Thursday, September 17, 2009

undi pos tentera adalah tidak perlu semasa pilihan raya kecil

Menurut kamus bahasa edisi ke empat,undi pos membawa pengertian "undi yang dihantar melalui pos apabila pengundi,terutamanya anggota tentera dan polis berada di luar kawasan pilihan raya tersebut".

Dalam kontek di malaysia,pengundi pos itu mungkin bertugas di luar kawasan atau di dalam kawasan pilihan raya itu sendiri.

sebab gua kata bahawa undi pos adalah tidak perlu di sini adalah kerana,>>>berapa ramaikah bilangan pengundi pos ni sehingga jika mereka mengundi menggunakan cara biasa,tentera tidak dapat menjalankan tugas mereka.

ok,biasanya,mereka yang mengundi pos ni punyai tugas untuk menjaga kawasan pilihan raya,jika pada pilihan raya umum,ia masih boleh diterima,kerana semua tentera yang layak wajib mengundi,tetapi dalam kontek pilihan raya kecil,apa salah diberi cuti kepada para pengundi dari kawasan pengundian ini.

kita punyai ramai tentera,jika kata nak jaga keselamatan,import la mana mana anggota tentera dari luar kawasan pengundian,seperti di pilihan raya kecil kuala terengganu.dan kepada tentera yang layak mengundi,beri mereka peluang untuk bercuti walaupun selama 2 jam pada hari itu dan tunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat malaysia.

P/S-korang paham tak apa gua tulis ni..??

2 comments:

  1. paham..kenapa nak kena ada pengundi pos..haha

    ReplyDelete
  2. basuh baju:

    kalau takde lagi bagus,tapi natang umNo ni banyak songeh...tetap nak adakan juga..ni paling kurang ok sikit..

    ReplyDelete

bila lu kutuk artikel gua,jangan marah pulak bila gua kutuk balik lu punya komen ok...kita sama sama kutuk r...n,kalau boleh jangan r guna "anon"...gua susah nak reply balik komen tu..letak je la nama altantuya ke,mongolia ker,wong fei hung pun tak pe...tq