@umNo ni memang sah dan benarlah kata P-Ramlee,parti sarkas...
@mereka semua yang sibuk duk marah kat DAP kena ditunjukkan dgn gmbr2 di ats,,
@apa punya olang...kecik kecik tanak mampos...sudah besar susahkan olang..
Saturday, August 28, 2010
Tuan Guru Nik Aziz,manusia biasa yang luar biasa..
saya terbaca tentang kesederhanaan tuan guru dalam web anilnetto,antara yang saya dapat petik dan terjemahkan:
Here’s something our politicians can learn from Kelantan Mentri Besar Niz Aziz, who lives in a simple wooden house.
Farish Noor describes his encounter with the simple politician who still uses the same type of ballpoint that he saw him using when they met in 1999.(anilnetto.com)
(BM)
Berikut ini sesuatu yang kita dapat belajar dari politisi Kelantan merangkap Mentri Besar kelantan tuan guru Nik Aziz, yang tinggal di sebuah rumah kayu sederhana.
Farish Noor menjelaskan perjumpaan dengan-Nya yang sederhana politikus yang masih menggunakan jenis yang sama ballpoint dia melihat dia menggunakan ketika mereka bertemu pada tahun 1999.
Blog reader Zack adds:
Nik Aziz was once ask why he did not press the BIC ballpoint pen hard on to the paper when signing documents. His simple answer was that it was to save ink! This man is a rare breed and one in a million.
We all know what most of the Barisan leaders are like, but I wonder to what extent the other Pakatan leaders will change their life-styles if and when they come to power.
In this respect, they can’t go wrong if they emulate the simple life-style of Nik Aziz.(anilnetto.com)
(BM)
I will let blog-reader Karma have the final say:
(BM)A great man, he is. Tok Guru reminds me of Gandhi. Both have spiritual strength and it is this strength that has coloured their personalities. Gandhi left no material wealth when he died, but he left spiritual wealth to the people of this world. Tok Guru would always remind us of the importance of spiritual values rather than forms in life. He believes in moderation. He also believes in simplicity.
His soft spot for all races and religions is because of his spiritual richness. When a person is spiritually strong, he will not waver when it comes to principles in life. Friendship to him is genuine. To forgive for him is divine. Hopefully, with his spiritual strength, Malaysians would be guided to the right path.
I remember in one of his religious talks he said, “Every Malaysian and every human being has the right to live peacefully in this world. Hate not each other, but help each other. Don’t make greed a way of life, as this will lead to selfishness. We are all children of God, seek in us the similarities and not the differences and this will lead us to a true bond among all. It is only when your heart is spiritually cleansed would you appreciate the beauty of creation and discover the truth.
“This is only a temporary world, remember. No one will live forever, strong or weak. So, nurture in you pleasantness to achieve the best in life. Rich or poor, you will one day leave this world. So, be kind to all when you are in this world.”(anilnetto.com)
Saya akan membiarkan pembaca blog-Karma memiliki akhir berkata:
Beliau seorang manusia yang hebat. Tok Guru mengingatkan saya tentang Gandhi. Keduanya memiliki kekuatan rohani dan ini adalah kekuatan yang mewarnai kepribadian mereka. Gandhi tidak tinggalkan kebendaan ketika dia meninggal, tetapi dia meninggalkan kekayaan rohani kepada orang-orang dunia ini. Tok Guru akan selalu mengingatkan kita akan pentingnya nilai-nilai rohani, bukan dalam bentuk hidup. Dia percaya moderasi. Dia juga percaya kesederhanaan.
Pendekatan lembut beliau adalah untuk semua kaum dan agama karena itu adalah kekayaan rohani. Bila seseorang rohani kuat, ia tidak akan ragu-ragu ketika datang ke dalam prinsip-prinsip hidup. Persahabatan dia adalah asli. Untuk mengampuni baginya adalah ilahi. Mudah-mudahan, dengan kekuatan rohani, Malaysia akan dipandu ke kanan jalan.
Aku ingat di salah seorang agama berbicara ia berkata, "Setiap Malaysia dan setiap manusia mempunyai hak untuk hidup damai di dunia ini. Tidak saling membenci, tetapi saling membantu. Jangan membuat sebuah kerakusan cara hidup, karena hal ini akan mengakibatkan egoisme. Kita semua anak-anak Allah, kita dalam mencari persamaan dan bukan perbedaan dan ini akan membawa kita ke suatu ikatan benar di antara semua. Hanya ketika hatimu adalah rohani suci anda akan menghargai keindahan penciptaan dan menemukan kebenaran.
"Hidup Ini hanya sementara di dunia, ingat. Tidak ada seorang pun yang akan hidup selama-lamanya, kuat atau lemah. Jadi, dalam mendidik Anda untuk mencapai yang terbaik dalam hidup. Kaya atau miskin, satu hari Anda akan meninggalkan dunia ini. Jadi, berbaktilah kepada semua ketika Anda masih berada di dunia ini. "
.......................................
tengok,saya percaya yang memuji tuan guru di atas terdapat bukan islam,jika bukan islam mampu mencari kebaikan tuan guru,kenapa di malaysia ini,si melayu islam sibuk untuk mencari kesalahan tok guru..
ps-harap maaf jika terjermahan saya kurang betul atau tidak menepati apa yang ditulis dalam bahasa inggeris,apa pun mesejnya jelas,tuan guru nik aziz adalah manusia yang wujud satu dalam sejuta....one in a million.
Wednesday, August 25, 2010
Sedikit tazkirah ;)
pada hari ini,ramai umat islam khususnya melayu di malaysia ini memakai pakaian pakaian yang berlamabng salib kristian,atau t-shirt yang berlatarbelakangkan bible 3:16 yang dipopularkan oleh seorang ahli gusti amarika,Stone Cold Steve Austin .
nabi Muhammad telah mengatakn bahawa jika ada umat islam yang berpakaian seperti orang kafir adalah sebahagian daripada mereka(kafir),atau menanpakkan diri mereka seperti orang kafir,maka mereka adalah sebahagian dari mereka.
apabila penaynyi berkumpulan,merekam engcontohi watak,penanpilan,pakaian,serta gaya orang kafir.bagi mereka,apa yang orang kafir buat,semuanya baik di mata mereka..
Rasulullah juga amat melarang umatnya berpakaian secara songsang yakni lelaki berpakaian wanita dan sebaliknya.dalam hadis Rasulullah yang bermaksud"sesungguhnya Allah dan Rasul melaknat seorang muslim yang menyerupai muslimah dan muslimah yang menyerupai lelaki"
laknat juga bagi remaja lelaki yang berantai,bergelang tangan,serta remaja perempuan yang berambut pendek seperti lelaki.dan laknatAllah ini adalah setiap waktu dan bukan sekadar di waktu tertentu sahaja,kereka akan dilaknat pada setiap masa dan bila bila masa.
adakah anda selasa dengan laknat Allah?berubah lah...just change,anda mampu lebih baik..
Tuesday, August 24, 2010
Cerita di sebalik gambar Tok Guru (1)
Monday, August 23, 2010
Golongan mana yang still bersama umNo sekarang/
"takkala ramai rakyat malaysia menolak umno/bn di masa kini,terdapat segelintir lagi golongan manusia yang masih bersama umno/bn..mereka ini merupakan orang yang sukar untuk disuruh amar makruf nahi mungkar..antara golongan yang masih bersama umno sekarang adalah:
1)orang yang berkepentingan
2)golongan yang tidak mendapat maklumat terkini
3)golongan yang takut untuk menghadapi hukum Allah
4)golongan melayu yang bersifat assobiyah
5)golongan yang jahil agama@orang utan
penjelasan...
1)orang yang berkepentingan mungkin sekali orang yang gilakan wang@projek..mereka ini sanggup mengadaikan agama serta kepentingan rakyat demi untuk periuk nasik sendiri..
2)golongan yang tidak mendapat maklumat yakni orang diibaratkan seperti katak di bawah tempurung,mereka hanya baca akhbar utusan dan tengok berita kat tv1, tv2 dan tv3 suku..
3)golongan ini mungkin sekali penjenayah yang takutkan hukum Allah yang dianggap zalim di mata mereka yang buta..
4)melayu assobiyah ni jenis manusia yang lupa sejarah di arab dulu,bahawa islam mengharamkan semangat assobiyah..mereka mudah lupa@tak tahu..jakun
5)yang kelima adalah orang yang jahil agama,yang haram dihalalkan yang haram dihalalkan...jika seseorang itu tahu agama,nescaya mereka tolak umno..
jadi,inilah cabaran yang harus dihadapi oleh pakatan rakyat kerana agak sukar untuk bawa mereka ini ke arah kebenaran...
Sunday, August 22, 2010
Tok Guru dan Solat
Saturday, August 21, 2010
umNo tak nak Lim Guan Eng masuk islam?
Di copypaste dari Al-Bakistani
Baru sat-sat bersembang dengan seseorang dari negeri Pulau pinang. Dia mendakwa, bahawa kejadian doa dalam Khutbah Jumaat terhadap Lim Guan Eng memang wujud. Tetapi, dia mempersoalkan isu yang sedang di mainkan oleh UMNO, khususnya TPM dan Zahid hamidi.
"kat mana salahnya doa itu?" soalnya.
"Pak imam yang menyebut Nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu, dia berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam" ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu.
penerangan itu, mengingatkan aku dengan doa nabi SAW yang berbunyi;
اللهم أعز الإسلام بأحد عمرين
maksudnya;
"Ya Allah, berikan kemegahan kepada Islam dengan islamnya salah seorang dari dua orang yang bernama Umar".
Dua orang umar yang dimaksudkan dalam doa Nabi SAW itu adalah, umar bin Al-Khattab, dan Amru bin Hisham, atau gelaran masyhurnya Abu Jahal [bapa goblok].
dalam doa nabi SAW itu, ternyata Allah SWT memilih Umar bin Al-Khattab, dengan keislaman Khalifah Islam kedua itu keesokkan harinya, di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.
Justeru, tidak ada salahnya jika benar sungguh wujud Pak Imam yang berdoa di atas mimbar jumaat agar diberikan hidayah kepada Lim guan Eng. Jika ia salah, atas alasan apa ia salah.
Namun, atas alasan politik sempit UMNO itu, sengaja perkara ini diisukan. ia memberi tanda bahawa UMNO memang tidak teringin untuk melihat Lim guan eng memeluk islam, seperti yang sering diharapkan oleh ramai umat Islam yang mahu melihat Islam terlaksana di malaysia.
"UMNO lebih suka orang jadi kafir. yang dah masuk Islam pun, 'ditarbiah' UMNO agar lawan Islam" bisik hatiku.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Nota: Tahniah Ustaz Hafiz Nordin, Khatib yang membaca doa tersebut. Adik kepada Sahabat saya Hisyam Nordin.
Ronnie Lie wajar dimaafkan..
Pemimpin DAP Ronnie Liu, yang kelihatan tersepit dalam kontroversi surat sokongan politik untuk mendapatkan kontrak kerajaan, merasakan beliau kini mula dipinggirkan di Selangor. Bagaimanapun pemimpin berusia 52 tahun ini bertekad untuk berlawan dan menghadapi cabaran termasuk dari dalam dan luar parti. Malah Liu juga melahirkan hasrat untuk bertandidng dalam pemilihan parti peringkat negeri akhir tahun ini meskipun mengaku melakukan kesilapan dan berhadapan dengan 'hukuman' diberi amaran oleh jawatankuasa disiplin baru-baru ini.(baca lagi)
Gua kurang mengikuti perkembangan pemimpin PR Selangor serta masalah mereka,tetapi gua tertarik dengan satu N3 dari rakyat marhean,mengenai kesalahan YB Ronnie ttg surat sokongan politiknya..
Gua tertarik dengan kenyataan YB Ronnie "“Saya buat kesilapan dan sekarang membetulkan kesilapan. Tiada lagi surat sokongan,” katanya. “Saya telah mengatakan bahawa saya akan memperbaiki diri saya. Jawatankuasa disiplin mahu saya memperbaiki diri saya. Saya mengambil pandangan itu. Berikan saya peluang untuk baiki diri saya,” katanya Liu."
Beliau mengakui kesalahan beliau..lebih baik begini berbanding ramai pemimpin pemimpin umNO bn,serta dari pakatan rakyat PAS sendiri..
Secara peribadi,gua perhatikan,YB Ronnie agak 'slow' tetapi cekal dalam perjuangan parti..
Beliau setia pada parti,dan tidak melakukan kerosakan besar kepada parti..
Gua berharap....semua pihak beri peluang kepada beliau untuk perbaiki dirinya :)
Friday, August 20, 2010
Lim Guan Eng lebih baik berbanding ramai pemimpin melayu islam lain...
Dibawah adalah cerita benar mengenai Yb Lim,korang bacalah....beri pandangan korang yea ;)
Mungkinkah Lim Guan Eng Lebih Layak !!!
Seorang kawan yang berasal dari Pulau Pinang bercerita kepadaku tentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau menyatakan, banyak cerita-cerita menarik yang berlaku pada Lim Guan Eng, menyebabkan Lim Guan Eng kini merupakan Ketua Menteri yang disayangi oleh rakyat, sama ada dari kalangan Melayu, Cina mahupun India.
Antara cerita-cerita itu adalah seperti berikut;
CERITA SATU
Diceritakan, Lim Guan Eng sudah ditawarkan untuk mendapat "Dato' Seri", tetapi ditolak mentah-mentah oleh beliau dengan alasan, beliau mahu jadi macam Omar Abdul Aziz. Memandangkan gelaran Dato' Seri itu tidak diterima oleh beliau, menyebabkan beliau mencadangkan gelaran itu diberikan kepada Wan Azizah yang ketika itu ahli Parlimen Permatang Pauh.
CERITA DUA
Begitu juga, Penanti yang merupakan DUN Timbalan Menterinya dilihat seperti kurang diambil perhatian oleh Fairus. Beliau mengetahui masalah rakyat di DUN Penanti, menyebabkan beliau telah bertindak turun padang bersama isterinya dengan menaiki kereta Estimanya yang dipandunya sendiri.
Apabila ada sebilangan rakyat Penanti bertanya tentang Fairus, beliau hanya menjawab bahawa Fairus sibuk di Kuala Lumpur, walaupun pada masa itu, Fairus memang ada di Pulau Pinang pun.
CERITA TIGA
Juga, ketika beliau turun di salah satu Parlimen (tidak perlu disebut parlimen mana) yang didakwa kononnya rakyat di sana agak marah dengan YB mereka disebabkan kurang turun padang berjumpa rakyat.
Beliau telah turun di sana tanpa memaklumkan kepada sesiapa pun. Setelah keletihan berjalan mengelilingi Parlimen tersebut, beliau berehat di sebuah kedai makan melayu untuk minum teh. Sedang minum, dua orang suami isteri yang agak tua telah terperasan Lim Guan Eng, tetapi tidak menyangka bahawa ianya adalah Lim Guan Eng.
Mak Cik itu berkata kepada Lim Guan Eng, bahawa mukanya macam Lim Guan Eng, ketua Menteri Pulau Pinang. Sambil tersenyum Lim Guan Eng berkata, bahawa namanya memang Lim Guan Eng pun.
Tanpa disedari lagi, Mak cik itu berkata lagi bahawa tak sangka dalam Pulau Pinang ini, ada manusia yang mukanya serupa Lim Guan Eng dan namanya pun serupa.
Lim Guan Eng ambil kad pengenalannya, dan memberikan kepada mak cik itu, dan tunjuk mukanya, kemudian menyebut bahawa dia memang Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mak cik dan pak Cik itu terkejut, kerana tidak disangka-sangka bahawa manusia yang mereka jumpa itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kehadiran beliau di kedai makan itu tanpa disedari oleh mana-mana orang pun, demi melihat masalah rakyat di Pulau Pinang.
CERITA EMPAT
Diceritakan juga, Lim Guan Eng pada awal perlantikan beliau menjadi Ketua Menteri, orang-orang melayu agak tidak melayan beliau dikala beliau turun padang. Memandangkan keadaan ini berlaku, menyebabkan beliau mengarahkan segala jabatan-jabatan dalam kerajaan negeri agar turun berjumpa dengan rakyat bawahan, untuk mendengar masalah rakyat, seperti masalah kemiskinan, masalah tanah tidak bergeran dan sebagainya.
Apabila segala jabatan-jabatan ini turun, menyebabkan ramailah rakyat yang turun untuk memberi aduan kepada mereka.
Dalam majlis itu, beliau berucap dan menyatakan bahawa, beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, kalau rakyat benci kepada beliau, boleh ditukar dalam pilihanraya akan datang. Tetapi sekarang, rakyat terpaksa terima beliau sebagai Ketua Menteri. Dan kini, kedatangan beliau adalah untuk mendengar masalah rakyat, dan beliau akan berusaha segala kemampuan yang boleh untuk menyelesaikan masalah rakyat disitu.
CERITA LIMA
Dalam pemerintahan di Pulau Pinang, beliau agak memanjakan orang Melayu berbanding bangsa dia sendiri.
Ini dapat dibuktikan dengan tindakan beliau berjumpa dengan masyarakat Melayu, dan menyatakan bahawa beliau mahu hidupkan balik sekolah agama rakyat di Pulau Pinang, tetapi dalam masa yang sama, beliau mahu hidupkan sekolah untuk orang cina dan India. Kalau orang Melayu tidak izinkan beliau bangunkan sekolah untuk orang Cina dan India, maka sekolah agama rakyat pun dia tak mahu majukan.
CERITA ENAM
Dulu Mat Sabu ada bercerita bahawa beliau pergi berjumpa dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Asal pertemuan hendak dibuat di kediaman Rasmi ketua Menteri, tetapi di tolak Lim Guan Eng. Kemudian Lim Guan Eng mencadangkan agar pertemuan itu dibuat di salah sebuah kedai mamak di Pulau Pinang, tetapi di tolak oleh Mat Sabu. Yang akhirnya, pertemuan itu berlaku di rumahnya yang asal, iaitu di rumah kediamannya sebelum dia menjadi Ketua Menteri lagi.
Dalam pertemuan itu, Mat Sabu menyebut bahawa Lim Guan Eng semuanya sudah bagus, mengikut ciri-ciri pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, cumanya beliau agak kekurangan disebabkan beliau tidak masuk Islam lagi.
Mendengar kata-kata Mat Sabu itu, Lim Guan Eng menyebut, "tunggu ayah saya mati dulu".
PENUTUP
Cerita-cerita Lim Guan Eng ini, mengingatkanku kepada kejadian yang berlaku pada ayahku sendiri, yang ketika itu aku baru darjah empat.
Ayahku seorang bilal surau ketika itu, tetapi masih lagi "bermazhab UMNO". Setelah selesai azan, beliau melihat seorang tua sedang menunaikan solat sunat, yang mukanya seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ayahku tidak menyangka demikian, kerana kedatangan beliau pada ketika itu dengan berpakaian jubah, berserban dan menaiki kereta biasa sahaja.
Setelah solat fardu ditunaikan, ayahku bertanya kepada orang tua itu, bahawa mukanya macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Orang tua itu terus berkata, memang dia adalah Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.
Mendengar itu, ayahku terus cium tangan Tuan Guru Nik Aziz, dan kini Alhamdulillah, ayahku bukan lagi orang UMNO (melayu harbi) lagi, tetapi seorang berkeahlian PAS.
Keadaan ini amat sama berlaku pada Lim Guan Eng, yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kalau kita hadiri ceramah pada 15 september di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini, kita akan dapat lihat perbezaan antara pemimpin-pemimpin parti berucap pada malam itu.
Yang peliknya, Lim Guan Eng seorang sahaja yang menyebut bahawa "kita mahu kerajaan yang bertawakkal kepada Tuhan dan kerajaan yang melaksanakan Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar".
Melihat kepada karisma Lim Guan Eng, padaku, kalau Lim Guan Eng masuk Islam, orang yang lebih layak Menjadi Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim tetapi Lim Guan Eng, itu pun kemungkinan ketika itu nama beliau adalah "Muhammad Lim Guan Eng".
Sekian, Wallahu 'Alam
Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam
Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.
Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.
Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.
Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!
Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."
Salam Ramadhan.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M
Salah ke Doakan Lim Guan Eng?
Terbaca gua N3 dari blogger pencacai umNo yang mengutuk dan mengkritik seorang khatib dari P.Pinang yang mendoakan Lim Guan Eng..
Nak tambah alim lagi,blogger2 umNo ni pun berfatwa la di bulan ramadan yang mulia ini,memang kerja gila doakan LGE..
Ada lagi blogger umNo lain yanG tunjuk rasa marah dia,,
Gua fikir,yang mereka ni nak cari pasal kenapa??
Bagi gua,di bulan ramadan yang doa selalu dimakbulkan Allah lah kita patut berdoa kepada Allah tentang sesuatu yang kita amat menginginkan..
Sama sama kita doakan juga YB Lim Guan Eng diberi petunjuk oleh Allah untuk menjadi umat nabi Muhammad S.A.W...
Gua percaya,umat islam yang menyokong Pakatan Rakyat amat mengalu alukan sekiranya LGE memeleuk islam,atau jika tidak sekalipun,kita doakan agar LGE tidak akan berniat jahat terhadap islam,biar hatinya tidak anti islam sebagaimana pemimpin pemimpin umNo(tolak hudud bererti anti islam) sebagai mana Abu Thalib
Nabi Muhammad pun mendoakan bapa saudaranya yang kafir,Abi Thalib,,Saidina Umar pun memeluk Islam selepas didoakan oleh Nabi Muhammad s.a.w,sebelum itu,memang nampak mustahil Saidina Umar untuk bersama islam,tetapi berkat doa,manusia yang sedang berjalan untuk membunuh nabi terus mengubah niatnya..
Jadi sama sama kita mengaminkan doa baik ini..
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Di Hari dan bulan yang mulia ini..
kami memohon kepadaMu,
berikanlah petunjuk kepada pemimpin kami yang tidak lagi mendapat petunjuk dari Mu,
bukakanlah hati mereka untuk bersama sama dalam agamaMu..
Sebagaimana diKau tiupkan sinar islam kepada Saidina Umar,Khalid Al Walid,Akramah bin ABU JAHAL,dan lain lain pejuang islam ketika dahulu,
tiupkan juga kepada pemimpin pemimpin rakyat di Malaysia..
Agar islam di Malaysia bertambah kuat dan kuat,
dan hancurkan keangkuhan musuh musuhMu
PS-apa umNo susah sebenarnya?yang satu ketika dahulu zaman deris jusoh,semasa pertandingan moonson cup,para iman dipanggil untuk berdoa agar angin bertiup di kawasan pertandingan yang disertai oleh si kafir kafir dari negara luar yang langsung tak beri kebaikan kepada rakyat..tp nasib baik xdimakbulkan Allah,kalau x,kesian penduduk tempatan,mybe tok iman masa tu lupa nak mandi wajib barangkali...
Timbalan Presiden yang paling ngok di Alam Semesta..
PAS hari ini memberi amaran kepada MCA supaya tidak bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN. Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan resolusi Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu yang menggesa kerajaan mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.(baca lagi)..
Kalau kita kata mamat timbalan presiden ni kurang cerdik,bimbang terasa hati,maklumlah,bulan puasa ni,xleh mengutuk sangat,,tetapi gua guna bahasa lembut je la sikit...Nacha tidaklah kurang cerdik,cuma ngok je..
Isu perang mulut antara umNo-mCa memang sedang hangat,ada yang menganggapnya serius,dan ada yang menganggapnya drama semata mata,apapun,keduanya xberi sebarang faedah kepada negara..
umNo MCa ni ibarat suami isteri la,mIc bini pertama umNo,mCa bini kedua,,
Dulu ada kes bini pertama gaduh dengan suami ni,siap main kalung selipar lagi,emg biadap amat bini pertama nih,kiranya walaupun dendam kesumat bini pertama gamaknya tidak bertonjol lagi,tapi gua yakin,masih ada ketidak puasan hati antara mereka..tapi itu ususan keluarga,orang luar jangan jaga tepi kain bang...padah nanti.. dan sememangnya takde yang jaga tepi kain,bersorak sikit sikit je la dari jiran sebelah ;)
Terbaru,bini kedua umNo pulak bikin macam macam,buat hal pulak,,dalam sibuk rumah tangga mereka bergolak,datang satu mamat ni,pergi jaga dalam kain bini orang..taw la nak tunjuk prihatin,tetapi dalam kontek pergaduhan rumah tangga orang ni,jangan ko nak sibuk,ko tu pun,tunggu masa diceraikan je..haha..
Emg ngok la sangat Timbalan Presiden PAS ni,nak jadi hero ke nak tunjuk hero,gua pun tak tahu...yang gua tahu memang tiadalah timbalan presiden mana mana parti di seantero dunia yang se'ngok' nasarudin anak mat isa..
ps-gua tertanya tanya.....apa faedah kepada PAS bila nasa bersuara menegur begitu?bawa bala ada lah...dasar kurang cerdik....akal ada,tapi letak di kepala lutut...
Sunday, August 15, 2010
UmNo sedara komunis?? >>Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng berkata DAP bukanlah sebuah parti komunis kerana partinya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Cina sebaliknya Umnolah yang mempunyai hubungan secara rasmi dengan Parti Komunis Cina.
Lim juga menegaskan bahawa DAP bukan anti Islam atau anti Melayu sebagaimana dituduhkan oleh parti-parti komponen BN khasnya Umno.
Beliau berkata DAP mahu membuktikan bahawa parti itu bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis.
Menurutnya DAP tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China.
Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar “kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China.
Untuk rekod, DAP tidak pernah membunuh orang Melayu, meruntuhkan surau dan masjid, merampas tanah orang Melayu dan sebagainya.
Tetapi siapakah yang pernah membunuh orang kampung dalam Peristiwa Memali pada 19 Nov 1965; siapa yang merobohkan surau di Kampung Berembang dan merobohkan masjid Kampung Bujal Terengganu serta beberapa tempat lagi di Selangor; siapa yang merampas tanah milik orang Melayu di Kampung Bujal dan tempat lain?????.
DAP anti Islam????
Persoalannya:-
Siapakah yang menaikkan bajet untuk syiar Islam di Pulau Pinang berbanding dengan Bajet Pulau Pinang sebelum 2008.???
Siapakah yang memberikan elaun kepada para Hafiz dan Hafizah di Pulau Pinang?
dan banyak lagi ..........(sumber asal)
Saturday, August 14, 2010
Menjelang PRU-13 ; penyokong PR perlu bersdia utk kehilangan Trg sekali lagi
Kalau aku kata ramai yang kata aku jahat mulut. Tapi lihatlah fakta ini. Umno BN membantu daftarkan pengundi seramai 9,477 beakhir Jun 2010 sedangkan Pas bawa masuk tak sampai separuh pendaftaran pengundi pun. Aku kata Pas Balik Awal dalam PRU13 di terengganu nanti. Ya aku memang jahat mulut. Lihatlah carta, berapa ramai jumlah pengundi yang dibantu Keadilan Terengganu mendaftar sebagai pengundi? Sekor haram pun tak ada..apa dah jadi?
Aku jahat mulut kalau aku kata PKRT Dah lama meninggal di Terengganu. Walhal, Keadilan Terengganu dengar ceritanya ramai bijak pandai? atau hanya ramai bijak yang hanya pandai bercakap dan buatnya tidak. Mana pergi SU, mana pergi Ketua Penerangan yang bijak sangat tu? Ramai-ramai tu sekor pengundi pun tak boleh bantu daftarkan?( baca lagi)
Gua pun ada perhatikan..gua tak nampak lagi usaha yang dilakukan PAS Terengganu untuk menaan kembali Trg dari umNo,,
Dah berjanji dengan mat said ke Ustaz Hadi??
Gua sebagai rakyat Terengganu yang menyokong PAS amat keciwa dengan PAS Terengganu dan Haji Hadi..Gua yakin,kekecewaan gua tidak akan terubat selagi Hadi tidak letak jawatan dan muka baru pegang PAS Trg..
Gua juga yakin....ramai oenyokong PAS Trg bakal kecewa dengan pemimpin PAS Trg...jadi seruan gua kepada semua penyokong PAS Terengganu,...
"PEMIMPIN KITA PUN TAK BERSUNGGUH SUNGGUH NAK MENANG..KENAPA KITA NAK TERHEGEH HEGEH MENANGKAN MEREKA.....JADI PRU 13 KELAK,JOM KE KELANTAN,PERAK,SELANGOR,KEDAH DAN KEMPEN UNTUK MENANGKAN PAS DI SANA...PERGI JAHANAM DENGAN PAS TRG"
Dinar Mas Kelantan membimbangkan Puak pro yahudi di Malaysia..
Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia. (baca lagi di link bawah)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengeluaranDinarEmasbercanggahperaturanPusat/Article
Kerajaan PAS kelantan bertindak bijak lagi apa bila memperkenalkan penggunaan matawang dinar mas di negeri serambi Mekkah itu..
Negara negara eropah di dunia cuba untuk mengamalkan sistem ekonomi islam bagi mengurangkan pengaruh Yahudi dalam bidang ekonomi dunia,pastinya hal ini ditentang oleh puak puak yahudi demi kepentingan mereka..mungkin kesanya kepada umNo di Malaysia adalah sama kepada kesan kepada yahudi apabila dunia menggunakan dinar mas..
