Friday, August 20, 2010

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."

Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

Salah ke Doakan Lim Guan Eng?


Terbaca gua N3 dari blogger pencacai umNo yang mengutuk dan mengkritik seorang khatib dari P.Pinang yang mendoakan Lim Guan Eng..

Nak tambah alim lagi,blogger2 umNo ni pun berfatwa la di bulan ramadan yang mulia ini,memang kerja gila doakan LGE..

Ada lagi blogger umNo lain yanG tunjuk rasa marah dia,,

Gua fikir,yang mereka ni nak cari pasal kenapa??

Bagi gua,di bulan ramadan yang doa selalu dimakbulkan Allah lah kita patut berdoa kepada Allah tentang sesuatu yang kita amat menginginkan..

Sama sama kita doakan juga YB Lim Guan Eng diberi petunjuk oleh Allah untuk menjadi umat nabi Muhammad S.A.W...

Gua percaya,umat islam yang menyokong Pakatan Rakyat amat mengalu alukan sekiranya LGE memeleuk islam,atau jika tidak sekalipun,kita doakan agar LGE tidak akan berniat jahat terhadap islam,biar hatinya tidak anti islam sebagaimana pemimpin pemimpin umNo(tolak hudud bererti anti islam) sebagai mana Abu Thalib

Nabi Muhammad pun mendoakan bapa saudaranya yang kafir,Abi Thalib,,Saidina Umar pun memeluk Islam selepas didoakan oleh Nabi Muhammad s.a.w,sebelum itu,memang nampak mustahil Saidina Umar untuk bersama islam,tetapi berkat doa,manusia yang sedang berjalan untuk membunuh nabi terus mengubah niatnya..

Jadi sama sama kita mengaminkan doa baik ini..

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Di Hari dan bulan yang mulia ini..
kami memohon kepadaMu,
berikanlah petunjuk kepada pemimpin kami yang tidak lagi mendapat petunjuk dari Mu,
bukakanlah hati mereka untuk bersama sama dalam agamaMu..
Sebagaimana diKau tiupkan sinar islam kepada Saidina Umar,Khalid Al Walid,Akramah bin ABU JAHAL,dan lain lain pejuang islam ketika dahulu,
tiupkan juga kepada pemimpin pemimpin rakyat di Malaysia..
Agar islam di Malaysia bertambah kuat dan kuat,
dan hancurkan keangkuhan musuh musuhMu



PS-apa umNo susah sebenarnya?yang satu ketika dahulu zaman deris jusoh,semasa pertandingan moonson cup,para iman dipanggil untuk berdoa agar angin bertiup di kawasan pertandingan yang disertai oleh si kafir kafir dari negara luar yang langsung tak beri kebaikan kepada rakyat..tp nasib baik xdimakbulkan Allah,kalau x,kesian penduduk tempatan,mybe tok iman masa tu lupa nak mandi wajib barangkali...

Tatapan istimewa tentang tok guru kita ;)


sumber:Majalah Qiadah

Timbalan Presiden yang paling ngok di Alam Semesta..


PAS hari ini memberi amaran kepada MCA supaya tidak bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN. Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan resolusi Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu yang menggesa kerajaan mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.(baca lagi)..

Kalau kita kata mamat timbalan presiden ni kurang cerdik,bimbang terasa hati,maklumlah,bulan puasa ni,xleh mengutuk sangat,,tetapi gua guna bahasa lembut je la sikit...Nacha tidaklah kurang cerdik,cuma ngok je..

Isu perang mulut antara umNo-mCa memang sedang hangat,ada yang menganggapnya serius,dan ada yang menganggapnya drama semata mata,apapun,keduanya xberi sebarang faedah kepada negara..

umNo MCa ni ibarat suami isteri la,mIc bini pertama umNo,mCa bini kedua,,

Dulu ada kes bini pertama gaduh dengan suami ni,siap main kalung selipar lagi,emg biadap amat bini pertama nih,kiranya walaupun dendam kesumat bini pertama gamaknya tidak bertonjol lagi,tapi gua yakin,masih ada ketidak puasan hati antara mereka..tapi itu ususan keluarga,orang luar jangan jaga tepi kain bang...padah nanti.. dan sememangnya takde yang jaga tepi kain,bersorak sikit sikit je la dari jiran sebelah ;)

Terbaru,bini kedua umNo pulak bikin macam macam,buat hal pulak,,dalam sibuk rumah tangga mereka bergolak,datang satu mamat ni,pergi jaga dalam kain bini orang..taw la nak tunjuk prihatin,tetapi dalam kontek pergaduhan rumah tangga orang ni,jangan ko nak sibuk,ko tu pun,tunggu masa diceraikan je..haha..

Emg ngok la sangat Timbalan Presiden PAS ni,nak jadi hero ke nak tunjuk hero,gua pun tak tahu...yang gua tahu memang tiadalah timbalan presiden mana mana parti di seantero dunia yang se'ngok' nasarudin anak mat isa..

ps-gua tertanya tanya.....apa faedah kepada PAS bila nasa bersuara menegur begitu?bawa bala ada lah...dasar kurang cerdik....akal ada,tapi letak di kepala lutut...

Sunday, August 15, 2010

UmNo sedara komunis?? >>Guan Eng


Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng berkata DAP bukanlah sebuah parti komunis kerana partinya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Cina sebaliknya Umnolah yang mempunyai hubungan secara rasmi dengan Parti Komunis Cina.

Lim juga menegaskan bahawa DAP bukan anti Islam atau anti Melayu sebagaimana dituduhkan oleh parti-parti komponen BN khasnya Umno.

Beliau berkata DAP mahu membuktikan bahawa parti itu bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis.

Menurutnya DAP tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China.

Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar “kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China.

Untuk rekod, DAP tidak pernah membunuh orang Melayu, meruntuhkan surau dan masjid, merampas tanah orang Melayu dan sebagainya.

Tetapi siapakah yang pernah membunuh orang kampung dalam Peristiwa Memali pada 19 Nov 1965; siapa yang merobohkan surau di Kampung Berembang dan merobohkan masjid Kampung Bujal Terengganu serta beberapa tempat lagi di Selangor; siapa yang merampas tanah milik orang Melayu di Kampung Bujal dan tempat lain?????.

DAP anti Islam????
Persoalannya:-
Siapakah yang menaikkan bajet untuk syiar Islam di Pulau Pinang berbanding dengan Bajet Pulau Pinang sebelum 2008.???

Siapakah yang memberikan elaun kepada para Hafiz dan Hafizah di Pulau Pinang?

dan banyak lagi ..........(sumber asal)

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts