Tuesday, July 14, 2009

pas menang tipis....hmm,hmm,hmm


keputusan rasmi sudah keluar,keputusan ini buatkan umNo sedih,dan kita di pihak pas juga tidak kurang sedih dan kecewanya.

jika pada pilihan raya umum yang lalu,pas berjaya memperoleh majoriti melebihi 1000 undi,hari ini ia berkurang sebanyak berkali ganda.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang (malaysiakini).

mungkin dakwaan dato husam benar,tapi,gua masih fikir selain faktor umNo,faktor pas sendiri turut menjadi punca kepada "kejayaan" tipis pas ini.mungkin rakyat manik urai ada agenda tersirat untuk diberitahu kepada pemimpin pas bahawa ada sesuatu yang mereka tidak setuju dengan pas.mungkin isu ini sudah reda,tetapi masih ada ahli pas yang punyai kerisauan terhadap satu perkara kurang cerdik yang mungkin pemimpin pas lakukan.

namun begitu,tahniah diucapkan kepada pas kerana berjaya mengekalkan kerusi dun manik urai dan berjaya memperoleh kemenangan berturut turut sepanjang pilihan raya kecil selepas 8 mac 2008.tahniah juga kepada umNo kerana berjaya mengekalkan rekod kekalahan mereka sebanyak 6 kali berturut turut ni semenanjung.

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts