Pak Hadi nak tukar PAS jadi parti melayu lak ke??
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.
Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.
artikel penuh
pergh...
sejak bila PAS jadi gila melayu lak ni??
gua sokong PAS menjadi salah satu sebab adalah PAS anti assobiyah(selain kerna perjuangan islamnya),,
ai,tapi kalau gini ceritanya,
PAS tak lama nak bungkus..
biasalah,mula mula bunyi bunyi dulu,
slow...slow..dulu
pas ni perghhh...
merebak macam penyakit...
PAS jangan lupa PAS menang besar PRU12 tahun lepas bukan jasa orang melayu saja taw..
jangan jadi bodoh la...
Hadi gua harap kalau nak beri cadangan,jangan tertumpu terus kepada sesuatu bangsa..
kita tinggal dalam masyarakat perbagai kaum,,
bila anda sebut melayu,jangan anda lupa parti yang anda pimpin itu semakin kuat dek kerna sokongan cina india...
jangan jadi bodoh mas...
nanti betul betul naji mat tido kan...
mampos PAS kan..
jadi,kalau boleh,kalau nak buat apa apa cadangan,
jangan menjurus kepada sesuatu kaum sahaja....
PAS untuk semua...
kalau gini la ceritanya..
slogan ini akan terkubur dimamah hadi..
sekian..
ps-kalau Pak Hadi terus rosak gini,gua tak ragu nak serang beliau pulak melalui blog ni.. Jika penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri itu tidak dilakukan segera, Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau khuatir keadaan berkenaan akan menyebabkan ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.
“Oleh kerana itu, sangat wajar Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kawasan-kawasan (Parlimen) di negeri tersebut," kata beliau dipetik portal berita alternatif.
Lazimnya SPR akan mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya setiap 10 tahun.
Difahamkan SPR akan berbuat demikian mulai tahun depan.
Kerusi Parlimen semasa sebanyak 222 digunakan pada pilihan raya umum 2004 selepas persempadanan semula tahun 2002.
Kedah, Kelantan dan Terengganu kini mempunyai 15, 14 dan lapan kerusi Dewam Rakyat.
Jumlah kerusi itu tidak berubah berbanding ketika pilihan raya umum 1995 dan 1999. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah Mac 2008.
Ulasan GB
Sejak bila Parti Islam SeMalaysia (PAS) menukar dasar perjuangan Islamnya kepada perjuangan nasionalisme berteraskan bangsa? Fasal dan perenggan yang mana di dalam perlembagaan PAS ada menyebut "memperjuangkan bangsa Melayu"?
Penambahan kerusi di kawasan yang "Melayu" melalui SPR adalah satu agenda politik UMNO sekian lama, kini Presiden PAS pula yang memperjuangkannya yang setentunya disukai oleh UMNO.
Apakah kekalahan PAS di Bagan Pinang tempohari yang menyedarkan Presiden PAS mengenai kemerosotan sokongan bukan-Melayu terhadap PAS mendorong beliau untuk menuntut "kerusi Melayu" lebih banyak di Parlimen?
Sedangkan yang sepatutnya diusahakan ialah pengembelengan tenaga dan usaha untuk menggilap semula PAS supaya diterima semula oleh bukan-Melayu?
Meminta penambahan kerusi parlimen "Melayu" yang lebih banyak bererti meminta kerusi untuk UMNO lebih banyak.
Kerja gila!
Masaalah yang dibawa oleh pemimpin bermasalah untuk meletakkan parti dalam masalah.
Atau nanti ada pihak dari kumpulan UG yang bangkit menuduh GB memfitnah?
Lu bodoh la mat, itu hadi cakap untuk tambah kerusi kawasan melayu yang terlalu ramai bukan kerusi melayu untuk PAS. Lu Paham ke? lu ada statistik ke jumlah pengundi yang dia sebut tu, dia cakap dengan fakta, kawasan melayu yg disebut tu dah terlalu ramai jumlah pengundinya dah elok kena pecahkan,
ReplyDeleteDia tak sebut kawasan Cina dan India sebab kawasan kawasan tu jumlahnya semua dah ok....Hari lu tak makan ubat ke?
anon:
ReplyDeletebaca ulasan dari GB berkenaan perkara ini...
dan saya tak fikir anda taw..