UmNo membuka topengnya apabila menjadi penentang yang nyata dalam penggunaan dinar emas di Kelantan,ya walaupun mereka menggunaakan peraturan pusat sebagai alasan mereka,nak tan ya...bila umNo ikut peraturan?
Mca juga mengambil langkah untuk cuba melaga lagakan DAP dan PAS apa bila mencabar DAP menyatakan pendiriannya tentang langkah kerajaan kelantan ini..
Tetapi gua yakin,memang hal ini nampak buruk di mata pemimpin BN,,tetapi di mata rakyat..pastinya mereka menyokong penuh tindakan kerajaan PAS kelantan@ tindakan Tok Guru Nik AZIZ ...
Friday, August 13, 2010
Pemimpin cakap sal wang,anak buah bicara soal duit (tuju kepada PAS)
Sebulan dua ni..jarang amat dah kedengaran pemimpin PAS bercakap seperti seorang pemimpin islam yang perjuangkan islam..sibuk dengan kerja lain barang kali..atau juga dah jadi macam umNo..
Seorang sahabat meminta gua jenguk laman Bernama versi 12/08/10,pasal hadi,bicaranya juga soal wang,betul la tindakan itu,memang salah kerajaan negeri berbelanja besar,tetapi masakan itu je isu yang boleh hadi guna untuk cari publisiti..kalau pendedahan berkaitan agama,lagi mampos umNo,atau hadi fikir,umNo dah ok soal agama lening?soal berbelanja besar..ada rakyat Terengganu yang ramai yang ngok ngok ni kisah??mereka apa kisah,biar kerajaan berbelanja besar,mereka pun dapat..
Pergi tarawikh hari ni,di Surau rumah seorang penyokong kuat PAS,gua pergi 10 minit sebelum isya',,ada dua kumpulan dalam surau tu,satu kumpulan berborak pasal "pok care" dan satu kumpulan borak pasal "dunia"..campur campur,buat kesimpulan antara dua kumpulan ni,last last,berkenaan "duit" juga...kih..kih..
Memang la...tanpa wang takleh hidup...kita perlu akan wang..mak oii...gua pun mahu wang...Tapi gua agak kecewa dengan sebilangan besar pemimpin dan penyokong PAS sekarang yang hilang semangat islamnya..
Gua Penyokong PAS,tetapi itu tidak bermaksud gua tidak boleh kondem PAS....umno buruk,,gua maki..PAS buruk...tak kan nak tutup mata kot ......
WONG FEI HUNG, ISLAM TILL DIE
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.
Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.
Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri.
Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.
Inilah bukti jika semua manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah/suci
Yaitu ia telah mengakui bahwa Tuhan itu cuma 1
Maka saat ada ajaran Tuhan 3 tapi satu
Ini jelas bertentangan dengan hati nurani
Dengan itulah orang yang baru memeluk Islam
Maka ia bukan berpindah agama, tapi kembali pada fitrah Islam
Menyembah hanya pada 1 Allah saja..... TITIK !!!
Semoga ini menjadi renungan bagi "saudara"2 sekitar kita yang murtad hanya karena sekeping perak & seonggok cinta fana...
Sementara justru orang berada, intelektual, publik figur & para pemimpin dan justru para pemimpin + pemuka agama lain baik di barat maupun di timur malah masuk Islam dengan Ikhlas & sadar jika cuma Islam satu-satunya agama yang benar.
Lihat saudara2 kita yang miskin, mereka didatangi missionaries kristen & menawarkan sekeping harta agar saudara kita murtad, mari kita tengok & perhatikan saudara sekitar kita.
2,5% harta zakat kita berikan pada fakir miskin secara langsung. Ini akan lebih meresap dihati karena setiap ibadah adalah untuk menyucikan jiwa. Zakat ialah syariat, tapi hakikatnya ia menyucikan jiwa dengan menghilangkan kikir, tamak, rakus, menumbuhkan rasa sayang sesama, ikhlas, menolong dan lainnya.
Ma'rifatnya ialah bersyukur pada Allah yang telah memberi begitu banyaknya nikmat yang tak terhingga dan lainnya.
Qs.3 Ali Imran:85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah.akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rug
sumber.
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...