Friday, February 25, 2011

Chua Jui Meng Minta Maaf Dengan PAS

Ayooo...Chua Jui Meng Minta Maaf Dengan PAS..??

Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui ...Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

sumber ( disini)

1 comment:

  1. Hati-hati muamar wei,
    Dr. Yusuf Qaradawi dah jatuhkan hukum bunuh kat Muamar Ghadafi.
    kat malaysia ni mu sorang saja rasanya yang nama Muamar Ghadafi,hehehe

    ReplyDelete

bila lu kutuk artikel gua,jangan marah pulak bila gua kutuk balik lu punya komen ok...kita sama sama kutuk r...n,kalau boleh jangan r guna "anon"...gua susah nak reply balik komen tu..letak je la nama altantuya ke,mongolia ker,wong fei hung pun tak pe...tq