Anwar berucap, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, mereka akan menutupkan operasi Lynas.
"Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," tegas Anwar.
Menurutnya, gabungan itu tidak akan mempertahankan perkara yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.
"Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.
"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.
"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," tegas ketua pembangkang itu sambil melaungkan Reformasi dan Hidup Rakyat.
Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.
"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.... REFORMASI !!!
http://www.facebook.com/boikotutusan
No comments:
Post a Comment
bila lu kutuk artikel gua,jangan marah pulak bila gua kutuk balik lu punya komen ok...kita sama sama kutuk r...n,kalau boleh jangan r guna "anon"...gua susah nak reply balik komen tu..letak je la nama altantuya ke,mongolia ker,wong fei hung pun tak pe...tq