Monday, July 20, 2009

1malaysia sudah sedia untuk kebumikan umNo bn(UBN)



Lebih 1,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

Upacara bermula jam 9.45 pagi dan keranda mendiang Teoh dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.

Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei dan anggota dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Suasana cukup sayu dengan kain-akin rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

Semua pemimpin utama Pakatan memberi penghormatan terakhir pada jam 10.18 pagi, diikuti oleh exco kerajaan negeri Melaka dari MCA, Datuk Gan Tian Loo.(malaysiakini)

jasad mendiang mungkin sudah selamat dikebumikan,tetapi perjuangan menuntut keADILan untuk mendiang tidak akan berakhir setakat hari ini sahaja,perjuangan ini akan diteruskan sehingga UBN dikuburkan selamanya.

Ramai rakyat malaysia tidak menolak bahawa kematian mendiang Teoh diselbungi dengan perbagai kemisterian.ramai juga tidak menolak bahawa mendiang mati dibunuh walaupun secara tidak sengaja.

kematian teoh telah membawa kepada kemarahan rakyat 1malaysia yang waras,dan 1malaysia ini pasti akan melakukan apa sahaja untuk menpastikan bahawa umNo akan terkubur dalam masa terdekat.

Kerajaan sudah tidak mampu menjamin keselamatan rakyat sendiri,rakyat sendiri risau dengan keselamatan mereka terhadap ancaman oleh pemerintah sendiri,dan rakyat sudah tiada pilihan melainkan rakyat terpaksa mempertahankan diri mereka sendiri melalui menentang kerajaan zalim..

people should not be afraid of their governments. governments should be afraid of their people

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts