Wednesday, November 9, 2011

Payahnya menyelami jiwa Ku Li

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti.. katanya lagi,tidak seperti zaman ayah kepada hishamudin,umno sekarang menyekat terus kebebasan untuk ahlinya bersuarA..Jika mahu bercakap di perhimpunan agung,menurut Ku Li perlu 'kelulusan' orang atasan dan hanya yang sedap didengar boleh dipidatokan ..

Yang gua pelik sama Ku Li ni,dah tahu umno teruk,menyekat kebebasan bersuara,amal satu idea dalam parti,dikuasai oleh bik mama,tapi kenapa dia sanggup duk dalam tong tahi tu lagi?

Apa yang Ku Li dapat sampai tak berani keluar umNo?

Adakah kerna terlalu sayang umNo ? hinggakan sanggup karam bersama?

Kadang2 terfikir,apa yang ada dalam kepada KU Li ..

Adakah dia fikir ada peluang lagi untuknya mendapatkan jawatan Presiden UmNo ?

Langkah tahi Muhyidin dulu ..

Adakah dia nak kekal jadi calon nanti?

Tapi apa mampu dia buat kalau menang 100 kali lagi pun di Gua Musang ..

Untuk membuka ruang bersuara,Ku Li tubuhkan NGO bergelar AMANAH ...

Itu mungkin sebagai penyejuk hati jer ..

AMANAH tidak mungkin 'sepopular' PERKASA .. .

Apa ada dalam kepala Ku Li sebenarnya ..

Apakah perancangan jangka masa panjang untuk jatuhkan puak najib dalam umNo?

Jangan fikir,Anwar dah ada perancangan..tungu pilihan raya sajer .

Jalan terbaik buat Ku Li adalah keluar umNo ..

Atau dia nak sia siakan lagi sisa sisa hidupnya bersama parti yang menyekat kebebasan bersuara ahlinya?

Bersara ...

Monday, November 7, 2011

Blogger Pro Bn Songlap wang rakan seperjuangan?

Sekian lama terbuka hati untuk membuka blog pro kerajaan, terbaca beberapa entry dari blogger bolgger setia bn yang meluahkan rasa kesal mereka terhadap rakan blogger mereka yang sanggup songlap wang demi kepentingan diri ..

Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat ditentukan,tapi kalian boleh merujuk di link ini untuk mengetahui siapa blogger yang 'makan kawan' tersebut (maklumat baca sini)

Kadang kadang kesian juga blogger ini,susah payah mereka reka idea nak tibai pemimpi pakatan, mereka kejar sana kejar sini nak menangkan bn,last last rakan sndiri bikin cilok...

komen gua ... KAH KAH KAH KAH ...

psssstttt .... mereka menulis tu nawaitu sbnr nak dapat wang ker? xde keikhlasan dalam perjuangan..malang buat pendokong kerajaan ... ingatkan bloggger DEMI BANGSA DAN NEGARA tak terima wang ... citt .. Blogger pro pakatan insyAllah tidak akan hadapi masalah ini kerna penulis mereka semua langsung tidak berniat untuk mendapatkan wang ... tapi mereka percaya,dengan menulis,pabila kerajaan bn tumbang kelak..maka bolehlah dianggap sebagai penyumbang kepada kemenangan rakyat ... tapi x nafi yang dibayar mungkin ada,tapi yang confirm,majoriti menulis demi perjuangan menegakkan yg hak dan menjatuhkan yang batil..insyAllah .

Islam tetap dijulang walau melayu tidak sepakat !!

Satu kenyataan terbaik dari Dr Hafizi .. yeahh...dengarkan ....



Tapi kalau bagi puak puak gerombolan,perkasa dengar ni,confirm mereka lebel Dr sebagai petualang bangsa...citt..

Dr tak kesah pun .. ehe

PR menang...antara yang utama adalah bebaskan Universiti dari cengkaman umNo Bn

Sebagai seorang mahasiswa,apa yang paling dinantikan adalah kami punyai kebebasan untuk bersuara dalam apa juga isu termasuk politik dan negara walaupun kami tidak sehaluan dengan pihak pemerintah.

Penulis diceritakan oleh orang yang amat penulis kenal pengalaman beliau bahawa beliau diberi amaran sebegini oleh penolong pendaftar Universiti bahawa jika dia anak orang PAS,dia tidak layak untuk belajar di universiti tersebut .

Kisahnya bermula bila sahabat penulis pergi ke pejabat pihak itu,sejurus memasuki bilik,soalan pertama yang dituju kepada sahabat penulis adalah "bapa kamu orang PAS ke orang umNo?" dan ditambah "sekiranya penyokong PAS kamu tidak layak untuk belajar di universiti ini kerana sebahagian besar yuran kamu ditanggung oleh kerajaan umno barisan nasional "

Kisah ini adalah kisah benar dan kawan penulis benar2 berharap PAKATAN memenangi pilihan raya berikutnya dan 'orang orang politik' segera dihapuskan dalam pengurusan universiti .

Penulis pernah diaju kepada pensyarah bahawa dia pelik dengan sikap mahasiswa malaysia yang tidak berani untuk menampilkan respon terhadap perkara yang diutarakan oleh pensyarah sebagaimana di jepun pelajar berebut untuk memberi pendapat dan jawapan..

Saya fikir...semuanya berpunca dan berkait dengan situasi diatas yang akhirnya memberi kesan kepada keseluruh jiwa mahasiswa ..

Mahasiswa perlu dibebaskan segera !!

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts