Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin mula menitiskan air mata seketika dan berkata beliau menerima tidak kurang 3,000 kad daripada orang ramai dari seluruh dunia. Namun beliau tidak berani membukanya tetapi hanya menyimpannya sebagai “pusakanya”.
Dr.Badrul Amin : Beliau menitiskan air mata bukan kerana keadaan sel yang teruk.Sebaliknya, katanya, beliau teringatkan liang lahad yang jauh lebih kecil daripada sel tempat beliau dikurung yang pasti tidak mempunyai kemudahan seperti air paip.
baca penuh
Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lampau sudah ..
Bukan perkara mudah seorang lelaki itu menangis lebih lebih nama lelaki itu adalah Hishamudin Rais ..
Tapi jelas , beliau tetap manusia biasa ..
Tidak dapat tergambar keseksaan mereka di dalam kurungan besi ..
Tidak dapat bayangkan sakitnya mereka ..
Bagaimana mereka didera ..
Mungkin dipukul dan dihina..
Maruah diperlekehkan , aib dibuka..
Tapi kerna yakin dengan perjuangan ..
Hari ini mereka tetap GAH dalam perjuangan ..
Moga perjuangan mereka ..Diakhiri dengan kejayaan ...Dengan kemenangan ..
Amin .. Allah ampunkan dosa dosa mereka :)
Wednesday, February 29, 2012
Samseng umNo berniat baik terhadap Nurul Izzah ?
Baca tak kenyataan pihak umno mengatakan samseng mereka bukan hendak belasah YB Nurul Izzah hari tu,tapi nak selamatkan beliau jer..
Dan ini pula cerita Yb Nurul Izzah :
Menurut Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata kepada pemberita, ketika beliau baru memulakan ceramah, seorang pemuda berbaju merah secara tiba-tiba meluru ke arahnya dan cuba menyerang beliau dari arah hadapan.
“Lelaki berkenaan merupakan ahli daripada sekitar 30 individu yang memakai baju dan bendera Umno, dan membuat provokasi ketika sejak kami tiba di lokasi ceramah.
“Mereka menjerit “Keluar Nurul Izzah”, “Keluar Nik Nazmi”, “Hidup Umno”, “Anwar Penyokong Israel”, dan sebagainya sambil menyanyikan lagu Umno,” katanya dan menjeaskan kumpulan itu berulang kali mendesak mereka keluar dari kawasan tersebut.
baca penuh disinim http://greenboc.blogspot.com/2012/02/video-hampir-ditumbuk-oleh-pembantu.html
Baca?? andailah katakan umno ni bukan parti politik satu sebuah organisasi produksi filem,confirm filem tak akan pernah laku sebab jalan cerita putar belit dan menyakitkan hati penonton ..kah kah kah

Tukar Tiub dakwa dihina,didera dan diancam secara mental.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Rais memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa sebahagian besar masanya ketika ditahan, beliau dihina, diancam dan didera secara mental.
himpunan hijau 2 260212 hishamuddin rais at stageDicekup pada 2001 atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan dengan cara keganasan, Hishamuddin memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah disoal atas tuduhan terhadapnya itu sepanjang penahanan dua tahun berkenaan.
"Saya bukan ditahan kerana saya adalah ancaman kepada keselamatan negara, tetapi kerana saya adalah satu ancaman kepada kedudukan Umno dan menguggat kepentingannya," kata aktivis Reformasi, kolumnis dan pembikin filem itu.(baca penuh)
Kadang kadang kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia oleh pemerintah Malaysia amat tidak boleh dibayangkan ..
ISA jelas merupakan satu akta zalim terhadap rakyat Malaysia ..
Dan lojiknya,pihak yang menggunakan ISA adalah orang yang zalim..
Dan mereka yang menyokong orang yang zalim juga adalah subahat dengan mereka,maka mereka juga zalim..
Dan orang yang zalim didunia,akhiratnya pasti merana .. .

Tuesday, February 28, 2012
Program JATI lesu di terengganu,PAS disalahkan ..
NGO JATI pimpinan Datuk Dr Hasan Ali mendakwa PAS menjadi punca programnya di Terengganu kurang mendapat sambutan.
JATI mengadakan dua program di Kuala Terengganu dan Kemaman hujung minggu lalu. Kedua-duanya dkatakan mendapat kerjasama dari Umno bahagian.
Program di Stadium Negeri di Kuala Terengganu telah dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/28/program-jati-lesu-hasan-salahkan-pas/
Kah kah kah ..
Kadang kadang kita gagal untuk melihat kebodohan seseorang pemimpin itu,sehingga dia dah bersama umNgok ..
Molek sangat lah tu salahkan PAS..
Gua tak nampak lagimana mana kempen dari PAS menyeru ahli tidak menyertai program ..
Mana taruk otak lah

Sajak : Kelantan Negeri Miskin
Kelantan Miskin
Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang,
Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu,
... Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains,
Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba,
Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa,
Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama,
Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari,
Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah,
Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan,
Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan,
Di negeri miskin itulah,
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami,
Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan,
Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan,
Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan,
Di negeri miskin itulah,
Ramai org mengenal mula mengenal tuhan,
Di negeri miskin itulah lahirnya tokoh2 terkenal,
Di negeri saya dilahirkan dan dibesarkan.
Anak Kelantan Di Universiti
miskin dunia..kaya akhirat
Hudud tiada dalam Quran?? Tun Madey
Gua ni bukan pandai sangat agama nih,tapi korang cubalah nilaikan sendiri ...
Kami tidak berkhalwat,semuanya fitnah !!
“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!
“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.
“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.
“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.
“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.
“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.
“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.
“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.
baca penuh di sinar harian
baca penuh di sinar harian
- Bila gua dan rakan rakan kata ini semua kerja umno ada yang kata "kalau pemimpin pakatan didakwa melakukan kesalahan,semuanya salah umno...."
- Tengoklah .. nmemang salah umno pun ... celaka golongan penfitnah ...
- Harap semuanya terbongkar kelak!
pembantu Dr.badrul cuba disogok jadi saksi palsu?
"pembantu ustaz Badrulamin didatangi 6 orang menaiki estima hitam n bertanyakan hal ustaz badrul..jika bagi kerjasama katanya akan diberikan habuan!! aiii..banyak duit mau bagi habuan..?? apa motif ni?? jangan ingat semua orang boleh dibeli dengan duit..!! jijik betul mainan politik orang2 berkenaan..aku jijik..geli geleman dengan kamu..kamu..kamu.."
p/s: tolong buka mata kamu rakyat yg buta mata n hati n para pengampu!!
(sumber daripada Puan Zumrah Binti Husni..isteri ustaz Badrul)
Monday, February 27, 2012
Dr. Badrol ada saksi isu khalwat !
"Saya bukan berdua-duaan. Anak perempuan itu dan beberapa orang lagi turut berada di situ," kata Dr.Badrul kepada media.
Badrulamin juga menafikan dakwaan itu dan beranggapan kejadian itu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkannya oleh pihak yang tidak bermoral.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini,Dr. Badrulamin menegaskan beliau tidak bersalah dan merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Ghazali dan media yang melaporkan dakwaan itu.
baca berita penuh di malaysiakini
Penulis memberi kepercayaan penuh kepada Dr.Badrul amin dalam isu ini.
Secara peribadi,penulis merupakan orang yang amat mengkagumi dr badrul amin,apabila kes ini mula mula timbul,timbul kegusaran dalam hati penulis dimana penulis mulai meragui dr Badrul amin..
Hati berbelah bagi dan sangat tension..haha
Then lepas dr badrul memberikan penjelasan,penulis memilih untuk percayai dr badrul amin sepenuhnya memandangkan ini adalah dunia politik kotor yang semuanya boleh berlaku.
Kenapa penulis memilih untuk percaya beliau selepas mendapat penjelasan?
Sebab andai penulis memilih untuk tidak percayai dr badrul,dan kemudian terbukti dr badrul tidak bersalah,maknanya penulis telah bersalah terhadap pemimpin penulis sendiri,penulis seolah olah menzalimi beliau ,
tapi andai penulis percaya,dan sememangnya penulis percayai beliau,sekiranya beliau bersalah sekali pun,penulis langsung tidak rugi apa apa melainkan mungkin seedikit kecewa .. apatah lagi penulis yakin bahawa beliau tidak bersalah..
Apa pun .. Teruskan dengan pegangan masing2 .. dan kita tengok siapa yang kenaaa :)
Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya-Nurul Izzah

Anjing upahan terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang, malam semalam (26 Februari).
“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak anjing upahan tersebut,” katanya.
Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.
“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun anjing anjing jalanan ini berlagak liar, ugut fizikal.
“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” katanya di Twitter jam 1 pagi ini.
Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini.
Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu sebagai budaya gangsterisme pencacai.
Petang tadi, sekumpulan anjing upahan menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.
Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.
baca penuh di :
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/02/selepas-anwar-ibrahim-nurul-izzah-pula.html
Banyak gua edit di atas tu,jadi nak detai baca di sumber asal lah .. haha
Celaka lah celaka lah celaka lah ..
Sejak filem2 ganster ditayangkan dengan si samseng ini menjadi watak hero,anjing anjing jadian ini mula terpengaruh lalu meniru aksi sedemikian ..
Budaya jahil dan kebinatangan ini jelas menunjukkan akhlas yg rosak dalam kalangan penyokong parti pemerintah ..
Moga time mereka buat onar tu,ada yang mampos dilanggar lori taik...amin ..
Sunday, February 26, 2012
Fakta auta dalam kes khalwat ustaz Badrol
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari
melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan khalwat ke atas beliau. aku tak nak embroil nak kata dia salah ataupun tidak bersalah. tu bukan kerja aku. tu tugas jabatan agama Islam Pahang.
tadi aku berdiskusi dengan isteri aku mengenai hal ni dan beberapa persoalan fakta mengenai pertuduhan khalwat (bukan semata2 melibatkan dr bad, tapi semua sekali) benar2 mengingatkan aku kembali ttg apa yg pernah aku pelajari dulu2.
antara persoalan yg dibangkitkan ialah "berdua2an dalam bilik yg tertutup". isteri aku membangkitkan persoalan "jika dr bad dan wanita itu dikatakan berkhalwat kerana berdua2an dalam bilik yg tertutup, jadi bagaimana perihalnya dengan seorg doktor lelaki bersama seorg patient wanita TANPA KEHADIRAN JURURAWAT atau vice versa dalam blik konsultansi yg tertutup? atau bagaimana pula bell boy yg jd tukang bawa bagasi sorg wanita yg dtg menyewa bilik hotel seorg diri? bll boy tu confirm kena masuk dalam bilik tu utk meletakkan bagasi si penyewa wanita terbabit di tempat yg diarahkan dan kebanyakan pintu hotel pula mempunyai selak yg secara automatik akan menutup pintu kamar hotel tersebut jika tidak ditahan. jadi jika ada org dtg serbu kedua2 kes tersebut, apakah boleh dikira khalwat?
dua arguement ni dibuat mengambilkira penjelasan dr bad mengenai perihal mengapa dia bersama2 wanita tersebut (DAN ANAK WANITA TERSEBUT) di dalam kamar hotel YANG SAMA DISEWA OLEH PIMPINAN PKR PADA MASA YG SAMA, dan diingatkan juga ISTERI DR BAD JUGA DILAPORKAN IKUT DR BAD KE KUANTAN!
aku cuba memahami sedikit logik kisah yg cuba dijelaskan oleh dr bad dan bagi aku, mmg ada logiknya. walaupun kesilapan dr bad ialah dtg menyetelkan hal wanita tersebut seorg diri tanpa kehadiran saksi lain, tapi aku faham situasi dr bad. kekadang kita ni sebagai manusia hanya memikirkan "solusi cepat dan tepat" tanpa memikirkan apa2 consequenses yg bakal timbul lantaran tindakan itu. sebab tu org tua2 selalu kata "buat baik berpada2".
bila menyebut ttg isu "menolong wanita dan anaknya pada jam 3 pagi", berdasarkan cerita dr bad, dapat aku bayangkan yg dr bad sememangnya intim dengan masalah yg melanda pasangan tersebut dan aku juga sedikit sebanyak faham fitrah wanita yg dalam kesulitan - dia hanya akan carik org yg bebetul dia percaya. so dalam kes ni, dr badlah org itu. dan tak de org yg akan lari dari rumah jam 10 pagi beb.
cuba kita bayangkan, wanita tersebut sampai kuantan jam 2.00 pagi. waktu serangan ke atas dr bad oleh sekumpulan lelaki termasuk suami wanita tersebut ialah jam 2.30 pagi. maknanya tempoh masa yg diambil oleh dr bad utk turun dari bilik hotel atau memana lokasi beliau pada masa itu utk berjumpa wanita itu, berbual dengan wanita tu utk bertanya perihal (ye la..takkan sampai2 terus ajak masuk bilik hotel! agak2 laaa..), menempah bilik baru utk wanita tersebut dan anak2nya, membawa bagasi dan menuju ke bilik hotel seterusnya menunjukkan wanita tersebut tempat tinggal sementaranya sehingga masalah beliau itu settle ialah SETENGAH JAM.
cuba kita berfikir dengan akal yg sejahtera - apakah sempat perkara2 maksiat dan khalwat berlaku dalam tempoh SETENGAH JAM?
tapi yg pelik dan ajaib, secara tiba2 sekumpulan lelaki itu somehow oleh mengesan lokasi dr bad dan wanita itu dengan tepat dan jitu walaupun BARU SETENGAH JAM wanita itu tiba di hotel berkenaan! kalau JAIP yg serbu, maka JAIP begitu efisien gila babeng sebab dalam masa kurang setengah jam, depa mampu serbu bilik hotel tersebut dan terus tuduh dr bad sebagai khalwat.
menurut JAIP, depa serbu bilik hotel tu jam 3. ini pun satu kepelikan dan keefisienan yg takjub. kebiasaan kes khalwat hanya mampu ditentukan selepas 4-5 jam. kes2 segera tu lak ialah kes rush bersepadu. kalau kes rush bersepadu, boleh JAIP nyatakan berapakah jumlah pasangan yg ditangkap khalwat serentak dengan dr bad?
bagaimana mereka2 ini boleh tahu yg dr bad akan berkhalwat dengan wanita itu dalam tempoh masa yg amat sekejap? inilah persoalan utama.
bak kata isteri aku, semua ni nampak seperti satu perancangan yg amat jitu utk mengenakan dr bad atau memana pimpinan. sebab terlalu banyak elemen "takjub" berlaku dalam kes khalwat ni. perlu juga aku ingatkan yg dr bad dan rombongan PKR hanya sampai kat kuantan pada petang 24hb. lokasi penginapan mereka juga ditukar di saat akhir - bukan atas permintaan dr bad.
jd bagaimana puak2 yg nak kantoikan dr bad ni TAHU DENGAN DETAIL MENGENAI KEBERADAAN DR BAD?
mcm aku cakap pada awal2 posting ni, aku tak niat nak defend dr bad ataupun nak kata dr bad salah whatsoever. cuma, berdasarkan keraguan2 yg aku jelaskan kat atas ni, jom kita sama2 fikir menggunakan akal yg sejahtera.
tidak adaTakde harapan Anwar nak bergaduh dengan TG Nik Aziz
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media arus perdana tidak mempunyai harapan untuk "melaga-lagakan" beliau dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keselamatan Israel.
"(Gaduh) dengan Nik Aziz, dia tok guru saya, tidak ada harapan (tengok) saya nak bergaduh dengan dia (Nik Aziz)," kata Anwar dalam ceramahnya di Kuantan semalam.
"Nik Aziz, dia baik, kita hormat beliau," katanya Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
(baca penuh di malaysiakini,jangan baca utusex..)
Benar kata DSAI,melihat TGNA dan Beliau bergaduh adalah hadiah paling besar buat umNo dan barizan Nazional,tapi itu adalah perkara yang agak mustahil untuk berlaku..
TGNA adalah seorang tokoh ulama yang cerdik dan berpandangan jauh.DSAI pula adalah tokoh pemimpin islam dan pemimpion rakyat yang cerdik dan berpandangan jauh juga, mereka berdua tahu dan faham akan setiap situasi yang berlaku,dan cara mengatasi setiap situasi yang tidak berpihak kepada mereka.
Realisasikan ABU,cerita luar letak tepi dulu ... meh lawan yahudi dalam negara dulu !!

Ucapan DSAI di Himpunan Hijau anti Lynas
Anwar berucap, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, mereka akan menutupkan operasi Lynas.
"Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," tegas Anwar.
Menurutnya, gabungan itu tidak akan mempertahankan perkara yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.
"Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.
"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.
"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," tegas ketua pembangkang itu sambil melaungkan Reformasi dan Hidup Rakyat.
Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.
"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.... REFORMASI !!!
http://www.facebook.com/boikotutusan
Penjelasan penuh Dr.Badrol Amin tentang isu khalwat
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron

Saturday, February 25, 2012
Ketua Pemuda PAS komen isu kekalutan di Kedah
Isu Kedah.
Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat mengharapkan orang ramai amnya dan rakyat Kedah khasnya tidak "kalut" dengan menghakimi isu yang berlaku di negeri Kedah berasaskan laporan media semata - mata. Saya percaya sedikit masaalah yang timbul di Kedah adalah perkara biasa bagi sebuah kerajaan dan ianya mampu ditangani dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.
Mencampuri urusan tanpa ilmu dan maklumat yang betul hanya mengusutkan keadaan. Waspada juga dengan elemen menangguk di air keruh agar ianya tidak berlaku dari kalangan anggota parti khasnya. Fahami keutamaan [ priority ] , pelihara adab berjuang dan jangan keterlaluan dalam kenyataan dan tindakan.
Selepas mengharap sedemikian kepada semua pihak, saya doakan agar semua diberi kebaikan oleh Allah swt atas keikhlasan masing - masing untuk perjuangan suci ini. Jua isu atau polemik yang berlaku ini tidak berpanjangan dan Kerajaan Negri Kedah terusvstabil di bawah naungan petunjuk Allah swt.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Inilah beruk beruk jalanan yang dimaksudkan ketua pemuda umNO
Pemuda UmnGoK hari ini mengadakan perhimpunan depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media antarabangsa yang didakwa pro-Israel.(BACA PENUH)
Bagaimanapun pejabat PKR ketika itu ditutup dan pegawainya juga tiada, dipercayai berada di Kuantan untuk urusan pemukiman tiga hari mereka.
korang pernah tengok beruk??
Contohnya di tempat kolej penulis,agak kehutanan ..
Bila pelajar pergi kelas,berul beruk itu akan masuk bilik dan buat hal,pekik sana pekik sini, bila pelajar balik,tuan rumah ada,mereka bergelimpangan lari sebab takut ..
Mana taknya,beruk ni teloq bukan besar sangat,lebih kecil dari guli..
Samalah beruk beruk yang berdemo di depan ibu pejabat PKR ..
Mereka terpekik dan terlolong di hadapan bangunan kosong ..
Gamaknya time ada orang tak pula nak pergi buat hal..
Mereka tu teloq xde langsung
pssttt...kononnya nak bantah DSAI yang dituduh jadi agen israel ..
Mereka ni tak sedaq ke pemimpin mereka itulah yahudi versi malaysia ..
Mana taknya,yahudi di israel roboh masjid di Palestine,
Kat malaysia sekutu yahudi ni roboh masjid di tanah air sendri..
Yahudi/bangsa israel kat sana roboh rumah rakyat Palestine,
Yahudi kat malaysia roboh rumah rakyat sendiri .. ini dah lebih teruk dari yahudi/rejim zionis..
Inilah rejiM UMnOOO..
Cilakee ..
Friday, February 24, 2012
Facebook dihijaukan kempen anti Lynas

Dengan hanya tinggal kurang 48 jam akan berlangsungnya Himpunan Hijau 2.0, warga siber tempatan mewujudkan Facebook "gelombang hijau" dengan menukar gambar profil mereka kepada logo hijau anti-Lynas sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan itu di Kuantan Ahad ini.(malaysiakini)
Semua pembaca disaran hijaukan juga profile facebook masing masing bermula sekarang ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...